Sonia Gandhi
Sonia Gandhi (bahasa Hindi: सोनिया गांधी; lahir Edvige Antonia Albina Maino di Lusiana, Itali pada 9 Disember 1946) ialah Presiden Parti Kongres India keturunan Itali dan dan balu bekas Perdana Menteri India, Rajiv Gandhi. Dia juga pengerusi Perikatan Progresif Lok Sabha.
Sonia Gandhi | |
---|---|
Chairperson of the United Progressive Alliance | |
Menyandang jawatan 2004 | |
President of Indian National Congress | |
Dalam jawatan 1998 - 2017 | |
Member of the Lok Sabha for Rae Bareilly, Uttar Pradesh | |
Menyandang jawatan 2006 | |
Dalam jawatan 2004 – 23 March 2006 | |
Leader of the Opposition Lok sabha | |
Dalam jawatan 19 March 1998 – 22 May 2004 | |
Digantikan oleh | Lal Krishna Advani |
Member of the Lok Sabha for Amethi, Uttar Pradesh | |
Dalam jawatan 1999–2004 | |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Lusiana, Veneto, Italy | 9 Disember 1946
Kerakyatan | Indian |
Kewarganegaraan | Indian |
Parti politik | Indian National Congress |
Pasangan | Rajiv Gandhi (k. 1969–1991) |
Anak | Rahul Gandhi Priyanka Gandhi |
Kediaman | 10 Janpath, New Delhi, India |
Bidang pengkhususan | Political Social Worker |
Tandatangan | Tandatangan |
Beliau dinamakan wanita ke-3 paling berpengaruh di dunia oleh majalah Forbes pada 2004[2] dan ke-6 pada 2007.[3] Beliau juga terpilih sebagai tokoh berpengaruh dalam senarai 100 tokoh dunia TIME pada 2007 dan 2008.[4][5]
Kehidupan awal
suntingSonia merupakan anak Stefano dan Paola Maino di Lusiana sebuah kampung kecil 20 km di Vicenza, Veneto, Itali. Dia banyak menghabiskan masa kecilnya di Orbassano satu bandar berdekatan Turin. Mereka menganut fahaman Gereja Katolik Rom dan mnghadiri sekolah katolik. Bapanya seorang kontraktor bangunan dan askar fasis, mati pada 1983. Ibu dan dua adik-beradik perempuan masih tinggal di Orbassano.
Pada 1964, dia belajar bahasa Inggeris di Bell Educational Trust di Cambridge. Dia bertemu dengan Rajiv Gandhi di restoran tempat dia bekerja. Kemudian Sonia belajar di Trinity College dalam Universiti Cambridge. Sonia dan Rajiv Gandhi berkahwin pada 1968 ketika ibu Rajiv, Indira Gandhi menjadi Perdana Menteri India.
Pasangan itu mendapat dua anak iaitu Rahul Gandhi (1970) dan Priyanka Gandhi (dilahirkan 1972). Walaupun mereka berkait dengan keluarga politik terkenal tetapi Sonia dan Rajiv mengelakkan diri dari terlibat dengan politik. Rajiv bekerja sebagai juruterbang manakala Sonia menjadi suri rumah tangga menguruskan anak-anak. Apabila Indira dipecat dari jawatan pada 1977 berikutan Darurat India, keluarga Rajiv berada di luar negeri. Rajiv menceburi politik pada 1982 selepas kematian adiknya Sanjay Gandhi dalam satu nahas kapal terbang pada 23 Jun 1980. Sonia terus menumpukan perhatian kepada keluarganya dan semua hubungan dirahsiakan daripada pengetahuan umum.
Presiden Kongres
suntingTahun 1991, selepas kematian suaminya Rajiv Gandhi dan Sonia enggan menjadi presiden India. Parti Kongres India setuju memilih P V Narasimha Rao menjadi pemimpin dan kemudian menjadi Perdana Menteri India. Parti Kongres mengalami kemerosotan sokongan pada pilihan raya 1996. Beberapa pemimpin kanan seperti Madhavrao Scindia, Rajesh Pilot, Narayan Dutt Tiwari, Arjun Singh, Mamata Banerjee, G K Moopanar, P.Chidambaram, Jayanthi Natarajan menentang secara terbuka Presiden Sitaram Kesri dan mmenyebabkan perpecahan yang besar.
Sonia menyertai Parti Kongres di Calcutta pada 1997 dan menjadi pemimpin parti pada 1998. Dalam tempoh 62 hari menyertai ahli, Sonia dipilih menjadi presiden parti. Dia bertanding dalam pemilihan Lok Sabha mewakili Bellary, Karnataka dan Amethi, Uttar Pradesh pada 1999. Dia memenangi kedua-dua kerusi itu. Di Bellary Sonia berjaya mengalahkan pemimpin veteran BJP, Sushma Swaraj. Pada 2004, dia dipilih ke Lok Sabha mewakili Rai Bareli, Uttar Pradesh.
Rujukan
sunting- ^ "Life in pictures: Sonia Gandhi". British Broadcasting Company. May 18, 2004. Dicapai pada March 01, 2011. Check date values in:
|accessdate=
(bantuan) - ^ Sonia Gandhi 3rd most powerful woman. Dicapai 23 Mac 2008.
- ^ Sonia Gandhi in Forbes' list for 2007 Dicapai 31 Ogos 2008
- ^ Sonia Gandhi among Time's 100 for 2007 Diarkibkan 2013-08-03 di Wayback Machine. Dicapai 14 Mei 2008
- ^ Sonia Gandhi among Time's 100 for 2008 Diarkibkan 2013-08-22 di Wayback Machine. Dicapai 14 Mei 2008.