Deadliest Catch
Deadliest Catch adalah sebuah siri televisyen dokumentari/realiti yang dikeluarkan oleh Original Productions untuk Discovery Channel. Ia memaparkan peristiwa kehidupan sebenar di atas kapal nelayan di Laut Bering semasa musim menangkap ketam raja Alaska dan C. opilio.
Deadliest Catch | |
---|---|
Fail:Deadliestcatchopening.jpg | |
Format | Dokumentari realiti |
Pencipta | Thom Beers |
Pencerita suara latar | Mike Rowe |
Lagu pembukaan | "Wanted Dead or Alive" oleh Bon Jovi |
Negara asal | Amerika Syarikat |
Bilangan musim | 6 |
Bilangan episod | 90 (Senarai episod) |
Penerbitan | |
Tempoh siaran | 40–45 minit |
Penyiaran | |
Saluran asal | Discovery Channel |
Siaran asal | 12 April 2005 | – kini
Laman sesawang |
Pelabuhan Dutch Harbor, Kepulauan Aleut (terletak di Unalaska, Alaska) merupakan pangkalan operasi bagi armada nelayan ini. Nama program ini diberikan ekoran risiko kecederaan atau kematian yang tinggi yang mesti dihadapi oleh krew kapal di sebabkan persekitaran tempat bekerja dan suasana alam semulajadi yang berbahaya.
Deadliest Catch pertama kali disiarkan di Discovery Channel pada 12 April, 2005 dan kini disiarkan di lebih 150 buah negara. Musim pertama terdiri dari 10 episod, dengan episod terakhirnya disiarkan pada 14 Jun, 2005. Musim seterusnya disiarkan pada bulan April sehingga Jun atau Julai setiap tahun sejak musim asal pada tahun 2005. Musim ke-6 telah disiarkan pada 13 April, 2010. Musim-musim dirakamkan pada musim luruh sebelumnya (raja ketam) dan musim sejuk (C. opilio).
Kapal-kapal
suntingProgram ini telah dirakamkan di atas banyak kapal nelayan, ada antaranya yang bertukar pada setiap musim.
Kapal-kapal nelayan yang dipaparkan
suntingKapal nelayan | Kapten | Musim |
---|---|---|
Aleutian Ballad | Jerry "Corky" Tilley | 2, 3 |
Arctic Dawn | Ole Helgevold | Pemandu |
Big Valley[1] | Gary Edwards | 1 (musim Opilio) |
Billikin | Jeff Weeks | 1 (musim Opilio) |
Cornelia Marie | Phil Harris[2] | 1 (musim Opilio), 2, 3, 4, 5 (permulaan musim Ketam Raja, musim Opilio), 6 (musim Ketam Raja, permulaan musim Opilio); After the Catch 1, 2, 3 |
Murray Gamrath | 4 (akhir musim Opilio), 5 (musim Ketam Raja); "After the Catch" 3 | |
Derrick Ray | 6 (akhir musim Opilio) | |
Early Dawn | Allen Oakley | 3 |
Rick Fehst | 4 | |
Erla-N | Bing Henkel | Pemandu |
Farwest Leader | Greg Moncrief | 3 |
Fierce Allegiance | Tony LaRussa[3] | Pilot, 1 (musim Ketam Raja) |
Incentive | Harry Lewis | 5 (musim Opilio); After the Catch 3 |
Kodiak | Bill "Wild Bill" Wichrowski | 6 |
Lady Alaska | Pete Liske | 1 (musim Opilio) |
Lisa Marie | Wade Henley | 5 (musim Ketam Raja) |
Lucky Lady | Vince Shavender | 1 (musim Ketam Raja) |
Maverick | Rick Quashnick | 1 (musim Opilio), 2, 3 (musim Opilio); After the Catch 1 |
Blake Painter | 3 (musim Ketam Raja) | |
North American | Sten Skaar | 4 |
Northwestern | Sig Hansen | Pemandu, 1, 2, 3, 4, 5, 6; After the Catch 1, 2, 3, 4 |
Retriever | Jim Stone | 1 (musim Opilio) |
Rollo | Eric Nyhammer[4] | 2 |
