Shah Zanuriman Nuar Paras Khan
Shah Zanuriman Bin Nuar Paras Khan ( Melayu: شه زانوريمن نوار ڤارس خن
Shah Zanuriman Nuar Paras Khan Bintang Khidmat Terpuji ( Melaka ) | |
---|---|
شه زانوريمن نوار ڤارس خن | |
Presiden | Ahmad Zahid Hamidi |
EXCO Pemuda UMNO | |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Shah Zanuriman Bin Nuar Paras Khan 19 Disember 1984 Hospital Kuala Lumpur |
Parti politik | Barisan Nasional UMNO |
Pasangan | NURUL HANIZA BT ABU ARIS |
Tempat belajar | Universiti Teknologi MARA |
Pekerjaan | Ahli Politik, Ahli Perniagaan, Aktivis Masyarakat |
,Sebutan bahasa Melayu: [shah zanuriman] ; lahir 19 Disember 1984)adalah seorang ahli politik Malaysia dan aktivis masyarakat. Beliau adalah ahli Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO), parti komponen gabungan BN.
Beliau kini merupakan Ahli Jawatankuasa Eksekutif (EXCO) Pemuda UMNO dan Setiausaha Pemuda UMNO Selangor sejak Mac 2023, serta Ketua Pemuda UMNO Bahagian Selayang sejak 2018.
Kehidupan Awal dan Pendidikan
suntingShah Zanuriman Bin Nuar Paras Khan di lahirkan di Hospital Kuala Lumpur. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Kuang sebelum melanjutkan pelajaran ke Victoria Institution dan Sekolah Menengah Bukit Gading. Kemudian beliau mendapatkan pendidikan tinggi di Universiti Teknologi MARA cawangan Seri Iskandar.
Anugerah
sunting- Bintang Khidmat Terpuji (BKT)
Kerjaya Politik
suntingShah Zanuriman bermula kerjaya politik sebagai Ketua Pemuda UMNO Cawangan Kuang Timur bermula 2010. Seterusnya beliau di pilih sebagai Ahli Jawatankuasa Pemuda UMNO Bahagian Selayang pada 2013 dan kemudiannya memenangi jawatan sebagai Ketua Pemuda UMNO Selayang pada 2018 selepas kekalahan Barisan Nasional pada PRU14. Beliau berjaya mempertahankan jawatan tersebut pada pemilihan tahun 2023.
Pada tahun yang sama beliau memenangi jawatan Ahli Jawatankuasa Eksekutif (EXCO) Pemuda UMNO Malaysia dan kemudian di lantik sebagai Setiausaha Pemuda UMNO Selangor.
Aktiviti Kemasyarakatan
suntingPandemik COVID19 & Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)
suntingketika Malaysia di letakkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Malaysia 2020-2021. Beliau telah menyalurkan 2000 set bakul makanan kepada penduduk sekitar parlimen Selayang yang terputus bekalan makanan serta hilang pekerjaan akibat terhentinya aktiviti perniagaan.
Kontroversi & Isu
suntingSebagai ahli politik dan aktivis masyarakat Shah Zanuriman tidak bersikap berdiam diri dalam isu-isu yang melibatkan UMNO, Orang Melayu dan masyarakat.
Pemecatan Lokman Noor Adam
suntingPada 2020, Shah Zanuriman mengetuai 6 orang pemimpin Pemuda UMNO membuat laporan kepada Lembaga Disiplin UMNO terhadap Ahli Majlis Tertinggi, Lokman Noor Adam hingga menyebabkan beliau di pecat dari UMNO.
Mereka mendakwa Lokman sebagai ahli dan juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO telah melanggar disiplin parti kerana mempertikai keputusan yang dibuat pimpinan berhubung siasatan lembaga disiplin terhadap bekas Naib Presiden, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.
27 Tapak Baharu Kuari Bukit Lagong
suntingPada 2022, Shah Zanuriman telah mempersoalkan keputusan kerajaan Selangor untuk membuka 27 tapak baharu kuari di Bukit Lagong. Isu ini berbangkit setelah di dedahkan oleh sebuah NGO berkenaan isu ini di media sosial.
Pembukaan 27 tapak baharu ini akan memberikan impak yang besar kepada alam sekitar serta penduduk kampung Orang Asli yang bergantung kepada kawasan hijau ini sebagai sumber pendapatan mereka.[2]
Tolak Khir Toyo Kembali Ke Arena Politik
suntingPada tahun 2022, Shah Zanuriman menempelak mantan Menteri Besar Selangor Mohamad Khir Toyo apabila beliau menyatakan hasratnya untuk kembali ke arena politik dengan berhasrat untuk bertanding di Parlimen Sungai Besar pada Pilihan Raya Umum ke-15.
