[go: up one dir, main page]

Saifuddin Nasution Ismail

Menteri Dalam Negeri Malaysia

Yang Berhormat Senator Datuk Seri [1] Saifuddin Nasution bin Ismail (lahir 7 Disember 1963) merupakan ahli politik Malaysia berbangsa Melayu. Beliau kini berkhidmat sebagai ahli kabinet Perdana Menteri Malaysia YAB Dato' Seri Anwar Ibrahim dengan memegang jawatan sebagai Menteri Dalam Negeri Malaysia. Pada peringkat parti beliau memegang jawatan sebagai Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat [2].

Yang Berhormat Senator Datuk Seri
Saifuddin Nasution Ismail
DGSM (Melaka); DSDK (Kedah)
Menteri Dalam Negeri
Menyandang jawatan
3 Disember 2022
(1 tahun, 11 bulan dan 28 hari)
Raja
Perdana Menteri Anwar Ibrahim
Didahului oleh Hamzah Zainuddin
Ahli Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang
bagi Pantai Jerejak
Dalam jawatan
2 Ogos 2018 – 28 Jun 2023
(4 tahun, 10 bulan dan 26 hari)
Didahului oleh Mohd Rashid Hasnon
Digantikan oleh Fahmi Zainol
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna
Dalam jawatan
2 Julai 2018 – 24 Februari 2020
(1 tahun, 7 bulan dan 22 hari)
Raja Pahang Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah
Kelantan Muhammad V
Perdana Menteri Mahathir Mohamad
Timbalan Chong Chieng Jen
Didahului oleh Hamzah Zainudin
Digantikan oleh Alexander Nanta Linggi
Ahli Parlimen Malaysia
bagi Kulim-Bandar Baharu, Kedah
Dalam jawatan
16 Julai 2018 – 10 Oktober 2022
(4 tahun, 2 bulan dan 24 hari)
Didahului oleh Abdul Aziz bin Sheikh Fadzir
Digantikan oleh Roslan Hashim
Ahli Parlimen Malaysia
bagi Machang, Kelantan
Dalam jawatan
8 Mac 2008 – 5 Mei 2013
(5 tahun, 1 bulan dan 27 hari)
Didahului oleh Sazmi Miah
Digantikan oleh Ahmad Jazlan Yaakub
Ahli Dewan Undangan Negeri Kedah
bagi Lunas
Dalam jawatan
29 November 2000 – 21 Mac 2004
(3 tahun, 8 bulan dan 23 hari)
Didahului oleh Joe Fernandez
Digantikan oleh Ganesan Subramaniam
Maklumat peribadi
Lahir (1963-12-07) 7 Disember 1963 (umur 60)
Singapura, Malaya (kini negara Singapura)
Parti politik UMNO (1995-1999)
Parti Keadilan Nasional (1999-2003)
PKR (2003 – kini)
Gabungan politik
lain
Barisan Nasional (1995-1999)
Barisan Alternatif (1999-2008)
Pakatan Rakyat (2008-2015)
Pakatan Harapan (2015 – kini)
PasanganDatin Seri Norhayati Musa
PendidikanSarjana Sains (Agronomi)
Tempat belajarUniversiti Putra Malaysia
PekerjaanAhli Parlimen
KabinetKabinet Malaysia 2018
Kabinet Malaysia 2022
Anugerah awamSenarai

Latar belakang

sunting

YB Senator Dato Seri Saifuddin Nasution berasal dari Singapura. Nama 'Nasution' dapat dikaitkan dengan keturunan Batak Mandailing di tengah Sumatera, Indonesia. Ramai penduduk Sumatera berhijrah ke Kedah dan lain-lain lokasi kerana Perang Belanda-Aceh. Anaknya Arham Rahimin Nasution melanjutkan pelajaran ke Mesir di sebuah pusat pengajian yang dikenali sebagai Ma'ahad Buuth Islamiyyah di bawah naungan Al-Azhar. Dan kini anak beliau telah melanjutkan pelajaran ke Afrika Selatan kerana semangat cita-citanya yang ingin mengikut jejak langkah ayahnya sebagai ahli politik.[3]

Kerjaya politik

sunting

Beliau pernah menjadi Exco Pemuda UMNO, Setiausaha Pemuda UMNO Malaysia dan Setiausaha Pemuda Barisan Nasional kemudian dipecat oleh mantan Perdana Menteri Malaysia, Mahathir Mohamad sebelum Anwar Ibrahim dipecat pada 2 September 1998. Beliau antara sebahagian pemuda UMNO yang mengadakan demonstrasi dari Masjid Negara ke Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di Jalan Tun Abdul Razak, Kuala Lumpur. Ketika itu media arus perdana menuduh beliau memecahkan pintu PWTC.[4]

