[go: up one dir, main page]

Pergi ke kandungan

Penyediaan Komputer Maya

Daripada Wikibuku

Pendahuluan

[sunting]

Bismillahirahmanirrahim.
Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.


Terlebih dahulu penulis ingin mengucapkan syukur kehadrat Allah s.w.t kerana dengan izin dan rahmatNya panduan ini dapat disiapkan. Ia ditulis khas untuk sesiapa saja yang berminat dalam bidang Teknologi Maklumat. Panduan yang dihasilkan melalui sedikit pengalaman diharap dapat dikongsi bersama dan memberi manfaat kepada kita semua.


Wassalam.


Pengenalan

[sunting]

Komputer maya merupakan satu komputer rekaan yang dihasilkan oleh perisian seperti VirtualBox dan VMware. Walaupun bersifat maya, ia mampu berfungsi seperti komputer fizikal. Panduan ini akan menerangkan secara ringkas cara untuk menyediakan komputer maya yang dipasang dengan sistem operasi Linux di atas platform Windows.

Muat turun Fail

[sunting]

Perisian VirtualBox

[sunting]

Bagi proses penyediaan komputer maya, penulis memilih menggunakan perisian VirtualBox kerana ia adalah percuma. Laman web utama perisian ini adalah seperti berikut:-

https://www.virtualbox.org/


Sila ke laman di bawah untuk muat turun perisian yang diperlukan bergantung kepada platform atau versi yang anda kehendaki.

https://www.virtualbox.org/wiki/Downloads


Penulis memilih platform Windows dengan versi terkini iaitu 4.3.2. Klik pautan di bawah untuk muat turun VirtualBox 4.3.2.

http://download.virtualbox.org/virtualbox/4.3.2/VirtualBox-4.3.2-90405-Win.exe

Sistem Operasi CentOS

[sunting]

Komputer maya yang akan dibina akan dipasang sistem operasi CentOS 6.4 64bit yang boleh didapati dari laman berikut:-

ftp://lug.mtu.edu/centos/6.4/isos/x86_64/


Sila muat turun dua fail iso di bawah:-

  1. CentOS-6.4-x86_64-bin-DVD1.iso - ftp://lug.mtu.edu/centos/6.4/isos/x86_64/CentOS-6.4-x86_64-bin-DVD1.iso (mandatori)
  2. CentOS-6.4-x86_64-bin-DVD2.iso - ftp://lug.mtu.edu/centos/6.4/isos/x86_64/CentOS-6.4-x86_64-bin-DVD2.iso


Pilihan bagi versi lain boleh didapati di ftp://lug.mtu.edu/centos/6.4/isos/


Tempatkan ketiga-tiga fail yang sudah dimuat turun ke dalam satu direktori misalnya dalam C:\komputermaya.

Langkah-langkah

[sunting]

Pemasangan VirtualBox

[sunting]
  • Klik dua kali fail VirtualBox-4.3.2-90405-Win.

  • Tetingkap di atas akan dipaparkan, klik Next.

  • Klik Next.

  • Klik Next.

  • Klik Yes.

  • Klik Install.

  • Klik Install.

  • Klik Install.

  • Klik Install.

  • Klik Finish.

Pemasangan perisian VirtualBox selesai dengan paparan di atas.


Pembinaan Komputer Maya

[sunting]
  • Dalam tetingkap utama VirtualBox, klik ikon New untuk bina komputer maya.

  • Namakan komputer maya anda komputer01.
  • Pilih jenis sistem operasi Linux.
  • Memandangkan CentOS tiada dalam senarai, sila pilih versi Other Linux (64-bit).
  • Klik Next.

  • Tukar saiz ingatan kepada 1024 MB (512 MB tidak mencukupi untuk Tetingkap X).
  • Klik Next.

  • Pilih Create a virtual hard drive now.
  • Klik Create.

  • Pilih VDI (VirtualBox Disk Image).
  • Klik Next.

  • Pilih Dynamically allocated.
  • Klik Next.

  • Anda boleh tukar lokasi fail ke C:\komputermaya atau kekal di lokasi asal.
  • Tukar saiz cakera keras kepada 10.00 GB (pastikan ada ruang kosong yang mencukupi).
  • Klik Create.

  • Pembinaan komputer maya selesai dengan paparan di atas.
  • Lihat maklumat Sistem sama ada komputer maya anda mempunyai ciri PAE. Jika tidak, anda mungkin akan menghadapi masalah untuk memasang sistem operasi versi terkini. Anda mungkin perlu versi lama.


Pemasangan Sistem Operasi CentOS

[sunting]

Tetapan perlu diubah supaya apabila komputer maya dihidupkan, ia akan membaca fail iso. Sila ikut langkah berikut:-


  • Dalam tetingkap utama VirtualBox, klik Settings.

