[go: up one dir, main page]

Pergi ke kandungan

Bahasa Bugis

Daripada Wikibuku
Bahasa Bugis
Buku untuk anda belajar bahasa Bugis

Buku ini ditulis khas untuk sesiapa saja yang ingin mempelajari bahasa Bugis. Buku ini akan menyentuh bahagian asas bagi bahasa ini dan ditujukan untuk pembaca yang sekadar ingin mengenali bahasa ini. Jika anda ingin menjadi fasih dan arif berbicara Bugis, dukacita saya katakan, buku ini bukan untuk anda.

Wikipedia mempunyai rencana berkaitan:

Pengenalan

[sunting]

Bahasa Bugis adalah antara bahasa yang pada saya agak menarik tapi tidak dikenali ramai atau kurang diambil perhatian. Sukarnya untuk mendapatkan panduan, kamus, buku tatabahasa, tesaurus dan sebagainya untuk bahasa Bugis adalah antara sebab buku ini ditulis. Ia adalah percuma dan bebas disunting oleh sesiapa saja (dengan syarat suntingan itu membina).

Apa itu bahasa Bugis

[sunting]

Bahasa ini yang dipanggil dalam bahasanya sendiri sebagai basa Ugi atau bicara Ugi, tergolong di bawah bahasa Melayu-Polenesia Barat yang merupakan salah satu pecahan bahasa Austronesia. Ia dipertuturkan kebanyakannya di pulau Sulawesi, Indonesia, tetapi terdapat juga penutur bahasa ini di Malaysia. Kata Ugi berasal daripada nama raja kerajaan kuno Bugis, Cina (bukan negara China) iaitu La Sattumpugi. Orang Bugis menggelar diri mereka sebagai to Ugi yang dimaksudkan sebagai pengikut La Sattumpugi.

Transkripsi

[sunting]

Setakat ini, belum ada transkripsi dan perumian khas untuk tulisan Bugis, tidak seperti tulisan Jepun yang ada romaji dan Korea yang ada romaja. Oleh sebab itu, buku ini akan menggunakan transkripsi gaya Matthes (seorang Belanda yang telah membuat kamus bahasa Bugis) dengan sedikit tambahan yang akan ditunjukkan dalam jadual di bawah.

Bunyi (IPA) Aksara lontara Huruf rumi Transkripsi
/e/ ᨙ— e taling é
/ə/ —ᨛ e pepet e
/ŋ/ nga ŋ
/ɲ/ nya ñ

Lihat juga

[sunting]