[go: up one dir, main page]

Pergi ke kandungan

batu

Daripada Wikikamus
Wikipedia Bahasa Melayu mempunyai rencana mengenai:
Wikipedia Bahasa Melayu mempunyai rencana mengenai:

Bahasa Melayu

Batu.

Etimologi

[sunting]

Turunan bahasa Melayik Purba *batu lanjut dari bahasa Melayu-Polinesia Purba *batu diakar bahasa Austronesia Purba *batu. Sewarisan bahasa Tagalog bato.

Takrifan

[sunting]

batu

  1. bahan galian keras yang berasal dari Bumi tetapi bukan logam dan terdiri daripada pelbagai jenis.
    Mereka sedang mengutip batu di sungai.
  2. sejenis logam kecil yang dipakai dalam alat pemantik api (untuk mencetuskan api).
  3. permata.
  4. ukuran jarak sejauh 1,760 ela (1.61 kilometer).
    Berapa batu jauhnya dari Simpang Tiga ke Simpang Empat?
  5. penjodoh bilangan bagi gigi.

Kata majmuk

[sunting]

Terbitan

[sunting]
berbatu
  1. ada batunya; terdapat batu di dalamnya.
berbatu-batu
  1. banyak batunya; penuh dengan batu.
    Tanahnya curam dan berbatu-batu.
  2. jauh jaraknya.
    Kami terpaksa berjalan berbatu-batu baru sampai ke pondoknya.
membatu.
  1. menjadi keras seperti batu; menjadi batu.
  2. (kiasan) diam; membisu.
    Apabila ditanyai gurunya, pelajar itu hanya membatu.

Sebutan

[sunting]

Terjemahan

[sunting]

Tulisan Jawi

[sunting]

باتو

Bahasa Iban

[sunting]

Etimologi

[sunting]

Turunan bahasa Melayu-Polinesia Purba *batu dari bahasa Austronesia Purba *batu. Sewarisan bahasa Tagalog bato.

Sebutan

[sunting]

Kata nama

[sunting]

batu

  1. batu
    Tikau iya batu nya ke sungai
    Dia membaling batu itu ke sungai

Bahasa Indonesia

Kata nama

[sunting]
  1. Lihat takrifan bahasa Melayu.
  2. bateri (lampu suluh).

Bahasa Kadazandusun

[sunting]

Takrifan

[sunting]

Kata adjektif

[sunting]

batu

  1. batu (jarak).

Sebutan

[sunting]

Kata terbitan

[sunting]
  1. Piro po batu sinodu tinadalanon tokou?
    Terjemahan: Berapa batu lagi jarak perjalanan kita?

Rujukan

[sunting]

Takrifan

[sunting]

Kata tanya

[sunting]

batu

  1. batu