[go: up one dir, main page]

Taufan Ketsana (gelaran antarabangsa: 0916, gelaran JTWC: 17W, nama PAGASA: Ondoy) berlaku sejak 23 September 2009 kira-kira 860 km dari pantai Palau, Manila, utara negara Filipina. Laporan awal menyatakan 106 terbunuh dan lebih suku juta penduduk dipindahkan selepas ribut tropika Ketsana melanda Manila pada hari Ahad, 26 September 2009. Taufan kuat ini menyebabkan hujan paling lebat sejak lebih empat dekad (Jun 1967) di negara itu. Ketua Jabatan Kaji Cuaca Filipina menyatakan air hujan turun 424 milimeter dalam tempoh 12 jam.

Taufan Ketsana (Ondoy)
Taufan (skala JMA)
Taufan kategori 2 (SSHWS)
Taufan Ketsana berdekatan pesisir Vietnam pada 28 September
Terbentuk23 September 2009
Reda30 September 2009
Angin terkuat10 minit berterusan: 140 km/j (85 bpj)
1 minit berterusan: 165 km/j (105 bpj)
Tekanan terendah960 hPa (mbar); 28.35 inHg
Kematian687 langsung, 44 hilang
Kerosakan$1.02 bilion (2009 USD)
Kawasan terjejasFilipina, China, Vietnam, Laos, Kemboja dan Thailand
Sebahagian daripada Musim taufan Lautan Pasifik 2009
Taburan hujan di kota Manila melangkaui rekod pada 1967 yang menyebabkan banjir amat teruk.

Bandar raya Manila dan kawasan sekitarnya dilanda banjir yang teruk lebih 12 jam. 80% ibu negara Filipina itu lumpuh kerana jalan raya, kawasan perumahan , perniagaan dan pejabat ditenggelami air banjir. Kerajaan terpaksa mengisytiharkan kecemasan kerana paras air mencecah paras dada. Banjir melanda 25 wilayah. Keadaan ini tidak pernah berlaku dalam tempoh 42 tahun. Banjir dari hulu sungai membawa lumpur dan kayu-kayu dan merempuh rumah-rumah di sepanjang tepi sungai.

Laporan televisyen menunjukkan rumah penduduk di tebing sungai dihanyutkan air dan merempuh jambatan. Mereka memanjat bumbung rumah bagi menyelamatkan diri kerana paras air meningkat secara mendadak. Jalan raya dan lebuh raya bertukar menjadi 'sungai' dengan arus kuat.

Tanah runtuh berlaku di beberapa tempat dan meranapkan rumah-rumah di laluannya. Berpuluh-puluh maut atau hilang dalam lumpur tanah runtuh. Panglima tentera Filipna, Jeneral Victor Ibrado meninjau keadaan dari helikopter dan mengenalpasti kawasan bermasalah dan mengarahkan pasukan bantuan. Ada yang bergayut pada tiang dan kabel elektrik . Mereka yang dipindahkan telah ditempatkan di 100 buah sekolah dan gereja.

Setiausaha Pertahanan Filipina, Gilberto Teodoro melancarkan operasi menyelamat mangsa di kawasan terbabit. 51 orang disahkan maut, manakala 21 lagi hilang. Lebih 4,000 sudah diselamatkan oleh pasukan helikopter dan bot penyelamat. Lebih 280,000 penduduk Manila terpaksa pindah meninggalkan kediaman. 41,000 mangsa di lima wilayah dipindahkan ke 92 pusat pemindahan sementara.[1] Polis, tentera dan sukarelawan digerakkan ke kawasan kecemasan.

Gabenor Joselito Mendoza dari wilayah Bulacan di utara menyatakan rumah penduduk, kereta, tanaman dan harta-benda musnah habis. Ada penduduk yang mati lemas dalam rumah sendiri. Lapangan terbang ditutup beberapa jam.[2]

Rujukan

sunting