Zarina Zainuddin
Nur Zarina Mohd Zainuddin (Jawi: زارينا زين الدين; lahir 24 Disember 1970) merupakan seorang pelakon wanita Malaysia.[1]
Zarina Zainuddin | |
---|---|
Kelahiran | Nur Zarina binti Mohd Zainuddin 24 Disember 1970 |
Pekerjaan | Pelakon |
Tahun aktif | 1989–kini |
Pasangan | Dato' Sri Dr. Abu Raihan Wan Jaafar (k. 1993) |
Anak-anak |
|
Ibu | Zahura Abdul Mutalib |
Bapa | Mohd Zainuddin Ibrahim |
Saudara |
|
Beliau memulakan kerjayanya pada 1989 apabila beliau menjadi salah seorang peserta pertandingan pencarian wajah dan memenangi tempat ketiga. Lakonan pertamanya ialah menerusi filem Sumpahan Berdarah yang dikeluarkan pada tahun sama. Zarina telah membintangi filem-filem termasuk Momok Jangan Panggil Aku (2011) dan Girlfriend Kontrak (2015). Antara drama lakonan beliau ialah Kisah Kaisara, Gerak Khas, Teduhan Kasih, Surah Buat Maisara dan Halalkan Hati Yang Ku Curi.
Kehidupan awal
suntingZarina merupakan bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Abdul Rahman Yaakub, Bota Kanan, Perak. Beliau juga merupakan anak kelahiran Seremban, Negeri Sembilan namun membesar di Parit, Perak[2] dan juga kakak tiri kepada pelakon wanita era 90-an iaitu arwah Lyana Sulaiman.
Kerjaya
suntingMinat Zarina terhadap bidang seni muncul dek kerana kerap membaca majalah hiburan dan majalah remaja sehingga menerbitkan perasaan teruja Zarina untuk menjadi artis ketika beliau masih muda. Bagi merealisasikan impiannya itu, beliau telah menyertai pertandingan pencarian wajah yang dianjurkan sebuah majalah popular. Impian beliau semakin menjadi kenyataan selepas beliau memenangi tempat ketiga pada pertandingan akhir siri pencarian wajah itu.
Selepas kejayaan itu, beliau telah mencuba nasib sebagai pelakon di Sarimah Film Production dan mendapat tunjuk ajar serta asas lakonan daripada Datuk Sarimah Ahmad. Bermula dari saat itu, Zarina berpeluang untuk berlakon dalam filem pertamanya berjudul Sumpahan Berdarah (1989) diikuti Lirikan Siluman Ular dan Sepasang Mata Maut.[3]
Selain itu, beliau juga pernah merakamkan album bersama arwah adik tiri beliau iaitu Lyana Sulaiman di bawah bimbingan Ramli M. S. suatu ketika dahulu.[4]
Zarina membintangi telefilem khas raya yang berjudul Huru Hara Raya yang ditayangkan di TV3 pada Raya Pertama iaitu 25 Jun 2017. Telefilem terbitan Arie Zaharie Production ini mengisahkan gelagat lucu sebuah keluarga di Pulau Pinang, sepasang suami isteri yang mempunyai perniagaan yang diusahakan sendiri. Mereka juga sibuk melakukan persiapan untuk majlis perkahwinan anak mereka. Kejadian huru hara berlaku apabila mereka tidak dapat menentukan apa yang perlu diutamakan. Telefilem ini juga dibintangi oleh Kamal Adli, Zara Zya, Shamsul Ghau Ghau, Kazar Saisi dan ramai lagi. Pada Syawal kedua, Zarina muncul dalam sebuah telefilem berjudul Serondeng Daging Abang Sado yang bersiaran di TV1.
