Yong Peng
Yong Peng ialah sebuah bandar di Daerah Batu Pahat, Johor, Malaysia.[1] Kawasan pekannya 1,911.6 hektar, dengan jumlah penduduk di sekitar 29,046 orang. [2] Sebahagian besar penduduk di pekan ini adalah orang Cina.
Yong Peng (يوڠ ڤيڠ) | |
---|---|
Negara | Malaysia |
Negeri | Johor |
Daerah | Batu Pahat |
Penubuhan | 1950 |
Majlis Daerah | 1979 |
Pentadbiran | |
• Yang Dipertua | Hj. Mohd Khir Johari Hj. Salleh |
Penduduk (2010) | |
• Jumlah | 29,046 |
Zon waktu | UTC+8 (MST) |
• Musim panas (DST) | Tidak diamalkan |
Poskod | 837xx |
Laman sesawang | http://www.mdyongpeng.gov.my |
Semasa Darurat Tanah Melayu pada pertengahan dekad 1950-an, Yong Peng merupakan salah satu kampung baru Cina yang bertujuan untuk mengasingkan penduduknya daripada memberi bantuan kepada pihak komunis.
Yong Peng kini mempunyai dua jalan keluar ke Lebuhraya Utara-Selatan, dengan Kuala Lumpur di utara, dan Johor Bahru di selatan.
Pentadbiran
suntingYong Peng ditadbir oleh Majlis Daerah Yong Peng[3] (MDYP, dahulu dikenali sebagai '"Majlis Daerah Batu Pahat Timur". Majlis Daerah Yong Peng diasaskan pada 1 September 1979.
Kawasan pentadbiran Majlis Daerah Yong Peng merangkumi Pekan Yong Peng, Ayer Hitam, Parit Sulong, Sri Medan, Kangkar Bahru, Parit Yaani, dan Lam Lee. Luasnya daerah Yong Peng sebanyak 12,680 hektar, dengan jumlah penduduk sebanyak 61,014 orang.
Makanan
suntingYong Peng memiliki banyak restoran yang menghidangkan masakan Fuzhou (Hock Chew). Ia termasyhur untuk mi goreng Fuzhou, Ayam Wain Beras Merah, serta juga Kepala Ikan Belanga.
Rujukan
sunting- ^ Peta lokasi Yong Peng
- ^ "Laman web Kerajaan Johor". Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-02-08. Dicapai pada 2007-05-01.
- ^ http://www.mdyongpeng.gov.my/home
Pautan luar
sunting