[go: up one dir, main page]

Tai Chi Chuan

(Dilencongkan daripada Taijiquan)

Tai Chi Chuan (太極拳/太极拳, pinyin: Tàijíquán), adalah salah satu daripada tiga jenis utama kung fu aliran lembut. Dua aliran lembut yang lain ialah Hsing Yi dan Pakua. Lembut di dalam aliran ini bukan hanya bermaksud pergerakan yang lembut tetapi juga bermaksud menggunakan kekuatan tenaga dalam.

Tai chi chuan
(太極拳)

Yang Chengfu dalam suatu kedudukan dari bentuk solo Gaya Yang tai chi chuan digelarkan Cemeti Satu sekitar 1931
Juga digelar t'ai chi ch'üan; taijiquan
Fokus Hybrid
Kekerasan Membentuk persaingan, hubungan ringan (menolak tangan, tiada pukulan), hubungan penuh (memukul, menendang, membaling, dsb.)
Negara asal China
Pencipta Dicanggah
Keibubapaan Tao Yin
Pengamal masyhur Chen Wangting, Chen Changxing, Yang Lu-ch'an, Wu Yu-hsiang, Wu Ch'uan-yu, Wu Chien-ch'uan, Sun Lu-t'ang, Yang Chengfu, Chen Fake, Wang Pei-sheng
Sukan Olimpik Demonstrasi sahaja
Tai chi chuan
Tulisan Cina Tradisional
Tulisan Cina Ringkas
Maksud harfiahtumbukan muktamad agung

Terdapat banyak gaya Tai Chi Chuan. Tiga gaya yang utama ialah seperti berikut:

  1. Tai Chi Chuan gaya Chen
  2. Tai Chi Chuan gaya Yang
  3. Tai Chi Chuan gaya Wu

Di antara gaya yang popular di Malaysia ialah gaya Yang dan gaya Cheng Man Chen.

Thai chi chuan membawa maksud penumbuk teragung merupakan salah satu aliran bela diri yang berasal dari Cina. Ia menggunakan amalan Taois untuk membawa keseimbangan antara kuasa baik dan buruk dalam badan supaya mencapai tahap kesimbangan di dalam badan dan alam sekeliling melalui latihan yang telah ditetapkan.

Bentuk tai chi adalah latihan pergerakan perlahan yang matlamat utamanya adalah mengajar pengamalnya cara mencapai kesegaran rohani dan jasmani dalam badan, manakala kemahiran tempur dalam kesenian ini adalah matlamat kedua.

Pergerakan tai chi direka agar membenarkan anggota tubuh bergerak secara berterusan dan bertenang, tanpa gangguan dan struktur laihan ini bagi membenuk kaedah menenangkan fikiran sementara pada masa yang sama menumpukan kearah meningkatkan tahap kesedaran. Kerana keupayaannya menenangkan fikiran, amalan tai chi ini semakin mendapat tempat dikalangan penduduk Barat yang tertekan dengan gaya kehidupan di sana.