Pada tahun 2019, beliau muncul dalam drama 30 Pesanan Suara di slot Akasia TV3, memegang watak sebagai Puan Intan.[5]
Kehidupan peribadi
suntingZarina telah berkahwin dengan Dato' Sri Dr. Abu Raihan Wan Jaafar pada 13 Julai 1993 sebagai isteri keduanya.[6] Pasangan ini mempunyai empat orang anak lelaki iaitu sepasang kembar Muhammad Adam Azrai Abu Raihan, Muhammad Naim Azrai Abu Raihan, Muhammad Raizal Azrai Abu Raihan (Azal)[7] dan Muhammad Razil Azrai Abu Raihan (Azil). Dua daripada empat anak beliau menghidap autisme.[8][9][10]
Beliau buat julung kalinya telah mendedahkan wajah suami dan madunya, Datin Sri Noorhasimah Mohd Noor kepada umum padal awal tahun 2015 kerana selama ini beliau menyimpan kemas rahsia berkenaan. Zarina berbuat demikian kerana tidak mahu masyarakat menimbulkan spekulasi tentang status perkahwinannya terutama selepas kisah dirinya kembali solo bertebaran.[11] Zarina mendedahkan pada Mac 2018 bahawa beliau telah hidup bermadu selama 25 tahun.[12]
Pada 2 Oktober 2019, Zarina dikenakan hukuman denda RM17,500 oleh Mahkamah Majistret Petaling Jaya, atas enam pertuduhan memiliki dan menjual alat kosmetik tidak bernotifikasi. Beliau didakwa melakukan kesalahan itu di Addura Marketing di Subang Jaya pada jam 11.45 pagi, 9 Januari 2019.[13][14]
Beliau juga bersahabat baik dengan pelakon Mas Anizan.[15]
Filemografi
suntingDrama
suntingTahun | Tajuk | Watak | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2007 | Kisah Kaisara | Cikgu Jasmin | TV3 | Pelakon undanganip |
2009 | Senja Permai | Astro Ria | ||
Gerak Khas (Musim 11) | Zeti | TV2 | Episod: "Bomoh Oh Bomoh" | |
Hani | Episod: "Identiti Misteri" | |||
Kamelia Katrina | Astro Prima | |||
2010 | Gerak Khas (Musim 12) | Rozie | TV2 | Episod: "Cabaran" |
2011 | Ana lu'lu | TV3 | ||
Tihany | Aishah | TV9 | Pelakon undangan | |
2011–2012 | Nilapura | Permaisuri Bimasakti | TV3 | |
2011–2013 | 6 Progresif | Cikgu Zarina | TV9 | |
2012 | Bicara Hati | Raja Khalida | Astro Prima | |
Bonda | TV3 | |||
Seindah Sakura | ||||
2013 | Janji Shirah | tidak dikreditkan | ||
Teduhan Kasih[16] | Kaklong | |||
Plus One | Mama Shasha | TV9 | ||
2014 | Tanah Kubur (Musim 9) | Zarina | Astro Oasis | Episod : "Qasaf" |
Lara Ameena | Sehah | TV1 | ||
Istikharah Cinta | Datin Amnah | TV3 | ||
Kifarah (Musim 2) | Misleha | Episod : "Seri Muka" | ||
2015 | HidayahMu Ramadan | Datin Rugayah | ||
Bidadari | Melati | |||
2016 | Gerak Khas (Musim 16) | TV2 | Episod: "Skandal" | |
Menongkah Kasih | Datin Rahmah | TV9 | ||
Surah Buat Maisarah | Datin Zuraida | TV3 | ||
Love You Mr. Arang | Mak Tom | |||
2016–2017 | Isteri Tuan Ihsan | Puan Sri Halimah | Astro Ria | |
2017 | Oh My Pondok | Astro Oasis | Pelakon undangan | |
Ku Kirim Cinta | Zainab | TV3 | ||
Cinta Di Langit Cardiff | Nelle | TV2 | ||
Raisha | Shida | TV3 | ||
2017–2018 | Dia | Datin Salina | ||
2018 | Tak Ada Cinta Sepertimu | Rohani | Astro Ria | |
Halalkan Hati Yang Ku Curi | TV3 | Pelakon undangan | ||
Mencari Qiblat | Pelakon undangan | |||
2019 | 30 Pesanan Suara | Puan Intan | ||
2020 | Camelia | Puan Aina | ||
Bidadari Kiriman Tuhan | Maria | Astro Ria | ||
Budak Tebing | Sabrina | TV3 | ||
