[go: up one dir, main page]

Renjatan (peredaran)

keadaan perubatan di mana aliran darah tidak mencukupi ke tisu badan

Renjatan atau kejutan dalam bidang perubatan ialah keadaan kekurangan pengaliran darah ke tisu badan hasil daripada masalah-masalah berkaitan sistem peredaran. Gejala awal renjatan mungkin termasuk rasa lemah, kadar degupan jantung yang tinggi, kadar pernafasan tinggi, berpeluh, rasa resah, serta peningkatan rasa kehausan.[1] Apabila komplikasi menjadi semakin teruk, gejala lanjutan termasuklah rasa keliru, tidak sedar diri dan pegun jantung.[1]

Renjatan
Pelatih EMT Tentera Laut Amerika Syarikat serta ahli bomba menggunakan kaedah penggantian cecair IV untuk merawat boneka latihan trauma untuk mencegah renjatan hipovolemia
PengkhususanPerubatan rawatan kecemasan
GejalaAwal: Rasa lemah, kadar degupan jantung tinggi, kadar pernafasan tinggi, berpeluh, rasa resah yang teruk, rasa semakin haus[1]
Akhir: Rasa keliru, tidak sedar diri, pegun jantung[1]
JenisHipovolemia, kardiogenik, obstruktif, distributif[2]
PuncaHipovolemia: Pendarahan teruk, muntah, cirit-birit, nyahhidrat, atau pankreatitis[1]
Kardiogenik: serangan jantung teruk (terutamanya pada ventrikel kiri dan kanan), kegagalan jantung teruk, kontusi jantung[1]
Obstruktif: Tamponad jantung, pneumotoraks tekanan[1]
Distributif: Sepsis, kecederaan tulang belakang, lampau dos ubat tertentu[1]
Berdasarkan gejala, pemeriksaan fizikal, ujian makmal[2]
RawatanBerdasarkan punca dasar[2]
Rawatan perubatan
Cecair intravena, vasopresor[2]
PrognosisRisiko kematian 20 hingga 50%[3]
Kekerapan1.2 juta setiap tahun (AS)[3]
sunting
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Renjatan secara umumnya terbahagi kepada empat jenis utama berpandukan punca dasar berkaitan, iaitu: renjatan hipovolemia, renjatan kardiogenik, renjatan obstruktif, dan renjatan distributif.[2] Renjatan hipervolemia juga dikenali sebagai renjatan isi padu rendah mungkin berpunca daripada pendarahan teruk, cirit-birit, atau muntah.[1] Renjatan kardiogenik pula mungkin berpunca daripada serangan jantung atau kontusi kardium.[1] Renjatan obstruktif mungkin berpunca daripada tamponad jantung serta pneumotoraks tekanan.[1] Akhir sekali, renjatan distributif mungkin berpunca daripada sepsis, anafilaksis, kecederaan tulang belakang, atau pengambilan lampau beberapa jenis ubatan.[1][4]

Diagnosis renjatan secara umumnya berdasarkan gabungan gejala, pemeriksaan fizikal serta keputusan daripada ujian makmal.[2] Penurunan tekanan nadi (tekanan darah sistolik tolak tekanan darah diastolik) atau peningkatan kadar jantung mungkin dikaitkan dengan renjatan ini.[1]

Renjatan merupakan sejenis kecemasan perubatan dan memerlukan penjagaan perubatan yang mendesak. Jika renjatan dikhuatiri berlaku maka perlu memanggil talian kecemasan secepat mungkin. Sewaktu menunggu kedatangan ambulans atau rawatan kecemasan, jika selamat maka orang yang kena renjatan itu perlu dibaringkan (kecuali ada kemungkinan kecederaan berlaku pada kepala atau tulang belakang), dengan kaki mereka ditinggikan seboleh mungkin, serta memastikan badan mereka cukup panas (untuk mereka yang di kawasan sejuk). Jika orang yang mengalami kejutan itu tidak sedar diri, maka pernafasan mereka perlu diawasi dan bersedia untuk melakukan CPR jika perlu.[5]

Rujukan

sunting
  1. ^ a b c d e f g h i j k l m International Trauma Life Support for Emergency Care Providers (ed. 8). Pearson Education Limited. 2018. m/s. 172–73. ISBN 978-1292-17084-8.
  2. ^ a b c d e f ATLS – Advanced Trauma Life Support – Student Course Manual (ed. 10). American College of Surgeons. 2018. m/s. 43–52, 135. ISBN 978-78-0-9968267.
  3. ^ a b Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama Tab2010
  4. ^ Smith, N; Lopez, RA; Silberman, M (January 2019). "Distributive Shock". StatPearls (Internet). PMID 29261964.
  5. ^ "Shock". Red Cross (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2024-10-21.