Tukar seting Papan Kekunci untuk kebolehcapaian pada Mac
Pada Mac anda, gunakan seting Papan Kekunci untuk kebolehcapaian bagi mendayakan Akses Papan Kekunci Penuh untuk menavigasi dan mengawal Mac anda hanya dengan menggunakan papan kekunci, serta tukar penampilan kursor Akses Papan Kekunci Penuh; mendayakan dan mengesetkan pilihan untuk Kekunci Lekat dan Kekunci Perlahan; serta mendayakan dan mengesetkan pilihan untuk menggunakan Papan Kekunci Kebolehcapaian, papan kekunci atas skrin yang membolehkan anda menaip dan berinteraksi tanpa menggunakan papan kekunci fizikal. Ketahui cara menggunakan Papan Kekunci Kebolehcapaian.
Untuk menukar seting ini, pilih menu Apple > Seting Sistem, klik Kebolehcapaian dalam bar sisi, kemudian klik Papan Kekunci di sebelah kanan. (Anda mungkin perlu skrol ke bawah.)
Buka seting Papan Kekunci untuk kebolehcapaian untuk saya
Option | Perihalan |
---|---|
Akses Papan Kekunci Penuh | Aktifkan Akses Papan Kekunci Penuh untuk menggunakan kekunci Tab dan kekunci lain bagi menavigasi skrin. Untuk menyesuaikan, klik :
|
Seting Papan Kekunci | Setkan pintasan papan kekunci tambahan, pilihan untuk papan kekunci dan kekunci fungsi serta banyak lagi. Lihat seting Papan Kekunci. |
Kekunci Lekat | Tekan set kekunci pengubah suai satu demi satu dalam turutan berbanding semua pada satu masa. Sebagai contoh, masukkan gabungan kekunci Option-Command-F5 dengan menekan setiap kekunci mengikut turutan. Untuk menyesuaikan, klik :
|
Kekunci Perlahan | Laraskan tundaan yang berlaku apabila anda menekan kekunci dan apabila ia diaktifkan. Untuk menyesuaikan, klik :
|
Papan Kekunci Kebolehcapaian | Papar dan gunakan Papan Kekunci Kebolehcapaian. Klik untuk mengesetkan pilihan Umum, Sudut Inap dan Inap untuk Papan Kekunci Kebolehcapaian. Lihat di bawah untuk maklumat lanjut tentang pilihan. |
Editor Panel | Gunakan Editor Panel untuk mencipta panel tersuai yang tersedia daripada Papan Kekunci Kebolehcapaian. |
Pilihan umum untuk Papan Kekunci Kebolehcapaian
Setkan pilihan umum untuk menggunakan Papan Kekunci Kebolehcapaian.
Option | Perihalan |
---|---|
Penampilan | Gunakan penampilan cerah atau gelap untuk papan kekunci. Seting ini tidak bergantung pada sama ada anda menggunakan penampilan cerah atau gelap pada Mac anda. |
Pudarkan panel selepas tidak aktif | Selepas tempoh tidak aktif tertentu, pudarkan papan kekunci dengan peratusan yang ditentukan (pada paras peratusan yang lebih rendah papan kekunci lebih kelihatan, sementara pada paras peratusan lebih tinggi ianya kurang kelihatan; pada 100% ia tersembunyi). Untuk membuat papan kekunci dilihat sepenuhnya semula, alihkan penuding menerusi papan kekunci yang pudar atau, jika ianya tersembunyi, alihkan penuding. Pilihan ini berguna apabila anda tidak memerlukan papan kekunci buat seketika, contohnya, seperti apabila menonton filem, atau apabila anda mahu melihat sebahagian desktop yang berada di bawah papan kekunci. |
Mainkan bunyi untuk kekunci dan tindakan inap | Dengar bunyi apabila anda memilih kekunci pada papan kekunci atau apabila tindakan inap dilaksanakan. (Memilih kekunci Caps membuat bunyi walaupun apabila pilihan ini tidak dipilih.) |
Kekunci patut dimasukkan pada | Pilih sama ada input dimasukkan atau tindakan diambil pada tetikus ke atas atau tetikus ke bawah. |
Kekunci boleh dipilih menggunakan klik-kanan | Pilih kekunci pada papan kekunci menggunakan klik kiri atau klik kanan tetikus atau trackpad. |
Masukkan dan keluarkan ruang secara automatik | Biarkan Papan Kekunci Kebolehcapaian mengurus jarak apabila anda menulis teks. Sebagai contoh, ia membetulkan ruang secara automatik selepas noktah atau antara ayat, berdasarkan konteks. |
Huruf besarkan ayat secara automatik | Biarkan Papan Kekunci Kebolehcapaian mengurus huruf besar apabila anda menulis teks. Sebagai contoh, ia membesarkan huruf secara automatik selepas noktah (penghujung ayat), berdasarkan konteks. |
Pilihan Sudut Inap untuk Papan Kekunci Kebolehcapaian
Setkan pilihan untuk menggunakan Sudut Inap dengan Papan Kekunci Kebolehcapaian.
