[go: up one dir, main page]

Pergi ke kandungan

Bahasa Arab/Asas Bahasa/Abjad

Daripada Wikibuku
Seterusnya: Vokal | Sebelumnya: Pengenalan
Utama: Bahasa Arab/Asas Bahasa

Bab ini membincangkan abjad atau huruf bahasa Arab (أَبْجَدِيَّة عَرَبِيَّة‎) Cara menulis abjad dibincangkan dalam bab-bab berikutnya.

Abjad

[sunting]

Abjad Arab ialah skrip yang dikodkan untuk menulis bahasa Arab. Terdapat 28 huruf dalam abjad Arab, tidak termasuk hamza (ء) yang tidak dikira sebagai huruf penuh.

Banyak huruf kelihatan sama akan tetapi dibezakan dengan penggunaan titik sama ada di atas atau di bawah bahagian utama huruf. Titik-titik ini menjadi sebahagian daripada sesebuah huruf oleh sebab titik membezakan huruf yang mewakili bunyi yang berlainan. Sebagai contoh, huruf ب (b) memiliki satu titik di bawah sementara huruf ت (t) pula ditulis dengan dua titik di atas.

Bentuk huruf

[sunting]

Ortografi atau bentuk huruf, serta nama huruf-huruf yang terkandung dalam abjad Arab dipaparkan di bawah. Skrip Arab menggunakan tulisan tulisan sambung dan tidak ditulis satu persatu. Justeru bentuk huruf berubah, bergantung kepada kedudukannya dalam skrip. Perhatikan bentuk huruf yang berubah mengikut konteks skrip atau tulisan.

Huruf Arab yang digunakan dalam penulisan Arab
Nama (ejaan ALA) Transliterasi (pelbagai sistem) Nilai (IPA*) Bentuk dalam konteks Tunggal
Akhir Tengah Awal
alif ā /  ’  (juga  ʾ   a ) berbagai,
termasuk /aː/ [a]
ـا ـا ا ا
bā’ b /b/
(juga /p/ dalam kata pinjam)[b]
ـب ـبـ بـ ب
tā’ t /t/ ـت ـتـ تـ ت
thā’ th (juga ṯ ;) /θ/ ـث ـثـ ثـ ث
jīm j (juga ǧ, g ) /d͡ʒ/ ~ /ʒ/ ~ /ɡ/ [c] ـج ـجـ جـ ج
ḥā’ /ħ/ ـح ـحـ حـ ح
khā’ kh (juga , ḵ ) /x/ ـخ ـخـ خـ خ
dāl d /d/ ـد ـد د د
dhāl dh (juga ḏ ) /ð/ ـذ ـذ ذ ذ
rā’ r /r/ ـر ـر ر ر
zayn / zāy z /z/ ـز ـز ز ز
sīn s /s/ ـس ـسـ سـ س
shīn sh (juga š ) /ʃ/ ـش ـشـ شـ ش
ṣād // ـص ـصـ صـ ص
ḍād // ـض ـضـ ضـ ض
ṭā’ // ـط ـطـ طـ ط
ẓā’ /ðˤ/ ~ // ـظ ـظـ ظـ ظ
‘ayn  ‘  (juga  ʿ  ) /ʕ/ ـع ـعـ عـ ع
ghayn gh (juga ġ, ḡ ) /ɣ/
(kadang kala /ɡ/ dalam kata pinjam)[c]
ـغ ـغـ غـ غ
fā’ f /f/
(kadang kala /v/ dalam kata pinjam)[b]
ـف ـفـ فـ ف [d]
qāf q /q/
(kadang kala /ɡ/ dalam kata pinjam)[c]
ـق ـقـ قـ ق [d]
kāf k /k/
(kadang kala /ɡ/ dalam kata pinjam)[c]
ـك ـكـ كـ ك
lām l /l/ ـل ـلـ لـ ل
mīm m /m/ ـم ـمـ مـ م
nūn n /n/ ـن ـنـ نـ ن
hā’ h /h/ ـه ـهـ هـ ه
wāw w / ū / aw /w/, /uː/, /aw/,
kadang kala /u/, /o/, dan // dalam kata pinjam
ـو ـو و و
yā’ y / ī / ay /j/, /iː/, /aj/,
kadang kala /i/, /e/, dan // dalam kata pinjam
ـي ـيـ يـ ي [e]

Nota: IPA bermaksud International Phonetic Alphabet

ڇڇ

Transliterasi abjad yang digunakan dalam buku ini

[sunting]

Jadual di atas memaparkan beberapa jenis sistem yang digunakan untuk transliterasi (baris kedua) bahasa Arab ke dalam tulisan Rumi.

Seperti yang dikatakan dalam Bahan Awal, buku ini menggunakan sistem transliterasi BATR.

Transliterasi BATR buat semua huruf abjad Arab dipaparkan dalam jadual di bawah. Sila perhatikan bahawa dalam sistem BATR, 'Hamzah' (ء‎) (yang tidak dikira sebagai huruf 'penuh' dan justeru tidak dimasukkan ke dalam jadual) diwakilkan dengan huruf e, angka 2, ataupun tanda ' .

Abjad Arab dan transliterasi BATR
Huruf Arab ا ب ت ث ج ح خ د ذ ر ز س ش ص ض ط ظ ع غ ف ق ك ل م ن ه و ى
BATR A / aa b t c, th j H K d z', dh r z s x, sh S D T Z E g f q k l m n h w / uu y / ii

Susunan abjad

[sunting]
Abjad Arab mengikut jujukan هِجَائِي (ejaan BATR: hijaaeii; ALA-LC: hijā’ī)


Huruf qamariah dan huruf suria

[sunting]

Latihan penggunaan BATR

[sunting]

Kita mulakan dengan beberapa perkataan mudah untuk membiasakan diri dengan ejaan BATR.

BM = Bahasa Melayu
BA = Bahasa Arab
BATR BM BA
bab pintu باب
qalam pena قلم
saryir katil سرير
Al-maktab meja (ini) المكتب
marHabaN helo/apa khabar مرحبا
maeismuk? apa nama anda? ما اسمك؟
shukraN, xukraN terima kasih شكرا
Perhatikan
  • BA tidak menggunakan huruf besar mahupun kecil
  • BATR menggunakan 'Al-' untuk mewakilkan kata 'ال' seperti dalam kata 'المكتب'
  • Ada perkataan Arab yang dieja dengan huruf aelif di hujungnya, akan tetapi disebut dengan 'an', seperti perkataan-perkataan 'مرحبا' dan 'شكرا'. BATR mengeja perkataan-perkataan ini dengan 'aN' seperti 'marhabaN' dan 'shukraN'.
  • Tanda tanya, '?' ditulis terbalik '؟'

Contoh yang lebih rumit (keratan puisi oleh Al-Mutanabbii)[1]

BATR Arab
Al-mutanabbii - kafaaa bika daaeaN المُتَنَبِّي - كَفَى بِكَ دَاءً
kafaaa bika daaeaN ean taraaa Al-mawta shaafiyaa كَفَى بِكَ دَاءً أَنْ تَرَى المَوْتَ شَافِيَا
waHasbu Al-manaayaa ean yakunna eamaaniyaa وَحَسْبُ المَنَايَا أَنْ يَكُنَّ أَمَانِيَا

Nota kaki

[sunting]
  1. Dipetik daripada laman eiktub http://www.eiktub.com/mutanabbii.html. Penggunaan Wajar (Fair Use).