[go: up one dir, main page]

Shahril Sufian Hamdan

Shahril Sufian bin Hamdan (lahir 29 Oktober 1985) ialah seorang Ahli Politik Malaysia. Beliau merupakan Pengarah Ekonomi di Pejabat Perdana Menteri Malaysia yang dilantik pada 12 Oktober 2021.[1] Selain daripada itu, beliau merupakan bekas Ketua Penerangan UMNO[2] dan Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO.[3]

Shahril Sufian Hamdan
Pengarah Ekonomi
Pejabat Perdana Menteri Malaysia
Dalam jawatan
12 Oktober 2021 – 10 Oktober 2022
Perdana MenteriIsmail Sabri Yaakob
Ketua Penerangan
Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu
Dalam jawatan
12 Mac 2020 – 20 November 2022
Didahului olehShamsul Anuar Nasarah
Digantikan olehIsham Jalil
Naib Ketua Pemuda UMNO
Dalam jawatan
30 Jun 2018 – 28 Januari 2023
KetuaAsyraf Wajdi Dusuki
Didahului olehKhairul Azwan Harun
Digantikan olehMohd Hairi Mad Shah
Maklumat peribadi
Lahir
Shahril Sufian bin Hamdan

(1985-10-29) 29 Oktober 1985 (umur 39)
Parti politik UMNO
PekerjaanAhli politik
Laman webhttps://www.shahrilhamdan.com/

Kehidupan

sunting

Sebelum ini,[bila?] beliau pernah bekerja sebagai Jururunding Strategi dan Pengurusan di McKinsey and Company selama tiga tahun, Pengurus Penempatan di Teach For Malaysia selama beberapa bulan, dan menjadi Pegawai Dasar kepada YB Khairy Jamaluddin selama dua tahun—iaitu pekerjaan pertama Shahril sejurus selepas menamatkan pengajian Sarjana Mudanya.

Shahril merupakan lepasan jurusan Ekonomi di University of Manchester di bawah tajaan Biasiswa Bank Negara Malaysia pada tahun 2008 dan dia meneruskan pembelajarannya di peringkat sarjana dalam bidang Etnik Kaum dan Kajian Pasca-kolonial di London School of Economics and Political Science dengan bantuan Biasiswa Penuh Chevening daripada Jabatan Luar dan Komanwel British.

Shahril merupakan penyokong setia kelab bola sepak Newcastle United walaupun kelab tersebut belum berkesempatan lagi untuk memenangi sebarang gelaran Liga Perdana Inggeris sejak musim 1926–27.

Keputusan pilihan raya

sunting
Parlimen Malaysia[4][5]
Tahun Perlembagaan Undi Peratus Lawan Undi Peratus Jumlah mengundi Majoriti % Keluar mengundi
2018 P112 Kuala Langat, Selangor Xavier Jayakumar (PH-PKR) 43,239 49.08% Shahril Sufian Hamdan (BN-UMNO) 26,127 29.66% 89,437 17,112 87.34%
Yahya Baba

(PAS)

18,731 21.26%

Filemografi

sunting

Siniar

sunting
Tahun Tajuk Sebagai Catatan
2023–kini Keluar Sekejap Pengacara mengacara bersama Khairy Jamaluddin

Rujukan

sunting
  1. ^ Ketua Penerangan Umno dilantik Pengarah Ekonomi PMO
  2. ^ Ahmad Maslan Setiausaha Agung, Shahril Hamdan Ketua Penerangan UMNO baharu
  3. ^ Shahril Hamdan mendahului persaingan naib ketua Pemuda Umno
  4. ^ "Dashboard PRU14". pru14.spr.gov.my. Diarkibkan daripada yang asal pada 9 Mei 2018. Dicapai pada 17 Julai 2018. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)
  5. ^ "Keputusan pilihan raya". Diarkibkan daripada yang asal pada 1 April 2004. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)