[go: up one dir, main page]

Semenanjung Sinai atau Sinai (Bahasa Kubti: sina ⲥⲓⲛⲁ; Arab Mesir: sina سينا; Bahasa Arab, sina'a سيناء; Sinin dalam kebanyakan Bahasa Semitik, Ibrani: סיני Si-nai) merupakan satu semenanjung berbentuk segitiga yang terletak di antara Laut Mediterranean (ke utara) dan Laut Merah (ke selatan), yang terletak di Mesir. Ia mempunyai keluasan sebanyak 60,000 kilometer persegi.

Semenanjung Sinai , Teluk Suez (barat), Teluk Aqaba (timur) dari kapal angkasa bolak-balik STS-40

Gunung Sinai terletak di sebelah selatan semenanjung ini.

Dalam Perang Enam Hari, Sinai telah dikuasai oleh Israel pada akhir perang. Pada 6 Oktober 1973, Mesir melancarkan Perang Yom Kippur, Untuk mengambil semula Semenanjung itu yang merupakan tempat pertempuran sengit antara pasukan Mesir dan Israel. Pada tahun 1982, hasil Perjanjian Perdamaian Israel-Mesir pada tahun 1979, Israel telah menarik diri daripada Semenanjung Sinai kecuali wilayah Taba yang perbalahan yang dikembalikan selepas keputusan yang dibuat oleh suatu komisi timbang tara pada tahun 1989.

Biara St. Catherine adalah biara Kristian tertua di dunia dan merupakan tarikan pelancong yang paling popular di Semenanjung Sinai

Sejarah

sunting