[go: up one dir, main page]

Pergi ke kandungan

Wikikamus:FAQ

Daripada Wikikamus

Umum

[sunting]

S: Bagaimana menambah lema baru?

J: Anda boleh menambah perkataan baru dengan mencipta pautan kepadanya di Wiktionary:Kotak pasir. Lihat juga w:Wikipedia:Bagaimana memulakan laman baru.

S: Di manakah senarai mengikut abjad?

J: Cuba gunakan ciri carian di sebelah kiri laman. Khas:Allpages menyenaraikan semua laman dalam Wiktionary, termasuklah laman utiliti di ruang nama Wiktionary.

S: Saya telah menyumbang tanpa mendaftar, tapi kini saya ingin mempunyai akaun pengguna. Bagaimana caranya?

J: Cuma klik pada pautan Buka akaun atau log masuk di atas kanan setiap laman di Wiktionary.

S: Apakah format kandungan laman yang digunakan?

J: Format yang digunakan adalah seperti yang dicadangkan dalam Wiktionary:Memulakan laman baru#Format laman.

Takrifan

[sunting]

S: Bagaimanakah caranya memberikan takrifan?

J: Menulis takrifan sesuatu lema boleh dikatakan suatu seni. Mulakan dengan erti yang paling biasa, dan cuba berikan contoh.

S: Bolehkan saya gunakan takrifan dari kamus dan glosari lain?

J: Ya dan tidak! Wiktionary patut mewakili bahasa seperti yang digunakan umumnya, dan ini paling elok dilakukan melalui contoh penggunaan. Sesetengah kamus memberikan contoh ini. Takrifan tidak boleh disalin begitu sahaja tanpa penghargaan. Terdapat isu hak cipta. Namun kamus istilah mungkin merupakan satu-satunya sumber tempat istilah teknikal. "Kegunaan adil" boleh digunakan di sini, selagi tidak mengambil terlalu banyak dari satu-satu sumber, dan perlu diberikan penghargaan. Jika ada sumber lain, elakkannya.

Pelanggaran hak cipta

[sunting]

S: Saya terjumpa bahan berhakcipta dalam sesuatu rencana. Apa yang patut saya buat?

J: Dalam penerbitan seperti ini sukar untuk menentukan bila hak cipta dilanggar. Kegunaan adil (lihat bawah) bukan pelanggaran hak cipta. Jika anda syak berlaku pelanggaran hak cipta, ikuti langkah-langkah berikut:
  1. Periksa rencana tersebut dan cari sumbernya.
  2. Di laman perbualan, nyatakan sedemikian dan tunjukkan bukti anda.
  3. Jika bahan tersebut diletakkan oleh penyumbang berdaftar, adalah sopan untuk memaklumkan dia.
  4. Anda tidak perlu membuang bahan tersebut dengan segera.

S: Apakah hak cipta?

J: Hak cipta merupakan hak ekonomi ekslusif seseorang untuk menggunakannya. Tempohnya bergantung besar kepada undang-undang negara yang didiami pemilik hak cipta tersebut. Ia mungkin disertai dengan hak moral seperti hak diberikan penghargaan. Sesuatu karya yang yang hak cipta telah tamat dikatakan berada dalam domain awam.

S: Apakah kegunaan adil?

J: Secara mudah "kegunaan adil" ialah pembolehan pemetikan karya berhakcipta orang lain. Sebarang petikan perlulah diberikan penghargaan sewajarnya. Sama ada sesuatu petikan masuk ke dalam kegunaan adil merupakan suatu perkara yang rumit. Biasanya, petikan satu takrifan atau rangkap ringkas termasuk dalam undang-undang ini.

Bagaimana memaut Wikipedia

[sunting]
Wikipedia Bahasa Melayu mempunyai rencana mengenai:

Terdapat dua cara: Pertama dengan penggunakan awalan antara-projek "w:", e.g. [[w:WP:FAQ|]] = WP:FAQ. Cara kedua ialah dengan menambah templat {{wikipedia}} di atas lema tersebut, yang akan menambahkan kotak pautan seperti di sebelah.

Lihat Wiktionary:Projek saudara untuk maklumat lanjut.

Lihat juga

[sunting]