[go: up one dir, main page]

Republik Persekutuan Amerika Tengah

Republik Persekutuan Amerika Tengah, sebelumnya dikenali sebagai Wilayah-wilayah Bersatu Amerika Tengah pada tahun pertama penubuhannya, merupakan sebuah negara merdeka berjangka hayat pendek di Amerika Tengah, yang mana terdiri daripada jajahan-jajahan bekas Kekapitanan Besar Guatemala. Ditubuhkan sebagai sebuah republik demokrasi, ia wujud pada bulan Julai 1823 sehingga 1840. Jata negara pada bendera negara bermula pada 1823–1824 merujuknya sebagai sebuah persekutuan (di dalam Sepanyol) adalah Provincias Unidas del Centro de América ("Wilayah-wilayah Bersatu Amerika Tengah"); walau bagaimanapun, di dalam perlembagaan 1824, jata negara dan bendera dipanggil sebagai República Federal de Centroamérica / Centro América ("Republik Persekutuan Amerika Tengah"). Bendera negara ini direka oleh Commodore Louis-Michel Aury berdasarkan bendera negara Argentina. Istilah Wilayah-wilayah Bersatu juga pernah digunakan pada gelaran pertama Argentina "Provincias Unidas del Río de la Plata" (Wilayah-wilayah Bersatu Sungai Perak). Commodore Aury mewujudkan republik merdeka pertama beliau di Old Providence Island (Isla de Providencia) pada tahun 1818, di luar pantai Nicaragua.

Republik Persekutuan Amerika Tengah
República Federal de Centroamérica
1823 (1824)–1838
Bendera Amerika Tengah
Jata Amerika Tengah
Bendera Jata
Lokasi Amerika Tengah
Ibu negaraGuatemala City (sehingga 1834)
San Salvador
Bahasa yang umum digunakanSepanyol
KerajaanRepublik
Sejarah 
• Kemerdekaan dari Empayar Mexico Pertama
1 Julai 1823 (1824)
• Dibubarkan
31 Mei 1838
Mata wangReal Republik Amerika Tengah
Didahului oleh
Diganti oleh
Empayar Mexico Pertama
Costa Rica
El Salvador
Guatemala
Honduras
Nicaragua
Los Altos

Republik ini terdiri daripada negara-negara Guatemala, El Salvador, Honduras, Nicaragua dan Costa Rica (Panama masih lagi sebahagian daripada Colombia pada masa itu). Pada tahun 1830-an, negara ke-6 menyertai persekutuan ini iaitu – Los Altos, dengan ibu negaranya di Quetzaltenango – di mana kawasannya adalah di tanah tinggi barat Guatemala dan Chiapas. Meskipun negara baru ini merdeka dari Sepanyol, ia telah diduduki oleh Mexico. Pendudukan ini menjadi fokus pertikaian, beberapa pihak melihat perlembagaan Mexico yang menghapuskan perhambaan dan kewujudan perdagangan bebas sebagai satu penambahbaikan berbanding status quo. Semasa tahun 1838–1840, persekutuan terlibat di dalam perang saudara di mana Konservatif menentang Liberal. Tanpa kesungguhan untuk mengukuhkan identiti kebangsaan, perpecahan politik gagal untuk mengenepikan perbezaan ideologi membawa kepada keruntuhan persekutuan selepas beberapa siri konflik berdarah.[1]

Presiden

sunting
Negara ahli 1839
           
Guatemala El Salvador Honduras Nicaragua Costa Rica Los Altos

Rujukan

sunting
  1. ^ Foster, Lynn V. (2000). A Brief History of Central America. New York: Facts on File. m/s. 134–136. ISBN 0816039623.

Pautan luar

sunting