Beliau pernah menjadi Setiausaha Politik kepada Syed Hamid Albar (bekas Menteri Luar Malaysia). Beliau pernah bertanding dalam Pilihan Raya Kecil Lunas, Kedah pada 29 November 2000 dan menang.[5]

Semasa masih berada dalam UMNO beliau juga mengambil bahagian dalam satu protes pada tahun 1996 untuk menentang "Second Asia Pacific Conference on East Timor" di sebuah hotel di Kuala Lumpur. Beliau mengetuai sekumpulan penunjuk perasaan seramai 400 orang dan berdemonstrasi di hotel tersebut secara biadab kerana Saifudin mendakwa mendapat arahan dan dicabar oleh Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Megat Junid Megat Ayob.[6]. Dalam dialek Perak, Megat Junid mencabar "Kalau tidak, saya anggap Pemuda UMNO tiada telur".[6]

Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2008 Saifuddin Nasution telah bertanding di Parlimen Machang di Kelantan dan mengalahkan calon Barisan Nasional, Datuk Sazmi Miah dengan memenangi majoriti yang baik.

Keputusan Pilihan raya

sunting

Parlimen

sunting
Tahun Parlimen Calon Parti Undi Lawan Parti Undi Majoriti
2022 Kulim-Bandar Baharu Saifuddin Nasution Ismail PH (PKR) 21,408 Roslan Hashim PN (BERSATU) 34,469 13,061
Muhar Hussain BN (UMNO) 13,872
Mohamad Yusrizal Yusoff GTA (IKATAN) 591
2018 Saifuddin Nasution Ismail PH (PKR) 23,159 Abdul Aziz Sheikh Fadzir BN (UMNO) 18,299 4,860
Hassan Razak PAS 12,885
2013 Saifuddin Nasution Ismail PKR 24,911 Abdul Aziz Sheikh Fadzir BN (UMNO) 26,782 1,871
2008 Machang Saifuddin Nasution Ismail PKR 21,041 Sazmi Miah BN (UMNO) 19,581 1,460
2004 Padang Serai Saifuddin Nasution Ismail PKR 15,953 Lim Bee Kau BN (MCA) 26,269 10,316
1999 Saifuddin Nasution Ismail KeADILan 18,023 Lim Bee Kau BN (MCA) 27,395 9,372

Dewan Undangan Negeri (DUN)

sunting
Tahun DUN Calon Parti Undi Lawan Parti Undi Majoriti
2018 Pantai Jerejak, Pulau Pinang Saifuddin Nasution Ismail PH (PKR) 14,014 Oh Tong Keong BN (GERAKAN) 3,298 10,716
Mohd Faruan Yusof PAS 1,670
Yim Boon Leong MUP 97
2004 Kubang Rotan, Kedah Saifuddin Nasution Ismail PKR 6,527 Syed Razak Syed Zain Barakhbah BN (UMNO) 14,468 7,941
PRK Lunas 2000 Lunas, Kedah Saifuddin Nasution Ismail KeADILan 10,511 S. Anthonysamy BN (MIC) 9,981 530
N. Letchumanan BEBAS 50

Anugerah

sunting
  •     Kedah :
    •   Darjah Dato' Setia DiRaja Kedah (DSDK) - Dato'
  •     Melaka :
    •   Darjah Gemilang Seri Melaka (DGSM) - Datuk Seri (2018)

Rujukan

sunting
  1. ^ 5 menteri bergelar Datuk Seri
  2. ^ https://www.astroawani.com/berita-politik/saifuddin-kembali-sebagai-setiausaha-agung-pkr-nurul-izzah-naib-presiden-372112
  3. ^ Othman Mohamad (30 November 2000). "Keadilan menang pilihan raya kecil Lunas". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-02-28. Dicapai pada 28 Februari 2017.
  4. ^ Muzliza Mustafa. "BN's Abd Aziz to face off PKR's Saifuddin for Kulim-Bandar Baharu seat Read more: BN's Abd Aziz to face off PKR's Saifuddin for Kulim-Bandar Baharu seat". New Straits Times. Dicapai pada 11 October 2014.
  5. ^ Habibu, Sira (10 Januari 2010). "PKR picks Saifuddin to replace Salehuddin". The Star. Diarkibkan daripada yang asal pada 27 Februari 2010. Dicapai pada 11 Januari 2010. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  6. ^ a b Persidangan Asia Pasifik Timor Timur II. Retrieved 2011-08-03.

Pautan luar

sunting

,