Tengku Zubaidah binti Tengku Norudin
Yang Mulia Tengku Zubaidah binti Tengku Norudin (Jawi: تڠکو زبيدة بنت تڠکو نورالدين ) atau Kangsadal Pipitpakdee (Bahasa Thai: กังสดาล พิพิธภักดี ) merupakan kerabat diraja Pattani yang berketurunan Melayu dari Thailand. Beliau adalah bekas isteri kepada Sultan Muhammad V, Sultan Kelantan ke-29.
Tengku Zubaidah | |
---|---|
Tengku Ampuan Mahkota Kelantan | |
Tempoh pemerintahan | 2004 – 2008 |
Pendahulu | Tengku Anis binti Almarhum Tengku Abdul Hamid (sebagai Tengku Ampuan Mahkota) |
Pengganti | Che Puan Sofie Louise Johansson Petra (sebagai Che Puan Mahkota) |
Keputeraan | Kangsadal Pipitpakdee 1979 (umur 44–45) Istana Jering, Pattani, Thailand |
Pasangan | Sultan Muhammad V (k. 2004; c. 2008) |
Kerabat | Kerabat Diraja Pattani |
Ayahanda | Wairot Phiphitphakdee (Tengku Norudin bin Tengku Muda) |
Bonda | Yaowalak Phiphiphakdi (Cik Jamilah binti Cik Abdullah) |
Agama | Islam |
Kehidupan awal
suntingTengku Zubaidah ialah anak ketiga kepada pasangan Wairot Phiphitphakdi (atau Tengku Norudin bin Tengku Muda) dan Yaowalak Phiphitphakdi (atau Cik Jamilah binti Cik Abdullah). Wairot merupakan bekas ahli politik Thailand dari Parti Thai Rak Thai dan pernah menjadi ahli Parlimen Pattani selama lima penggal[1]. Tengku Zubaidah dilahirkan pada 1979 di Istana Diraja Jering, Pattani.
Keluarga Tengku Zubaidah merupakan keturunan kerabat diraja Pattani yang pernah memimpin Pattani sebelum ditakluk Thailand pada 1902[2]. Bapanya, Wairot ialah anak kepada Phra Phiphitphakdi (Tengku Muda Abdul Putra) dan isteri ketiganya Sawas (dahulu Darachat), yang merupakan warga Thai berketurunan Cina dari Bangkok[3]
Tengku Zubaidah ialah sepupu kepada Tengku Anis, bonda Tengku Muhammad Faris Petra. Bapanya, Wairot ialah saudara tiri kepada bapa Tengku Anis, Tengku Abdul Hamid bin Tengku Muda Abdul Putra.
Pendidikan
suntingTengku Zubaidah melanjutkan pengajian di Sekolah Demonstrasi Universiti Prince of Songkla dan memperoleh Ijazah Sarjana Muda Sains dari Universiti Mahidol, Bangkok pada 2003.[4][5]
Perkahwinan
suntingTengku Zubaidah mendirikan rumah tangga dengan Tengku Muhammad Faris Petra, Tengku Mahkota Kelantan[6] pada 15 November 2004. Semenjak itu, beliau memakai gelaran Yang Teramat Mulia Tengku Ampuan Mahkota Kelantan. Pasangan bakal raja ini bercerai pada 2008 dan tidak dikurniakan cahaya mata[7].
Majlis perkahwinan
suntingTengku Zubaidah dan Tengku Muhammad Faris Petra diijabkabulkan di Istana Negeri, Kubang Kerian, Kelantan. Perkahwinan mereka turut dihadiri Permaisuri Sirikit, Permaisuri Thailand, Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Najib Razak dan Menteri Luar Negeri Thailand, Surakiart
Keturunan
sunting[8].
Keturunan
suntingRujukan
sunting- ^ "Anak ahli parlimen berkahwin dengan Putera Mahkota Kelantan". Dailynews Thailand (dalam bahasa Thai). เดลินิวส์. 22 Oktober 2004. Diarkibkan daripada yang asal pada 14 November 2004. Dicapai pada 2 Ogos 2022.
- ^ "Kangsadal Pipitpakdee @ Tengku Zubaidah". Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-12-28. Dicapai pada 2010-08-22.
- ^ Chureerat Buakaew. Wang 7 Hua Muang (Pattani) (PDF) (PDF). Kampus Pattani: Pattani: Prince of Songkla University. m/s. 92.
- ^ "Kelantan abuzz with talk of royal wedding". The Star. 22 October 2004. Dicapai pada 13 May 2011.
- ^ "Last single Malaysian crown prince gets hitched". Taipei Times. November 17, 2004. Dicapai pada 2010-08-22.
- ^ เรื่องราวดุจเทพนิยายของ "เจ้าหญิง" กังสดาล แห่งรัฐกลันตัน
- ^ "Marriage on the cards for Sultan Kelantan". New Straits Times. 2011-05-05. Dicapai pada 2011-05-13.
- ^ "Malaysian prince marries Thai graduate". Sydney Morning Herald. November 17, 2004. Dicapai pada 2 Ogos 2022.