[go: up one dir, main page]

Tekanan osmotik adalah tekanan minimum yang perlu dikenakan pada sesejenis larutan untuk mencegah aliran masuk air melepasi membran separa telap.[1] Ia juga ditakrifkan sebagai ukuran kecenderungan suatu larutan menyerap air melalui osmosis. Tekanan osmosis berkeupayaan adalah tekanan osmosis maksimum yang boleh terbentuk dalam larutan jika ia dipisahkan daripada air suling oleh membran telap terpilih. Fenomena osmosis timbul dari kecenderungan sesuatu pelarut tulen untuk bergerak melalui membran separa telap dan ke dalam larutan yang mengandungi zat terlarut di mana membran tersebut tifdak boleh telap. Proses ini penting dalam biologi kerana membran sel bersifat separa telap.

Aplikasi

sunting

Tekanan osmosis adalah faktor penting yang mempengaruhi sel. Pengosmokawalaturan adalah mekanisma homeostasis organisma untuk mencapai keseimbangan dalam tekanan osmosis.

  • Keadaan hipertonik berlaku apabila adanya satu larutan yang menyebabkan sel menyusut.
  • Keadaan hipotonik berlaku apabila adanya satu larutan yang menyebabkan sel mengembung.
  • Keadaan isotonik berlaku apabila adanya satu larutan yang tidak menghasilkan apa-apa perubahan dalam isipadu sel.

Apabila suatu sel biologi berada di dalam persekitaran hipotonik, dalaman sel mengumpul air di mana air tersebut mengalir di seluruh membran sel ke dalam sel, menyebabkan ia berkembang. Dalam sel-sel tumbuhan, dinding sel menyekat pengembangan, menghasilkan tekanan di dinding sel dari dalam dipanggil tekanan turgor. Tekanan turgor ini membolehkan tumbuhan herba berdiri tegak. Ia juga merupakan faktor penentu bagaimana tumbuhan mengawal bukaan stomatanya. Dalam sel-sel haiwan yang berlebihan, tekanan osmotik boleh menyebabkan sitolisis.

Tekanan osmotik adalah asas proses penapisan ("osmosis sonsang"), yakni proses yang biasa digunakan dalam menapis air. Air yang ditapiskan diletakkan di dalam kebuk dan dikenakan tekanan yang lebih tinggi daripada tekanan osmosis air dan larutan terlarut di dalamnya. Kebuk dibuka sedikit kepada sejenis membran telap berbeza yang membolehkan molekul air melaluinya, tetapi tidak pula zarah bahan larutan. Tekanan osmosis air laut ialah sebanyak sekitar 27 atm. Osmosis terbalik menyahgaramkan air segar daripada air laut yang masin.

Rujukan

sunting
  1. ^ Voet, Donald; Judith G.Voet; Charlotte W. Pratt (2001). Fundamentals of Biochemistry (ed. Rev.). New York: Wiley. m/s. 30. ISBN 978-0-471-41759-0.

Pautan luar

sunting