[go: up one dir, main page]

Glosari istilah yang digunakan di isi kamus ini. Lihat juga Wiktionary:Glosari, yang mengandungi istilah yang digunakan di tempat lain dalam komuniti Wikikamus dan Lampiran:Glosari retorik, yang menjelaskan istilah retorik yang biasa digunakan.


Isi Kandungan: A B C D E F G H I J K L M N O P Q R S T U V W X Y Z


a.
"Ante" (bahasa Latin bagi "sebelum"). Oleh itu, petikan dari "a. 1924" ialah petikan dari tidak selewat-lewatnya tahun 1923.
duaan
Suatu bentuk bilangan nahu yang menandakan tepat-tepat dua benda atau individu. Biasanya untuk dibezakan dengan bentuk mufrad atau bentuk jamak.
homofon
Suatu kata yang sebutannya sama dengan kata lagi satu tetapi berbeza dari segi ejaan, makna atau asal-usulnya.
jamak
Suatu bentuk bilangan nahu yang menunjukkan kewujudan beberapa benda atau individu. Kebanyakan bahasa membezakannya dengan bentuk mufrad, dan jamak menunjukkan dua atau lebih bilangan sesuatu benda itu. Sesetengah bahasa juga mempunyai bentuk bilangan duaan atau juga nombor cubaan; dalam keadaan kewujudan berbilang nombor cubaan bentuk jamak menunjukkan lebih daripada nombor khusus tertinggi.
kasus ablatif
Suatu kasus yang menandakan perpisahan, atau bergerak jauh dari sesuatu. Ia digunakan sendiri sahaja atau dengan kata hubung tertentu. Contohnya, jika bahasa Melayu memiliki sistem kasus produktif penuh yang memasukkan kasus ablatif, kemudian dalam frasa datang dari bandar, sama ada "bandar" atau "dari bandar" kemungkinan akan dalam ablatif. Dalam beberapa bahasa, seperti bahasa Latin, kasus ini telah memperoleh banyak kegunaan lain dan tidak betul-betul menandakan perpisahan lagi.
kata pinjaman
Sesuatu perkataan yang diserap masuk (dipinjam) dari sesuatu bahasa lain berbanding terbentuk dalam bahasa itu sendiri atau diturun daripada bentuk yang terdahulu pada bahasa yang sama. Kata pinjaman mungkin masih boleh dikenali sebagai asing (mempunyai ejaan atau sebutan yang tidak mengikut prinsip pembentukan kosa kata sesuatu bahasa yang meminjam itu) (pinjaman yang tidak tersuai), atau perkataan tersebut mungkin telah diserap sepenuhnya ke dalam bahasa tersebut (tidak lagi dianggap sebagai sesuatu yang asing). Contohnya, dalam bahasa Inggeris, perkataan "schadenfreude" masih dikenali sebagai kata pinjaman dari bahasa Jerman, manakala perkataan "cellar" pula telah diasimilasi sepenuhnya dan tidak lagi dikenali sebagai berasal dari bahasa Latin (dari cellārium). Kadangkala kata pinjaman semula jadi boleh diasimilasikan sepenuhnya dan masih diiktiraf sebagai kata pinjaman asing (contoh seperti perkataan "taco" dan "burrito"). Bandingkan terjemahan pinjaman (dikenali sebagai calque dalam bahasa Inggeris).
mufrad

Suatu bentuk bilangan nahu yang menandakan tepat-tepat satu benda atau individu. Selalunya dibezakan dengan bentuk jamak, dan sesetengah bahasa pula dengan tambahan bentuk duaan

singkatan
Bentuk perkataan yang dipendekkan, seperti parapisme, akronim, atau pemendekan.