  • Dalam tetingkap Settings klik Storage.
  • Pada Controller:IDE klik butang kanan, kemudian pilih menu Add CD/DVD Device.

  • Klik Choose disk.

  • Pilih CentOS-6.4-x86_64-bin-DVD1.iso kemudian klik Open.

  • Klik OK.
  • Klik ikon Start pada tetingkap utama VirtualBox untuk memula atau menghidupkan komputer maya.

  • Tekan Enter untuk mula memasang sistem operasi CentOS.

  • Tekan Tab untuk pilih Skip kemudian tekan Enter.

  • Klik Next.

  • Pilih English.
  • Klik Next.

  • Pilih U.S English.
  • Klik Next.

  • Pilih Basic Storage Devices.
  • Klik Next.

  • Klik Yes, discard any data.

  • Taip komputer01 pada Hostname:
  • Klik Next.

  • Tukar Selected city: kepada Asia/Kuala Lumpur.
  • Klik Next.

  • Taip kata laluan dua kali (panjang kata laluan sekurang-kurangnya 6 aksara).
  • Klik Next.

  • Jika keluar paparan di atas klik Use Anyway.

  • Pilih Use All Space.
  • Klik Next.

  • Klik Write changes to disk.

  • Pilih Desktop.
  • Klik Next.

  • Proses pemasangan bermula. Tunggu sehingga proses selesai.

  • Klik Reboot.

  • Klik Forward.

  • Klik Forward.

  • Klik Forward.

  • Klik Yes.

  • Klik Forward.

  • Klik OK.

  • Klik Finish.

  • Klik Other. Ruang Username akan dipaparkan.
  • Taip root.
  • Klik Log In. Ruang Password akan dipaparkan.
  • Taip kata laluan anda.
  • Klik Log In.

  • Jika Username dan Password yang ditaip adalah betul, anda akan dapat log masuk ke dalam sistem.
  • Klik Close.

  • Proses pemasangan sistem operasi CentOS 6.4 selesai.

  • Di atas adalah paparan melalui tetingkap utama VirtualBox.


Penyambungan Ke Rangkaian

[sunting]

Contoh yang diberi boleh dilakukan jika komputer fizikal mempunyai kad rangkaian dan sudah bersambung dengan rangkaian.

Tetapan dalam VirtualBox

[sunting]
  • Klik Settings pada tetingkap utama VirtualBox.

  • Klik Network.
  • Pada Tab Adapter 1, klik Enable Network Adapter.
  • Untuk Attached to, pilih Bridged Adapter.
  • Untuk Promiscuous Mode, pilih Allow All.
  • Klik Cable Connected.
  • Klik OK.


Tetapan dalam CentOS

[sunting]

Lakukan langkah berikut selepas log masuk ke dalam sistem.

  • Klik menu System, Preferences, Network Connections.

  • Klik eth0, klik Edit.

  • Klik Connect automatically.

  • Pilih tab IPv4 Settings.
  • Tukar Method kepada Manual.
  • Klik Add untuk tetapkan alamat IP, Netmask dan Gateway kepada komputer maya ini.
  • Diandaikan komputer fizikal mempunyai alamat IP 192.168.1.1, maka komputer maya akan menggunakan alamat IP 192.168.1.2. Pastikan tiada komputer lain guna alamat yang sama.
  • Klik Apply.
  • Pada tetingkap Network Connections, klik Close.
  • Anda perlu reboot sistem untuk aktifkan tetapan yang baru dibuat.
  • Pilih menu System, Shutdown...

  • Klik Restart.


Uji Sambungan

[sunting]
  • Anda boleh guna PuTTY untuk menguji sambungan dari komputer fizikal ke komputer maya.
http://www.chiark.greenend.org.uk/~sgtatham/putty/
  • Muat turun fail putty.exe.
http://the.earth.li/~sgtatham/putty/latest/x86/putty.exe
  • Klik dua kali fail putty.exe.

  • Isi alamat IP komputer maya iaitu 192.168.1.2.
  • Klik Open.

  • Klik Yes.

  • Taip root pada login as: kemudian tekan Enter.
  • Taip kata laluan bagi pengguna root kemudian tekan Enter.
  • Jika kata laluan betul anda akan dapat log masuk seperti paparan di atas.


Penafian dan Lesen

[sunting]

Maklumat yang terkandung dalam panduan ini adalah untuk tujuan pembelajaran dan tidak dapat dijamin sentiasa ketepatan dan kesahihannya. Sebarang kerugian atau kerosakan yang timbul akibat daripada penggunaan panduan ini adalah atas risiko pengguna sendiri. Di dalam apa jua keadaan, penulis tidak boleh dipertanggungjawabkan oleh pengguna sama ada secara langsung atau tidak.


Kandungan panduan disediakan dengan lesen Pengiktirafan-BukanKomersial-TiadaTerbitan