Tempat pengajaran dan pembelajaran disatukan
Google Classroom membantu pendidik mewujudkan pengalaman pembelajaran menarik yang boleh diperibadikan, diurus dan diukur oleh mereka. Sebagai sebahagian daripada Google Workspace for Education, apl ini memperkasakan pendidik untuk mempertingkatkan impak mereka dan menyediakan pelajar untuk masa hadapan.
150 juta orang di seluruh dunia menggunakan Google Classroom
Google Classroom direka bentuk berdasarkan maklum balas daripada komuniti pendidikan, mempengaruhi pembangunan ciri baharu yang membolehkan pendidik memfokuskan pengajaran dan pelajar pula memfokuskan pembelajaran.
Perkaya dan peribadikan pembelajaran
Dorong tindakan pelajar dengan alatan yang memenuhi keperluan pelajar pada semua peringkat – dan bina kemahiran untuk masa hadapan mereka.
Ciri premium yang mengilhamkan cara pengajaran dan pembelajaran yang baharu
Jadikan pembelajaran lebih peribadi dan pupuk tindakan pelajar
Sokong pengajaran yang dibezakan
Sesuaikan kerja kelas bagi setiap pelajar dan berikan sokongan kepada mereka dengan maklum balas masa nyata serta alatan komunikasi yang mudah.
Pupuk integriti akademik
Galakkan pemikiran asli dan kenal pasti kemungkinan plagiarisme dengan laporan keaslian yang membandingkan tugasan pelajar dengan berbilion-bilion halaman web dan lebih 40 juta buku.
Jadikan pembelajaran lebih mudah diakses dan terangkum
Bantu pelajar menyesuaikan persekitaran pembelajaran mereka untuk mengurangkan halangan pembelajaran.
Persiapkan pelajar untuk masa hadapan
Galakkan kemahiran merancang dan pengurusan masa menerusi senarai tugasan interaktif, tarikh tamat automatik dan alatan produktiviti yang terkemuka dalam industri.
Tingkatkan pengajaran dengan alatan yang mempermudah tugas seharian
Tingkatkan masa pengajaran dengan alatan yang dibina untuk tujuan pengajaran, produktiviti dan kerjasama.
Ciri premium yang meningkatkan pengajaran
Analitis Classroom memberi pendidik cerapan dan keterlihatan tentang penyerahan, prestasi dan penglibatan pelajar dalam tugasan agar pendidik boleh membuat keputusan termaklum tentang cara terbaik untuk memberikan sokongan.
Alatan yang direka bentuk untuk melancarkan pengajaran
Jimatkan masa mengurus tugas harian
Tugaskan, berikan markah dan maklum balas untuk beberapa kelas, malah semasa dalam perjalanan dengan apl Classroom versi iOS dan Android.
Pertingkatkan komunikasi, kerjasama dan hubungan
Berhubung dengan pelajar dan ibu bapa dengan segera menggunakan alatan sembang dan mesyuarat yang dibenamkan sambil memanfaatkan ciri sembang serta ulasan yang terbina dalam untuk memberi pelajar maklum balas semasa mereka membuat tugasan.
Berikan markah dengan lebih cekap
Nilai kemajuan pelajar dengan rubrik boleh disesuaikan yang boleh dilihat oleh pelajar dan jimatkan masa dengan alatan maklum balas serta eksport gred yang cekap.
Hasilkan sesuatu yang kreatif dengan ratusan apl
Ratusan apl teknologi pendidikan disepadukan dengan Classroom untuk mencetuskan kreativiti dan mewujudkan lebih banyak peluang pembelajaran.
Beroperasi dengan penyelesaian yang direka bentuk untuk mendapatkan keterlihatan, cerapan dan kawalan
Wujudkan persekitaran pembelajaran yang lebih mudah dikendalikan dan sokong pendidik serta pelajar dengan alatan yang selamat dan terhubung.
Ciri premium untuk menyokong organisasi anda dan memupuk hasil pembelajaran yang lebih kukuh
Peroleh keterlihatan tentang segala perkara seperti prestasi kelas dan penyelesaian tugasan pelajar individu dengan analitis Classroom (akan datang) atau eksport log Classroom kepada BigQuery untuk menganalisis penerimagunaan, keterlibatan dan pelbagai lagi.
Pemimpin pendidikan dan kakitangan yang ditugaskan boleh mengakses kelas buat sementara waktu untuk menyokong pendidik, mengurus guru ganti, melihat maklumat sebagai persiapan untuk perbualan dengan penjaga dan pelbagai lagi.
Platform selamat yang boleh dipercayai dan diperluas untuk komuniti sekolah pelbagai saiz
Raih manfaat daripada privasi dan keselamatan yang terunggul dalam industri
Classroom menggunakan infrastruktur yang sama seperti produk Google Workspace yang lain dan mencapai standard privasi yang ketat dengan audit pihak ketiga yang dilakukan secara tetap. Akses Konsol pentadbiran berpusat dengan kemasukan terkawal dan cerapan tentang prestasi dan keselamatan.
Kekal fleksibel dan boleh dipercayai
Besarkan skala komuniti sekolah anda menerusi rangkaian global yang dibina dengan keselamatan tindanan penuh dan masa hidup 99%.
Perluas dan besarkan skala Classroom
Bersepadu dengan sistem maklumat pelajar (SIS) anda dan sesuaikan Classroom untuk memenuhi keperluan anda yang unik dengan API.
Sokong kakitangan dan pertingkatkan kerjasama
Perkasakan pendidik dengan sumber pengajaran, program pembangunan profesional dan kursus latihan dalam talian, yang tersedia tanpa kos.
Cara Classroom boleh membawa perubahan kepada anda
Pemimpin Pendidikan
Classroom boleh dipelajari dalam masa beberapa minit dan sesuai untuk semua jenis pelajar dan pendidik, tanpa mengira tahap kecelikan teknologi mereka. Perkasakan pendidik dan galakkan penerimagunaan dan kecekapan dengan alatan dan teknik baharu serta sumber yang pelbagai.
Pendidik
Guru boleh menyediakan kelas dengan segera, membuat kerja kursus dengan mudah, mengedarkan kerja kursus kepada seluruh kelas dan memberikan markah dengan cekap dan telus.
Pentadbir IT
Pentadbir mempunyai skop kawalan yang diperlukan apabila mengakses dan menganalisis data untuk mendapatkan cerapan dan memilih daripada pelbagai pilihan peningkatan bagi memperoleh keupayaan tambahan yang memenuhi keperluan khusus mereka.
Perlukan maklumat lanjut tentang Classroom?
Himpunkan semua alatan anda dengan Google Workspace for Education
Google Workspace for Education memperkasakan komuniti sekolah anda dengan alatan yang mudah digunakan yang mempertingkatkan pengajaran, pembelajaran, kerjasama dan produktiviti – semuanya pada satu platform yang selamat.
150juta pengguna
Aktif di seluruh dunia
“Antara banyak penyelesaian teknologi yang pernah saya gunakan dalam bidang pendidikan, Google Classroom telah memberikan kesan yang paling ketara terhadap pengajaran dan pembelajaran sejak kali pertama saya mula menggunakan produk ini di institusi pendidikan saya.”
Ross Morrison McGill, pengasas @TeacherToolkit