Nenek Kebaya (drama)
Nenek Kebaya merupakan sebuah drama yang menceritakan kisah legenda rakyat pada zaman dahulu kala dan kini ianya telah mengisi slot Lagenda yang disiarkan di TV3. Drama ini menggantikan drama Sumpah Bunian yang telah tamat pada 02 November 2009. Dibintangi oleh Diana Rafar, Raisuddin Hamzah, Izreen Azminda, Pekin Ibrahim, Mariani dan ramai lagi. Drama ini mula ditayangkan pada 03 November 2009.
Nenek Kebaya | |
---|---|
Genre | Lagenda Melayu |
Ditulis oleh | Sharifah Abu Salem |
Pengarah | Ismail Yaacob |
Dibintangi oleh | Diana Rafar Raisuddin Hamzah Mariani Izreen Azminda Pekin Ibrahim Ieka Zulkifli Ku Fridah Zed Zaidi Hanez Suraya |
Lagu pembukaan | "Nenek Kebaya" nyanyian Diana Rafar |
Lagu penutup | "Nenek Kebaya" nyanyian Diana Rafar |
Negara asal | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Bilangan episod | 20 |
Penerbitan | |
Penerbit eksekutif | Julia Juhasu |
Penerbit | Rosyam Nor Runika Mohd Yusof |
Syarikat penerbitan | Suhan Movies |
Penyiaran | |
Saluran asal | TV3 (Slot Lagenda) |
Siaran asal | 03 November 2009 – 07 Disember 2009 |
Kronologi | |
Mengikuti | Sumpah Bunian |
Diikuti oleh | Cucu Betong |
Sinopsis
[sunting | sunting sumber]Semuanya bermula dengan kisah zaman purba mengenai tuduhan dan lemparan fitnah percintaan cucu Mak Inang (Ku Fridah), Indera Laksamana (Adzriefaiz Adzlan) dengan Puteri Sinar Cahaya (Hanez Suraya) yang diketahui oleh Raja Negara, Raja Kembayat Cahaya. Indera Laksamana sudahpun ditunangkan dengan cucu angkat Mak Inang, iaitu Intan Sari (Ieka Zulkifli) yang kemudiannya telah memusuhi Puteri Sinar Cahaya kerana dianggap telah merampas kekasih hatinya. Dendam mula membara apabila Sultan mula menjatuhkan hukuman mati kepada Indera Laksamana kerana dianggap telah bermain cinta dengan puterinya yang ingin dinikahkan dengan Putera Wira Satria. Mak Inang yang menjadi orang tengah dibutakan matanya dan setelah itu dia dibuang ketengah rimba. Intan Sari mengambil keputusan untuk membalas dendam atas kematian tunangannya itu dan dia telah menuntut ilmu daripada Sang Pertapa yang memiliki ilmu yang membawa kejahatan. Bagaimanapun, Intan Sari hanya mempunyai satu pilihan jika ingin membalas dendam iaitu terpaksa menunggu sehingga tujuh keturunan Raja Kembayat Cahaya.
Dendam Intan Sari akhirnya bermula apabila Tuan Adam (Raisuddin Hamzah), iaitu salah seorang keturunan ketujuh Raja Kembayat Cahaya telah mengahwini cicitnya, Samsiah (Diana Rafar) yang selama ini dijaga dan dibesarkan oleh Nenek Putih (Mariani). Intan Sari kemudian menumpang tubuh Samsiah dan membuat huru-hara dalam keluarga tersebut. Marini (Izreen Azminda), iaitu anak perempuan Tuan Adam sememangnya tidak menyenangi ibu tirinya itu kerana dia beranggapan bahawa Samsiah mempunyai niat yang tidak baik terhadap ahli keluarganya. Samsiah yang mengetahui akan hal itu kemudian mula menggoda suami Marini, Hazami (Pekin Ibrahim) dan bertindak menghasutnya agar membunuh isterinya itu. Namun Marini berjaya terselamat daripada dibunuh oleh suaminya. Sebaliknya pemandu Tuan Adam, Pak Salleh (Ghazali Abu Noh) telah dibunuh oleh Samsiah (Intan Sari) disebabkan Pak Salleh telah mengetahui niat jahatnya dan membongkarkan kejahatan Intan Sari itu kepada Tuan Adam. Namun, Tuan Adam tidak mempercayai kata-kata pemandunya itu malah menuduh Pak Salleh sengaja ingin memburuk-burukkan Samsiah. Marini menuduh bahawa Samsiah adalah punca segala kejadian pelik dirumah mereka. Namun Tuan Adam tetap tidak mempercayai kata-kata anaknya itu dan masih membela Samsiah.
Segala kejahatan Samsiah (Intan Sari) akhirnya terbongkar setelah Shafie (Zed Zaidi) iaitu anak bongsu Tuan Adam kembali ke rumah tersebut. Shafie dan keluarganya merupakan keluarga yang alim dan warak. Bermula dengan anak bongsu Shafie yang berasa takut setelah melihat wajah sebenar Intan Sari yang telah menjelma sebagai Samsiah. Shafie yang yang merasakan ada sesuatu yang pelik dengan isteri baru ayahnya itu kemudian mengatakan akan hal itu kepada ayahnya. Namun Tuan Adam juga tetap tidak mempercayai kata-kata anaknya itu. Shafie juga mula menyiasat misteri kematian Pak Salleh. Shafie kemudian menemui seorang ustaz untuk menyiasat dan mengesahkan akan kecurigaannya tersebut. Mereka akhirnya mengetahui bahawa ada 'makhluk lain' yang telah menumpang didalam tubuh Samsiah selama ini dan ingin memusnahkan keluargnya. Mereka akhirnya telah berjaya memusnahkan Intan Sari yang selama ini berselindung disebalik tubuh Samsiah dengan bantuan Mak Inang yang sememangnya tidak bersetuju dengan niat jahat Intan Sari selama ini. Tuan Adam akhirnya sedar bahawa terdapat 'makhluk lain' dalam badan Samsiah selama ini yang ingin memusnahkan seluruh keluarganya. Namun Tuan Adam memaafkan Samsiah dan Nenek Putih kerana beranggapan bahawa mereka berdua juga adalah mangsa dendam Intan Sari selama ini.
Pelakon
[sunting | sunting sumber]Pelakon utama
[sunting | sunting sumber]- Diana Rafar sebagai Samsiah / Intan Sari
- Raisuddin Hamzah sebagai Tuan Adam
Pelakon pembantu
[sunting | sunting sumber]- Mariani Ismail sebagai Nenek Putih
- Amyza Aznan sebagai Mastura
- Zed Zaidi sebagai Shafie
- Pekin Ibrahim sebagai Hazami
- Izreen Azminda sebagai Marini
- Zazly Majid sebagai Imran
- Nadia Kesuma sebagai Umairah
- Ghazali Abu Noh sebagai Pak Salleh
- Maimunah Ahmad sebagai Mak Bedah
Pelakon zaman purba
[sunting | sunting sumber]- Ieka Zulkifli sebagai Intan Sari
- Ku Faridah sebagai Mak Inang
- Hanez Suraya sebagai Puteri Sinar Cahaya
- Aziz Abdullah sebagai Sultan
- Adzriefaiz Adzlan sebagai Indera Laksamana
- Shamshul Kamar Sahafie sebagai Pertapa
- M. Hafiz Edward sebagai Kadim
Pelakon kanak-kanak
[sunting | sunting sumber]- Alisha Azreen sebagai Nina
- Kamal Mukhriz sebagai Aiman
- Syazana Firas sebagai Munirah