Tertier
Skala paksi: juta tahun sebelum masa kini.
Tertier (Itali: Terziario turunan Latin tertiarius terbitan kata dasar tertius "ketiga"[1]) merupakan istilah yang lapuk secara rasmi tetapi masih digunakan secara meluas untuk kala geologi dari 65 juta ke 1.806 juta tahun dahulu, iaitu jangka masa yang terletak di antara kala Sekunder dan Kuaterner. Tertier tidak lagi diterima sebagai unit formal oleh Suruhanjaya Stratigrafi Antarabangsa,[2][3][4][5] yang mana jangka masanya terbahagi kepada Kala Paleogen dan Neogen, dan peringkat pertama Pleistosen di Era Senozoik. Kala ini mula diungkapkan ahli kajibumi Itali Giovanni Arduino pada thun 1760 hasil pembahagian jenis batu kerak bumi kepada empat: Primario ("Yang Pertama"), Secondario ("Yang Kedua"), Terziario ("Yang Ketiga") dan Quaternario ("Yang Keempat").[1]
Kala ini bermula dengan kepupusan dinosaur bukan avian pada peristiwa kepupusan Usia Kapur–Paleogen, di permulaan Era Senozoik, dan menjangkau hingga bermulanya pengglasieran Kuaterner di penghujung epok Pliosen. Tertier turut merangkumi awal Pleistosen.
Peristiwa geologi
suntingKegiatan tektonik berterusan sementara Gondwana akhirnya berpecah sama sekali, dan India bertembung dengan plat Eurasia.
Amerika Selatan bersambung dengan Amerika Utara menjelang penghujung Tertier Tertiary, dan ini menyebabkan perubahan iklim pada pertengahan hingga lewat Tertier.
Antartika — yang sudah pun berpisah — terhanyut ke kedudukan masa kininya di Kutub Selatan pada era ini. Kegiatan gunung berapi berleluasa pada zaman ini.
Iklim
suntingIklim sewaktu zaman Tertier mendingin perlahan-perlahana, bermula di Paleosen dengan suhu sedunia tropika ke sederhana dan berakhir sebelum pengglasieran berleluasa yang pertama di permulaan Kuaterner.
Rujukan
sunting- ^ a b Lihat:
- Arduino, Giovanni (1760). "Sopra varie sue Osservazioni fatte in diverse parti del Territorio di Vicenza, ed altrove, appartenenti alla Teoria Terrestre, ed alla Mineralogia". Nuova Raccolta di Opuscoli Scientifici e Filologici. 6. Venezia, asalnya dalam surat dituliskan kepada Prof. Antonio Vallisnieri pada 30 Mac 1759.CS1 maint: postscript (link)
- "terziàrio". Vocabolario on line (dalam bahasa Itali). Istituto della Enciclopedia Italiana. 2024. Dicapai pada 30 Ogo 2024.
[dal lat. tertiarius «che riceve o contiene un terzo», der. di tertius «terzo» 2. agg. Che viene per terzo, che occupa il terzo posto in una successione temporale o ideale. In particulare: a. In geologia, altra denominazione dell’era cenozoica...
- ^ K. M. Cohen (January 2013). "International Chronostratigraphic Chart" (PDF). International Commission on Stratigraphy. Unknown parameter
|coauthors=
ignored (|author=
suggested) (bantuan) - ^ Ogg, James G.; Gradstein, F. M; Gradstein, Felix M. (2004). "1: Chronostratigraphy: linking time and rock". A geologic time scale 2004. Cambridge, UK: Cambridge University Press. m/s. 45. ISBN 0-521-78142-6.CS1 maint: multiple names: authors list (link)
- ^ Gradstein, Felix M. "On the Geologic Time Scale 2008" (PDF). International Commission on Stratigraphy. m/s. 5. Dicapai pada 18 December 2013. Unknown parameter
|coauthors=
ignored (|author=
suggested) (bantuan) - ^ Vandenberghe, N. (2012). "28: The Paleogene Period". Dalam Felix M. Gradstein, James G. Ogg, Mark D. Schmitz and Gabi M. Ogg (penyunting). The geologic time scale 2012 (ed. 1st ed.). Amsterdam: Elsevier. m/s. 856. ISBN 978-0-44-459425-9. Unknown parameter
|coauthors=
ignored (|author=
suggested) (bantuan);|edition=
has extra text (bantuan)CS1 maint: multiple names: editors list (link)