2021 | Kekasih Hati Mr Bodyguard | Datin Izzah | ||
Budak Tebing 2 | Sabrina | |||
Derita Untuk Bahagia | Maryam | Astro Prima | ||
i-Tanggang | Ummi Yus | Astro Citra | ||
Ustazah Robotik | Datin Sufinah | TV AlHijrah | ||
Mr. Millennium | Jenab | TV9 | ||
2022 | Jiwa Wanita | |||
Ash & Aish | Puan Suraya | Astro Ria | ||
Kids Nowadays | ||||
Seindah Cinta | Angah | TV Okey | ||
Budak Tebing 3 | Sabrina | TV3 | ||
2023 | Bukan Lelaki Terhebat | Puan Zalina | ||
Bukan Puteri Lindungan Bulan | Datin Fariza | |||
Rajuk Karina | Datin Nisa | |||
TBA | Budak Tebing 4 | Sabrina | TV3 | |
Abang Bomba Penyelamat | Safura | |||
Saat Hilangnya Cinta Kasih | Zaimah |
Filem
suntingTahun | Tajuk | Watak | Catatan |
---|---|---|---|
1989 | Sumpahan Berdarah | Filem pertama | |
Sepasang Mata Maut | |||
1990 | Lirikan Siluman Ular | ||
1991 | Bintang Malam | Aida | |
1992 | Interlud | ||
1993 | Tarik-Tarik | ||
Antara Gadis | Seha | ||
Fantasi | |||
1995 | Ringgit Kasorrga | ||
2011 | Momok Jangan Panggil Aku | Nik | |
2013 | Gila-Gila Remaja 2 | Datin | |
Ular | Rohani | ||
2014 | Sejoli: Misi Cantas Cinta | Ibu Hardy | |
2015 | Girlfriend Kontrak | Latifah | |
Jwanita | Puan Mariam | ||
2020 | Keluarga Iskandar The Movie | Penampilan khas | |
TBA | Dendam Dari Pusara | Dalam perancangan | |
Budak Tebing | Sabrina |
Telefilem
suntingTahun | Tajuk | Watak | Saluran TV |
---|---|---|---|
2009 | Becha Usang | Sue | Astro Ria |
2010 | Hati Seorang Perempuan | TV1 | |
Prebet Jamilah | Ibu Jamilah | Astro Ria | |
2012 | Takbirku Bernoktah | Bedah | Astro Oasis |
2014 | Ya Habibi | TV2 | |
2015 | Cik Puan Sinderella | Puan Salina | Astro Ria |
Projek Bakar Lemak | Maryam | TV1 | |
Abang Haji | TV3 | ||
2016 | Angin Cinta | Astro First Eksklusif | |
Ketika Daun Berzikir | TV3 | ||
Anak Mat Salleh Tapi Melayu | Kak Rose | ||
2017 | Huru Hara Raya | ||
Serondeng Daging Abang Sado | TV1 | ||
Projek Kuih Raya Mak Leha | Mak Leha | TV9 | |
2018 | Luyak | Zaleha | TV2 |
Radio Buruk | TV1 | ||
2019 | Takkan Gentar | TV3 | |
2020 | Mohon Hantuan | Astro Citra | |
2022 | Indah Pondok Dari Mahligai | Awesome TV | |
Kasih Dari Syurga | Suhaira | TV2 | |
Ragam Sang Suami | Rohani | ||
2024 | Perempuan Paling Merana | tonton |
Televisyen
suntingTahun | Tajuk | Sebagai | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2017 | Inspirasi Taqwa Dato' Siti Nurhaliza | Tetamu Jemputan | Astro Oasis | |
2020 | Rasa Anak Emak Anak Bapak | Pasangan Anak Emak (Artis Pilihan) | Astro Prima | bersama Azal Azrai |
Jenaka Kampung Kalut (Musim 6) | TV3 | |||
2021 | Jom Berbuka | Artis Jemputan | TV3 | bersama Azal Azrai |
Mini Me Bakes | Naura HD | |||
2023 | Women Talk | Tetamu Jemputan | TV3 | bersama Azal Azrai |
Iklan
suntingTahun | Tajuk | Catatan |
---|---|---|
2017 | Ridsect: Sempena Hari Ibu |
Anugerah dan pencalonan
suntingTahun | Anugera | Kategori | Pencalonan | Keputusan |
---|---|---|---|---|
2009 | Anugerah Skrin 2009 | Pelakon Wanita Terbaik | Becha Usang | Tercalon |
Rujukan
sunting- ^ Nur Azhari Zainoodin (23 Mei 2011). "Cerita 2 Zarina". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-01-27. Dicapai pada 27 Jun 2011.
