[go: up one dir, main page]

Pergi ke kandungan

NET. TV

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Semakan 6120997 pada 01:29, 19 Februari 2024 oleh Tunnizar (bincang | sumb.) (NET. (News and Entertainment Television) Update)
(beza) ← Semakan terdahulu | Semakan semasa (beza) | Semakan berikutnya→ (beza)
NET.
PT Net Mediatama Televisi
JenisStesen televisyen terestrial
Negara Indonesia
Kawasan siaranNasional
SloganNonton TV Asyiknya di NET.
Ibu pejabatThe East Tower Lt. 27-29
Jl. Dr. Ide Agung Gede Agung Mega Kuningan, Kuningan Timur, Jakarta  Indonesia
Pengaturcaraan
Format gambar1080i HDTV 16:9
Pemilikan
IndukIndika Group
Net Visi Media
Orang pentingWishnutama
Agus Lasmono Sudwikatmono
Saluran kembarIndika TV (2017-2018)
Sejarah
Dilancarkan26 Mei 2013; 11 tahun yang lalu (26 Mei 2013)
Nama dahuluSpacetoon
Pautan
Laman webwww.netmedia.co.id
Ketersediaan
Terestrial
Ambon28 UHF
Balikpapan25 UHF
Banda Aceh60 UHF
Bandar Lampung51 UHF
Bandung30 UHF
Banjarmasin55 UHF
Batam39 UHF
Bengkulu59 UHF
Cirebon23 UHF
Denpasar39 UHF
Kabel
First MediaChannel 16 (SD)
Channel 390 (HD)
Max3Channel 81 (SD)
Channel 92 (HD)
Satelit
Palapa DFreq: 4100 MHz
Polaritas: Vertical
Symbol Rate: 6000 Msps
FEC: 3/4
Rolloff: 20%
Video PID: 33
Audio PID: 34
PCR PID: 33
System: DVB-S/MPEG-2
BiG TVChannel 233 (SD)
Channel 232 (HD)
Orange TVChannel 116 (SD)
Aora TVChannel 075 (SD)
Telkom-4N/A
Media penstriman
UseeTVNET.
Channel 112 (SD)
Channel 915 (HD)

NET. (singkatan dari News and Entertainment Television) adalah sebuah stesen televisyen terestrial swasta di Indonesia yang telah dilancarkan pada 26 Mei 2013. NET. menggantikan saluran terestrial Spacetoon yang sebahagian sahamnya telah diambil alih oleh Indika Group.[1]. Berlainan dengan Spacetoon yang rancangannya ditujukan untuk kanak-kanak, program-program NET. ditujukan kepada keluarga dan pemuda.

Selain melalui siaran TV, NET. juga menyiarkan rancangannya melalui media sosial dan YouTube.[2]

Program Grand Launching NET. ditayangkan secara langsung pada 26 Mei 2013 pukul 19.00 WIB dan disiarkan secara live melalui Youtube dan laman web rasmi NET., dan acara perlancaran ini menampilkan penyanyi antarabangsa seperti Carly Rae Jepsen, Taio Cruz dan juga didukung oleh beberapa artis dalam negara seperti Agnes Monica, Maudy Ayunda, Noah, Raisa, Kahitna, Dewa 19, Andien, Ungu, Reza Rahardian, Andi Rianto dan banyak lagi.[3]

Pada 18 Mei 2014 NET. menyambut ulang tahun pertamanya yang bertajuk NET. ONE (Indonesian Choice Awards 2014) dengan menjemput ramai penyanyi antarabangsa seperti Far East Movement dan Ne-Yo.[4]

Pada 24 Mei 2015, NET. menyambut ulang tahun keduanya dan menjemput penyanyi antarabangsa seperti Demi Lovato & Karmin.[5]

Pada tanggal 29 Mei 2016, NET. menyambut ulang tahun ketiganya dan menjemput penyanyi antarabangsa seperti Jessie J, Dawin & Omi.

Pada tahun 2012, PT Net Mediatama Televisi (NET.) ingin membangunkan sebuah stesen TV yang membawakan sebuah revolusi media yang maju dan lebih moden. Pada pertengahan Mac 2013, PT Net Mediatama Indonesia memperolehi saham milik PT Televisi Anak Spacetoon (Spacetoon) yang sebahagian sahamnya diambil oleh Indika Group sebanyak 95% dari saham Spacetoon. Setelah diperolehi saham kepemilikan Spacetoon ke NET., pada Sabtu, 18 Mei 2013, siaran Spacetoon di jaringan terrestrial menghilang dan digantikan oleh NET. yang memulai siaran perdananya dengan menggunakan frekuensi milik Spacetoon di seluruh mantan jaringan frekuensi Spacetoon di Indonesia.

NET. memulakan siaran percubaan selama satu bulan yang dikira sejak Sabtu, 18 Mei 2013 sehingga menjelang program Grand Launching Media Revolution yang disiarkan secara live pada Ahad, 26 Mei 2013 pukul 19.00 WIB, di Jakarta Convention Center, Senayan, Jakarta Pusat. Siaran percubaan NET. bermula dari pukul 05.00 WIB-24.00 WIB tanpa iklan. Setelah siaran percubaan tamat, jam penyiaran NET. dipanjangkan dari pukul 04.00 WIB-02.00 WIB. Tetapi, sempena bulan Ramadhan, NET. menjadi saluran 24 jam.

Seluruh program-program dari Spacetoon Indonesia dirombak menjadi rancangan yang lebih maju dan lebih moden, tetapi NET. tetap menayangkan 5 program kartun dari Spacetoon yang disiarkan setiap Isnin-Jumaat yang bermula dari pukul 13.30 WIB-16.00 WIB di bawah nama "NET. Playground" atau "NETOON" yang pada masa ini tidak ditayangkan lagi.

Pada 3 April 2015, NET. secara rasmi menjadi penaja utama pasukan bola sepak Persija Jakarta selama perlawanan Liga QNB 2015 berlangsung.[6] Sehari kemudian, tepatnya 4 April 2015, NET. juga menjadi sponsor utama Persib Bandung.[7]

Pengurusan

[sunting | sunting sumber]
No. Nama Jabatan
1 Wishnutama Kusubandio Ketua Pengarah NET.
2 Agus Lasmono Sudwikatmono Pesuruhjaya Utama NET. & Ketua Pengarah Indika Group

Acara/Rancangan kartun

[sunting | sunting sumber]

Cartoon Network

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ Mantan humas Spacetoon bantah ada akuisisi
  2. ^ Bikin media Wishnutama akuisisi Spacetoon
  3. ^ "Grand Launching NET". Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-06-26. Dicapai pada 2015-06-28.
  4. ^ Netmedia
  5. ^ [1]
  6. ^ Persija Jakarta Sponsor Utamanya kini Net TV
  7. ^ Persib Gandeng Net TV untuk QNB League 2015

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]

Templat:Kelompok templat