[go: up one dir, main page]

Sri Pentas

ibu pejabat syarikat di Petaling Jaya

Sri Pentas merupakan pusat operasi penyiaran stesen-stesen televisyen dan radio milik Media Prima iaitu TV3, NTV7, 8TV, TV9, Kool 101, Fly FM, Hot FM, Eight FM dan Molek FM. Ia terletak di Bandar Utama, Petaling Jaya, Selangor berdekatan dengan 1 Utama.

Sri Pentas yang dimiliki oleh Media Prima Berhad

Pada 1 Jun 1995, TV3 telah berpindah secara rasmi dari Jalan Liku Bangsar di Lembah Pantai, Kuala Lumpur hingga ke Sri Pentas Bandar Utama di Petaling Jaya, Selangor sempena ulang tahun TV3 yang ke-11.

Pada 22 Oktober 1996, Pusat Operasi TV3 di Sri Pentas Bandar Utama, Petaling Jaya, Selangor telah dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia ke-4, Mahathir Mohamad pada bertepatan dengan tarikh hijriah 9 Jamadil Akhir 1417H selepas 143 hari meraikan ulang tahun TV3 yang ke-12 pada 1 Jun 1996 untuk menyatukan seluruh pengendalian saluran TV3 yang berpecah-pecah di merata Kuala Lumpur ke bawah satu bumbung.

Media Prima mengumumkan pada 15 Oktober bahawa kesemua empat rangkaian televisyennya serta siaran beritanya, akan disiarkan sepenuhnya di Balai Berita syarikat itu bermula 21 Oktober selepas lebih dua dekad beroperasi di Sri Pentas, Bandar Utama untuk menyatukan seluruh pengendalian operasi berita bagi saluran TV3, NTV7, 8TV dan TV9 yang berpecah-pecah di merata Sri Pentas ke bawah satu bumbung.[1]

Rujukan

sunting