Option | Perihalan |
---|---|
Sudut Inap | Tindakan untuk diambil apabila anda mengekalkan penuding di penjuru skrin. Pilih tindakan, seperti Klik Kiri. |
Panel mengikut sembunyikan/tunjukkan panel utama | Apabila anda menggunakan sudut inap untuk menunjukkan atau menyembunyikan Papan Kekunci Kebolehcapaian atau panel tersuai, buatkan papan kekunci atau panel beralih ke sudut pantas. Jika anda tidak mahu papan kekunci atau panel beralih ke sudut inap, nyahaktifkan pilihan ini. |
Pilihan inap untuk Papan Kekunci Kebolehcapaian
Setkan pilihan yang menentukan apabila untuk menunjukkan menu tindakan Inap, tindakan untuk dilaksanakan apabila anda inap pada item, tempoh untuk inap pada item dan banyak lagi.
Option | Perihalan |
---|---|
Benarkan bar alat tindakan inap dalam panel | Jadikan bar alat tersedia dalam Papan Kekunci Kebolehcapaian dan panel tersuai. |
Tunjukkan tindakan inap dalam bar menu | Tunjukkan menu status untuk tindakan inap dalam bar menu. |
Sentiasa inap dalam tambahan menu | Sentiasa gunakan Inap untuk memilih item di sebelah kanan bar menu walaupun ketika Inap dijedakan. Klik kiri adalah tindakan lalai apabila menginap dalam tambahan bar menu. |
Sentiasa inap dalam panel | Sentiasa gunakan Inap untuk memilih item dalam Papan Kekunci Kebolehcapaian dan panel tersuai, walaupun ketika Inap dijedakan. Klik kiri adalah tindakan lalai apabila menginap dalam panel. |
Warna inap | Pilih warna, seperti hijau, untuk penuding inap apabila ditunjukkan. |
Dayakan zum | Tunjukkan tetingkap zum selepas penuding melahu untuk jumlah masa yang ditentukan. Tetingkap perbesarkan kawasan yang anda inapkan dan penuding. Saiz tetingkap zum ialah berdasarkan saiz yang disetkan untuk zum Gambar-dalam-Gambar. Untuk menukar seting tersebut, lihat Zum masuk pada perkara atas skrin. Nota: Elakkan menukar pilihan lain dalam seting Zum untuk kebolehcapaian; ia boleh mengganggu tetingkap zum Inap. |
Sembunyikan penunjuk masa inap | Sembunyikan penuding inap dan kira detik semasa menginap. |
Tindakan inap lalai | Pilih tindakan lalai untuk dilaksanakan apabila anda inap pada item—contohnya klik kanan, tunjukkan Menu Skrol, atau seret dan lepas item. Atau pilih untuk menunjukkan menu Pilihan yang membenarkan anda bertukar antara tindakan untuk penggunaan sekali sahaja. Anda juga boleh memilih tindakan daripada menu status inap, jika ia ditunjukkan dalam bar menu. |
Kembali auto ke klik kiri | Selepas anda memilih tindakan untuk dilaksanakan, sentiasa buatkan klik kiri tindakan seterusnya dilksanakan. Pilihan ini berguna jika anda klik kiri item lebih kerap daripada melakukan tindakan lain. |
Masa inap lalai | Jumlah masa untuk menginap pada item pada skrin sebelum tindakan dilaksanakan. |
Masa inap panel | Jumlah masa untuk inap pada item dalam panel sebelum tindakan klik kiri dilaksanakan. |
Toleransi pergerakan inap | Jarak dalam piksel yang anda boleh gerakkan semasa inap pada item. Jika anda beralih melepasi had ini, kira detik bermula lagi. |
Toleransi pergerakan pasca tindakan | Jarak, dalam piksel, yang anda perlu keluarkan selepas melakukan tindakan untuk kira detik baharu bermula. |
Untuk mengaktifkan atau menyahaktifkan Akses Papan Kekunci Penuh, Kekunci Lekat, Kekunci Perlahan atau Papan Kekunci Kebolehcapaian menggunakan panel Pintasan Kebolehcapaian, tekan Option-Command-F5 (atau jika Mac atau Magic Keyboard anda mempunyai Touch ID, tekan Touch ID tiga kali dengan cepat).
Untuk menentukan pilihan yang tersedia dalam panel, pilih menu Apple > Seting Sistem, klik Kebolehcapaian dalam bar sisi, kemudian klik Pintasan di sebelah kanan. (Anda mungkin perlu skrol ke bawah.)