[go: up one dir, main page]

Satu sebatian kimia merujuk kepada bahan kimia tulen yang terdiri daripada dua atau lebih gabungan unsur[1][2][3] yang boleh diasingkan kepada bahan yang lebih ringkas melalui tindak balas kimia.[4] Sebatian kimia mempunyai struktur kimia yang unik dan tetap berasaskan nisbah bilangan atom[3] yang disatukan dalam penyusunan ruang ikatan kimia.

Sebagai contoh, dihidrogen oksida (air, H2O) adalah sebatian terdiri daripada dua atom hidrogen untuk setiap atom oksigen.

Secara umumnya, nisbah tetap ini perlu ditetapkan kerana lebih kepada susunan ciri-ciri fizikal, daripada pilihan buatan manusia sewenang-wenangnya. Oleh sebab itu kita dapati mengapa bahan seperti loyang, the superkonduktor dianggap sebagai campuran atau aloi daripada sebatian.

Satu ciri definisi sebatian kimia adalah ia mempunyai formula kimia. Formula menggambarkan nisbah atom-atom di dalam satu bahan, dan nombor atom dalam satu molekul tunggal sesuatu bahan (seperti formula bagi etena adalah C2H4, bukan CH2). Formula kimia menunjukkan bahawa sebatian itu terdiri daripada molekul; for example, natrium klorida (garam makan, NaCl) adalah satu sebatian ionik.

Sebatian mungkin mempunyai sebilangan fasa. Semua sebatian boleh wujud sebagai pepejal. Molekul sebatian mungkin wujud dalam bentuk cecair atau gas. Semua sebatian akan terurai kepada sebatian yang lebih kecil atau atom secara individu jika diberikan haba kepada suhu tertentu (dipanggil suhu penguraian). Setiap sebatian kimia digambarkan dalam kimia membawa satu identiti numerik yang unik, iaitu nombor CAS .

Jenis Sebatian

sunting

(*Ingatan!: Sebatian adalah x100 bahan yang sangat kecil)

Lihat juga

sunting

Rujukan

sunting
  1. ^ Brown, Theodore L.; LeMay, H. Eugene; Bursten, Bruce E.; Murphy, Catherine J.; Woodward, Patrick (2009), Chemistry: The Central Science, AP Edition (ed. 11th), Upper Saddle River, NJ: Prentice Hall, m/s. 5–6, ISBN 0-13-236489-1
  2. ^ Hill, John W.; Petrucci, Ralph H.; McCreary, Terry W.; Perry, Scott S. (2005), General Chemistry (ed. 4th), Upper Saddle River, NJ: Prentice Hall, m/s. 6, ISBN 978-0-13-140283-6
  3. ^ a b Whitten, Kenneth W.; Davis, Raymond E.; Peck, M. Larry (2000), General Chemistry (ed. 6th), Fort Worth, TX: Saunders College Publishing/Harcourt College Publishers, m/s. 15, ISBN 978-0-03-072373-5
  4. ^ Wilbraham, Antony; Matta, Michael; Staley, Dennis; Waterman, Edward (2002), Chemistry (ed. 1st), Upper Saddle River, NJ: Prentice Hall, m/s. 36, ISBN 0-13-251210-6