[go: up one dir, main page]

Surah An-Nisaa' - (Perempuan) سورة النساء - mengandungi 176 ayat itu merupakan surah Madaniyyah yang terpanjang selepas surah Al Baqarah. Dinamakan An Nisaa' kerana dalam surah ini banyak dibicarakan hal-hal yang berhubung wanita serta merupakan surah yang paling banyak membicarakan mengenainya jika dibanding dengan surah-surah yang lain. Surah yang lain banyak juga membicarakan tentang hal wanita seperti Surah At-Talaq. Dalam hubungan ini, kebiasaannya disebut surah An Nisaa' dengan sebutan: Surah An Nisaa' Al Kubraa (surah An Nisaa' yang besar), sedangkan surah At-Talaq disebut dengan sebutan: Surah An Nisaa' Ash Shughraa (surah An Nisaa' yang kecil).

Logo al-Quran yang ditulis dalam tulisan Arab
An-Nisaa'
النساء
Surah 4 dalam al-Quran
Maklumat surah
Erti nama surahPerempuan, wanita
Juz'4–5
Pembahagian
Susunan dalam mashaf
Kedudukan4
 Surah Ali 'Imran An-Nisaa' Surah Al-Ma'idah 
Penurunan surah
PengelasanMadaniyah
Kandungan
Teks surahSura4.pdf
Terjemahan
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Isi Kandungan:

1. Keimanan: Syirik (dosa yang paling besar); akibat kekafiran pada masa hadapan.

2. Hukum-hukum: Kewajipan para wali; hukum poligami; mas kahwin; memakan harta anak yatim dan orang-orang yang tak dapat mengurus hartanya; hukum warisan; perbuatan-perbuatan keji dan hukumannya, wanita-wanita yang haram dikahwini; hukum-hukum mengahwini budak perempuan; larangan memakan harta secara batil; hukum syiqaq dan nusyuq; kesucian lahir batin dalam sembahyang; hukum suaka; hukum membunuh seorang Islam; solat khauf; larangan melontarkan ucapan-ucapan buruk; masalah pusaka kalalah.

3. Kisah-kisah: Kisah-kisah tentang Nabi Musa a.s. dan pengikut-pengikutnya.

4. Dan lain-lain: Asal manusia adalah satu; keharusan menjauhi adab-adab pada zaman jahiliyah dalam perlakuan mereka terhadap wanita; adab bergaul dengan isteri; hak seseorang sesuai dengan kewajipannya; perlakuan ahli kitab terhadap kitab-kitab yang diturunkan kepadanya; dasar-dasar pemerintahan; cara mengadili perkara; keharusan membuat penyiapan terhadap musuh; sikap-sikap orang munafik dalam menghadapi peperangan; berperang di jalan Alllah adalah kewajipan setiap mukallaf; adab dalam peperangan; cara menghadapi orang-orang munafik; darjat orang-orang yang berjihad.

Pautan luar

sunting


Surah Sebelumnya:
Surah Ali ‘Imran
Al Quran (القــرآن الكـــريم) Surah Berikutnya:
Surah Al-Maa’idah
Surah 4