[go: up one dir, main page]

Pergi ke kandungan

Menyelami HTML5/Prakata Penterjemah

Daripada Wikibuku
Menyelami HTML5
Prakata Penterjemah Prakata

Karya ini ialah terjemahan buku Dive Into HTML5 yang dihasilkan Mark Pilgrim dan rakan-rakan pembangun perisiannya.

Secara peribadi, penterjemah pertama ingin menyatakan bahawa beliau telah mendapat banyak manfaat daripada membaca buku dan penulisan Mark Pilgrim (berkaitan Python) dan Tantek Celik (berkaitan CSS) selama hampir satu dasawarsa. Tantek Celik, yang juga seorang penyumbang buku ini, amat aktif dalam pembangunan CSS bersama-sama Hakon Wium Lie dan Bert Bos (di W3C) dari awal lagi.

Selama ini pembangun-pembangun teknologi sesawang ini kerap kali menimbulkan rasa kagum penterjemah kerana sikap mereka yang amat pemurah dengan ilmu yang hampir setiap kali diberikan dalam talian tanpa meminta bayaran daripada pelajar. Tutorial dan tunjuk ajar diberikan dengan jelas dan lengkap, menggambarkan keikhlasan mereka untuk mengajar mereka yang berminat dengan teknologi-teknologi tersebut.

Seperti biasa ilmu yang terkandung dalam buku Dive Into HTML5 juga disediakan tanpa bayaran, di bawah lesen CC-BY-3.0 (sama dengan lesen Wikipedia dan Wikibuku). Namun, buku sumber juga diterbitkan dalam bentuk cetak dan para pembaca terjemahan ini dipelawa, jika berkesempatan, untuk membeli buku versi cetak.

Nota tentang kandungan

[sunting]

Teks, imej dan pautan

[sunting]

Sebanyak mungkin, terjemahan ini mengekalkan kandungan dan gaya bahasa yang digunakan dalam buku sumber, akan tetapi terdapat juga sedikit perbezaan antaranya dengan buku sumber. Perbezaan ini tidak ketara dan kebanyakannya berpunca kerana perbezaan format yang digunakan: buku ini ditulis dalam format wiki yang menimbulkan ciri pemformatan tersendiri. Perbezaan ini tidak menjejaskan makna kandungan.

Sehubungan dengan itu sebanyak mungkin, istilah diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu melainkan istilah yang digunakan dalam kod. Sekiranya istilah tidak dapat diterjemahkan, maksud harfiah akan berikan dalam kurungan.

Selain itu buku sumber juga memuatkan:

  • Imej. Buku asal memuatkan imej yang tidak dimuatkan dalam versi ini.
  • Pautan luar. Buku asal juga memuatkan banyak pautan luar. Terjemahan ini hanya memuatkan pautan luar yang difikirkan penting. Pautan luar diberikan sebaris dalam teks. Agar teks kelihatan kemas, pautan luar yang terdapat pada teks asal tetapi tidak dimuatkan dalam terjemahan ini diberikan pada nota kaki di bahagian akhir bab.
  • Pemformatan dan penampilan. Pemformatan buku ini terbatas kepada pemformatan yang terdapat pada format wiki.

Resam tipografi

[sunting]

Kadang kala teks asal memerlukan penerangan lanjut. Ulasan atau nota penterjemah diberikan seperti berikut:

  • Nota: Ini nota pengarang teks sumber.
Note Ini nota/ulasan penterjemah
Note Nota penterjemah: Ini juga nota penterjemah
  • (P: ini ulasan penterjemah sebaris)
  • Kod. Kod ditulis seperti berikut
Ini kod 


Algazel 2013-06-17

Senarai penyumbang penterjemahan

[sunting]

Senarai penuh penyumbang penterjemahan dapat dilihat dengan mengikuti pautan ini dan dengan melihat sejarah setiap bab buku.