Menurut Shah Zanuriman, Mohamad Khir perlu sedar impak negatif sekiranya kembali ke arena politik apatah lagi bertanding di Parlimen Sungai Besar. ia hanya memburukkan keadaan malah boleh memberi impak negatif kepada peluang UMNO mengambil alih Selangor pada PRU-15.[4]
Sanusi Hina Sultan Selangor
suntingShah Zanuriman telah menempelak Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor atas kebiadaban beliau menghina Sultan Selangor ketika berkempen di satu ceramah politik Perikatan Nasional (PN) di Selayang ketika pilihanraya negeri Selangor (PRN) pada 2023. Beliau juga mendesak agar Sanusi tidak dibenarkan lagi berceramah di Selangor.[5]
Kontroversi Peruntukan Sekolah Kebangsaan Cina
suntingKontroversi ini bermula apabila Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Yang Berhormat Datuk Dr. Akmal Saleh mempersoalkan kewajaran peruntukan tersebut dengan membandingkan peruntukan tersebut dengan peruntukan kepada sekolah agama.
Shah Zanuriman menyokong cadangan tersebut dan mencadangkan dihidupkan kembali suatu ruang dialog nasional bagi meneroka wawasan baharu ke arah integrasi pendidikan negara. ini kerana segregasi atau pemisahan kaum yang berlaku dalam negara telah bermula sejak bangku sekolah.
Beliau juga membidas penyataan Setiausaha Pemuda MCA, Saw Ye Fung bahawa cadangan untuk mewujudkan sistem pendidikan satu aliran dianggap tidak relevan dan hanya mahu memecahbelahkan keharmonian kaum di negara ini.
beliau berpandangan Pemuda MCA seharusnya menyahut baik seruan Pemuda UMNO untuk ruang dialog nasional diadakan secara ilmiah.Dialog ini bagi membolehkan mereka menyatakan hujah serta membuktikan pandangan secara ilmiah bukannya mengugut dengan menggunakan perkataan perlembagaan dan mahkamah[6]
Mempertahankan UiTM Sebagai Universiti Eksklusif Bumiputera
suntingShah Zanuriman selaku alumni UiTM dan EXCO Pemuda UMNO Malaysia berikrar akan mempertahankan UiTM sebagai satu-satunya universiti yang eksklusif untuk bumiputera seiring dengan perkara 153 Perlembagaan Persekutuan serta Kontrak Sosial yang telah dipersetujui ketika pembentukan negara ini.
Kenyataan ini rentetan dari penulisan kolumnis portal Malaysiakini, Andrew Sia yang melabel UiTM sebagai universiti apartheid kerana dasarnya menghadkan pengambilan pelajar hanya untuk bumiputera sahaja.
Sejak tertubuhnya Dewan Latehan RIDA (1956), ditukar kepada Maktab MARA (1965), Institut Teknologi MARA atau ITM (1967) dan seterusnya menjadi Universiti Teknologi MARA atau UiTM pada tahun 1999, institusi ini sering menjadi sasaran pihak chauvinist yang tidak senang duduk melihat institusi yang berjaya mengubah sosio ekonomi bumiputera.[7]
Kehidupan Peribadi
suntingShah Zanuriman berkahwin dengan Nurul Haniza Binti Abu Aris dan dikurniakan 5 cahaya mata.
- ^ www.astroawani.com https://www.astroawani.com/berita-politik/pemimpin-pemuda-umno-desak-lembaga-disiplin-siasat-lokman-adam-226983. Dicapai pada 2024-11-06. Missing or empty
|title=
(bantuan) - ^ "Kerajaan Selangor Terlalu Rakus, 27 Tapak Kuari Baharu Di Hutan Simpan Bukit Lagong". umno-online.my (dalam bahasa Inggeris). 2022-09-28. Dicapai pada 2024-11-06.
- ^ Chyuan, Low Choon (2022-09-29). "27 kuari baru mungkin buat banjir kilat makin teruk, kata Adun". Malaysiakini. Dicapai pada 2024-11-06.
- ^ Zain, Nizam (2022-06-10). "BN hadapi masalah jika Khir Toyo jadi calon PRU-15". MalaysiaGazette (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2024-11-06.
- ^ TAHIR, MOHD IZZATUL IZUAN (2023-07-14). "Jangan benar Sanusi ceramah di Selangor - Pemuda UMNO Selayang". Sinar Harian. Dicapai pada 2024-11-06.
- ^ JAAFAR, NORAFIZA (2024-03-14). "Pemuda UMNO cadang laksana dialog nasional pendidikan negara". Sinar Harian. Dicapai pada 2024-11-06.
- ^ JAAFAR, NORAFIZA (2024-05-23). "Pemuda UMNO akan terus pertahan UiTM eksklusif bumiputera". Sinar Harian. Dicapai pada 2024-11-06.