22 Februari
tarikh
<< | Februari | >> | ||||
---|---|---|---|---|---|---|
Ah | Is | Se | Ra | Kh | Ju | Sa |
1 | 2 | 3 | ||||
4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 10 |
11 | 12 | 13 | 14 | 15 | 16 | 17 |
18 | 19 | 20 | 21 | 22 | 23 | 24 |
25 | 26 | 27 | 28 | 29 | ||
2024 |
22 Februari merupakan hari ke-53 dalam kalendar Gregory. Tinggal 312 hari (atau 313 hari bagi tahun lompat) sebelum memasuki tahun selepasnya.
Hari ini juga merupakan:
Peristiwa
- 1495 - Raja Charles VIII dari Perancis memasuki Naples untuk menuntut takhta kota tersebut.
- 1632 - Perbincangan Mengenai Dia Sistem Dunia Utama karya Galileo diterbitkan.
- 1744 - Perang Warisan Austria: Kapal British mula menyerang bahagian belakang armada Perancis-Sepanyol di Laut Mediterranean di luar pantai Toulon, Perancis.
- 1797 - Serangan Britain Terakhir oleh Perancis bermula berhampiran Fishguard, Wales.
- 1819 - Melalui Perjanjian Adams–Onís, Sepanyol menjual Florida kepada Amerika Syarikat dengan harga AS$5 juta.
- 1856 - Parti Republikan Amerika Syarikat membuka persidangan sulungnya di Pittsburgh, Pennsylvania.
- 1876 - Universiti Johns Hopkins (gambar) ditubuhkan di Baltimore, Maryland, A.S. dan dinamakan bersempena dermawan Johns Hopkins.
- 1904 - United Kingdom menjual sebuah stesen meteorologi di Kepulauan Orkney Selatan ke Argentina. Kepulauan tersebut dituntut oleh UK pada tahun 1908.
- 1915 - Perang Dunia Pertama: Jerman memulakan peperangan kapal selam tanpa batasan.
- 1924 - Calvin Coolidge menjadi Presiden Amerika Syarikat pertama yang berucap di radio dari White House.
- 1942 - Perang Dunia Kedua: Presiden Franklin D. Roosevelt mengarahkan Jeneral Douglas MacArthur berundur dari Filipina kerana pertahanan Amerika runtuh di sana.
- 1943 - Anggota kumpulan White Rose didapati bersalah mengkhianat dan digilotin oleh rejim Nazi di Jerman.
- 1948 - Pihak Komunis merampas kuasa di Czechoslovakia.
- 1958 - Presiden Mesir Gamal Abdel Nasser dan Presiden Syria Shukri al-Quwatli menandatangani pakatan penyatuan untuk membentuk Republik Arab Bersatu.
- 1973 - Perang Dingin: Berikutan lawatan Presiden Amerika Syarikat, Richard Nixon ke Republik Rakyat China, kedua-dua negara bersepakat untuk mendirikan pejabat perhubungan.
- 1974 - Sidang kemuncak Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) bermula di Lahore, Pakistan, dihadiri 37 buah negara dan 22 ketua negara dan kerajaan. Sidang ini turut mengiktiraf kemasukan Bangladesh.
- 1974 - Samuel Byck gagal membunuh Presiden A.S. Richard Nixon.
- 1979 - Kemerdekaan Saint Lucia dari United Kingdom.
- 1986 - Tunjuk perasaan aman Revolusi Kuasa Rakyat/Revolusi EDSA bermula untuk menggulingkan rejim diktator Filipina, Ferdinand Marcos.
- 1994 - Aldrich Ames dan isterinya dituduh oleh Jabatan Keadilan Amerika Syarikat kerana mengintip untuk pihak Kesatuan Soviet.
- 1997 - Ahli sains di Institut Roslin di Scotland mengumumkan kewujudan biri-biri klon bernama Dolly (gambar), tujuh bulan selepas kelahirannya.
- 2002 - Ketua pemberontak Angola Jonas Savimbi terbunuh dalam serangan hendap tentera.
- 2011 - Satu gempa bumi bermagnitud 6.5 ML melanda Christchurch dan sekitar wilayah Canterbury di New Zealand, mengakibatkan kemusnahan teruk (gambar) dan lebih 180 maut.
Kelahiran
- 1732 - George Washington, Presiden Amerika Syarikat pertama
- 1943 - Horst Köhler, Presiden Jerman ke-9
- 1981 - Adrienne Pickering, pelakon Australia
Kematian
- 1992 - Sudirman Hj Arshad, penyanyi Malaysia
- 2002 - Raymond Firth, seorang ahli etnologi New Zealand