- ^ "Dieksploitasi hiburan". Kosmo!. 31 Mei 2009. Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-02-07. Dicapai pada 28 Jun 2009.
- ^ Amirah Amaly Syafaat (19 April 2015). "Zarina Zainuddin dikawal ketat - Hiburan". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-04-25. Dicapai pada 28 Jun 2015.
- ^ "Zarina Zainuddin Mahu Tulis Kisah Hidup". mStar Online. 8 Ogos 2011. Dicapai pada 8 Ogos 2011.
- ^ Farhana Ab Rahman (20 Mac 2019). "Zarina berlakon hilang stres". Berita Harian. Dicapai pada 29 Julai 2019.
- ^ ""Abang kahwib sebab kesian saja" - Zarina Zainuddin dedah punca jadi isteri kedua". Astro Awani. 18 Julai 2018. Dicapai pada 3 September 2018.
- ^ Nor Eryani Yusup (12 September 2016). "Bekalan syurga Zarina Zainuddin". Kosmo!. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-11-16. Dicapai pada 13 September 2016.
- ^ Saadiah Ismail (22 Mac 2016). "Zarina Zainuddin tabah besarkan anak autisme". Berita Harian. Dicapai pada 28 Jun 2016.
- ^ Zubir Sulaiman (4 Februari 2020). "Jangan kurung anak autisme: Zarina Zainuddin". Dicapai pada 3 September 2020.
- ^ Farhana Ab Rahman (17 September 2018). "Tak sanggup pisahkan mereka". Berita Harian. Dicapai pada 17 September 2018.
- ^ "Rahsia 21 tahun - Zarina Zainuddin akhirnya dedah wajah suami dan madu". MYARTIS.com. 5 Januari 2015. Dicapai pada 10 Januari 2015.
- ^ Norhayati Nordin (20 Mac 2018). "Bahagia 25 tahun bermadu". Harian Metro. Dicapai pada 1 Julai 2018.
- ^ Murni Wan Omar (2 Oktober 2019). "Zarina Zainuddin didenda RM17,500". Harian Metro. Dicapai pada 28 Jun 2020.
- ^ Azlina Mazli (2 Oktober 2019). ""Produk saya bukan racun dan timbang kilo!" - Zarina Zainuddin dakwa dianiaya, individu desak beli produk sebelum rumah diserbu pihak berkuasa". mStar Online. Dicapai pada 28 Jun 2020.
- ^ Suhaidah Abd Wahab (19 Jun 2019). "Mas Anizan, Wilma & Zarina kongsi kemeriahan Aidilfitri". Mingguan Wanita. Dicapai pada 29 Julai 2019.
- ^ Faten Saphilla Mohamad Isa (24 Ogos 2009). "Zarina dipukul penjual sayur". Kosmo!. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-08-21. Dicapai pada 28 Jun 2010.