Saga | Roger Strong | Pemandu, 1 (musim Opilio) |
Sea Star | Larry Hendricks | Pemandu, 1, 3, 4, 5 (bot pengejar); After the Catch 1, 2, 3 |
Time Bandit[5] | Johnathan Hillstrand (musim Ketam Raja) Andy Hillstrand (musim Opilio) |
2, 3, 4, 5, 6; After the Catch 1, 2, 3, 4 |
Trailblazer[6] | Wayne Baker | 3, 5 |
Vixen[7] | Shaun Miles | 1 (musim Opilio) |
Western Viking | Coleman Anderson | 1 (musim Ketam Raja) |
Wizard | Keith Colburn | 3 (musim Ketam Raja), 4, 5, 6 (musim Ketam Raja); After the Catch 1, 2, 3, 4 |
Monte Colburn | 3 (musim Opilio), 6 (musim Bairdi) |
↑1 Semasa merakamkan musim pertama Deadliest Catch, F/V Big Valley telah karam pada 15 Januari, 2005, kira-kira 0734 Waktu Piawai Alaska apabila Pengawal Pantai mengesan isyarat EPIRB. Lima dari enam anak kapal telah terkorban; tiga mayat tidak pernah dijumpai. Cache Seel merupakan satu-satunya mangsa yang terselamat. Krew penggambaran Discovery Channel di atas kapal Maverick dan Cornelia Marie merakamkan sedutan awal di tempat kejadian, mengesahkan bot telah terbalik dan karam. Pencarian kapal ini dipaparkan di dalam episod "Dead of Winter".
↑2 Harris terpaksa meninggalkan musim C. opilio dalam musim ke-4 apabila mengalami pulmonary embolism, dan isu-isu kesihatan beliau telah menghalang beliau daripada keluar ke laut untuk menangkap Ketam Raja semasa musim ke-5. Murray Gamrath telah mengantikan beliau sebagai kapten di dalam kedua-dua musim. Satu krew penggambaran tinggal bersama-sama Harris apabila beliau dimasukkan ke hospital pada musim ke-4 dan selepas beliau berundur pada awal musim ke-5. Beliau masih membuat penampilan sekali-sekala pada musim ke-5. Harris telah mengalami serangan strok yang teruk pada 29 Januari, 2010, semasa merakamkan musim C. opilio untuk siaran musim ke-6 dan telah meninggal dunia pada 9 Februari, 2010. Derrick Ray mengambil alih tugas sebagai kapten untuk musim yang masih tinggal.[1][2]
↑3 Jangan dikelirukan dengan St. Louis Cardinals pengurus Tony La Russa.
↑4 Nyhammer, kapten bagi F/V Rollo, berkhidmat sebagai deckhand kanan di atas North American semasa sebahagian musim ke-4 penangkapan Raja Ketam.
↑5 F/V Time Bandit boleh dilihat di belakang latar sebagai sebuah kapal pengejar utama di dalam musim 1, meskipun begitu ia tidak pernah diperkenalkan di dalam musim itu.
↑6 F/V Trailblazer telah dilihat di dalam musim ke-3 pada episod "Man Overboard!" dan "Cheating Death". Ia juga telah dipaparkan di dalam musim ke-5.
↑7 F/V Vixen memiliki krew penggambaran di atasnya; meskipun begitu tiada sedutan berkaitannya telah dipaparkan di dalam versi A.S, tetapi telah ke udara di dalam beberapa edisi antarabangsa.
Lihat juga
suntingRujukan
sunting- ^ "Capt. Phil Harris of TV's 'Deadliest Catch' dies after stroke". CNN.com. February 10, 2010. Dicapai pada February 10, 2010.
- ^ "'Deadliest Catch' Captain Phil Harris dies". The Hollywood Reporter. February 9, 2010. Dicapai pada February 9, 2010.
Pautan luar
sunting- Deadliest Catch Network at Discovery.com
- Deadliest Catch di Pangkalan Data Filem Internet (IMDb)