[go: up one dir, main page]

Pergi ke kandungan

Champagne

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Semakan 6130103 pada 07:18, 28 Februari 2024 oleh 2001:e68:5409:471:69b2:5e1e:572d:102c (bincang)
(beza) ← Semakan terdahulu | Semakan semasa (beza) | Semakan berikutnya→ (beza)
Segelas champagne

Champagne (sebutan b. Inggeris [ʃæmˈpeɪn , syém.péin]; sebutan b. Perancis [ʃɑ̃paɲ terdekat syong.pa.nyĕ]) ialah sejenis wain berbusa yang dihasilkan dari jenis anggur tertentu ditanam di kawasan bernama sama terletak di bahagian utara negara Perancis (sepertimana yang ditetapkan undang-undang Kesatuan Eropah).[1] Anggur-anggur yang dipilih untuk tujuan membuat arak ini dikawal rapi cara penanaman, pemerasan dan penapaiannya untuk mendapatkan rasa berkarbonat diingini dalam produk akhir.[2][3][4][5] Wain ini lazim menggunakan anggur jenis Pinot noir, Pinot meunier dan Chardonnay.

Ia dahulunya digemari sebagai arak pilihan golongan bangsawan di dalam mahupun luar Perancis pada abad-abad ke-17, 18 dan 19 sebelum ia mula mendapat perhatian golongan kebanyakan pertengahan semasa Revolusi Perindustrian.[1] Sejak itu, ia menjadi minuman keras pilihan masyarakat Barat dalam meraikan acara dan peristiwa tertentu seperti kemenangan sesebuah pertandingan (sepertimana dalam Formula Satu, Tour de France atau 24 Heures du Mans) ataupun melancarkan sesebuah kapal ke laut yang dikatakan membawa tuah.

  1. ^ a b J. Robinson, penyunting (2006). The Oxford Companion to Wine (ed. Third). Oxford University Press. m/s. 150–153. ISBN 0-19-860990-6.
  2. ^ "Not all wines with bubbles are Champagne". Kentucky Courier-Journal. 13 December 2011.
  3. ^ Coates, Clive. An Encyclopedia of the Wines and Domaines of France. Univ of California Press, 2000. Pg. 539-40.
  4. ^ H. Johnson (1989). Vintage: The Story of Wine. Simon and Schuster. m/s. 210–219. ISBN 0-671-68702-6.
  5. ^ Gérard Liger-Belair (2004). Uncorked: The Science of Champagne. Princeton University Press. m/s. 12–13. ISBN 978-0-691-11919-9.

Bacaan lanjut

[sunting | sunting sumber]

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]