[go: up one dir, main page]

Rāhu (Sanskrit: राहु; simbol: ; Jawi: راهو) adalah salah satu dari sembilan jasad langit dipercayai dalam kalangan orang Hindu berupa lembaga bayangan. Lembaga ini digandingkan bersama Ketu masing melambangkan pengambangan dan penyusutan bulan; malah kedua-dua mereka juga dikaitkan dengan titik pertemuan bulan dan matahari.[2] Rahu dipercayai merupakan penyebab segala gerhana.[1]

Rahu
Ahli Nawagraha
Rahu
GabunganGraha, Asura,[1] Svarbhanu
Tempat tinggalRāhu Kāla
ManteraOm Viprachitti putra Simhika putra Om Navagraha Rahuya Namah
HariJumaat, Rāhu Kāla
TungganganHarimau
PerayaanAmavasya / Rāhu Kāla
Maklumat peribadi
Ibu bapa
Adik-beradikKetu

Dalam lukisan bernuansa Hindu, Rahu biasanya digambarkan sebagai sebuah kepala tanpa badan. Namun Rahu boleh digambarkan mengendarai singa hitam, atau mengendarai kereta yang ditarik lapan kuda hitam. Dia dapat dilukiskan memiliki dua lengan; yang kanan membawa selimut wol atau sebuah buku, sedangkan tangan yang lain terlihat kosong. Bila dilukiskan dengan empat lengan, Rahu tampak membawa pedang, tameng dan gada, sedangkan tangan yang keempat melakukan gerak Warada Mudra.

Penceritaan

sunting
Fail:God Vishnu cut the head of Rahu with disk.jpg
Gambaran Wisnu memenggal Rahu dengan cakeramnya dalam Mahabharata

Diceritakan bahawa pada zaman Satyayuga, para dewa dan asura bekerjasama untuk mendapatkan tirta amerta suatu minuman yang memberikan keabadian kepada mereka.[3] Narayana memberi petunjuk bahawa amerta tersebut tersembunyi dalam lautan susu tengah Sangkadwipa; ke lautan itulah dewa-dewi ini menuju. Mereka mencabut suatu gunung bernama Gunung Mandara yang dipindahkan ke tengah lautan di mana ia ditopangkan seekor kura-kura raksasa; Naga Basuki digunakan sebagai tali untuk mempermudahkan pemutaran gunung tersebut.

Setelah proses pengadukan berlangsung lama, muncullah berbagai harta karun. Seluruhnya berada di pihak para dewa, sedangkan para asura tidak mendapatkan apapun. Setelah amerta muncul, para asura ingin agar minuman tersebut menjadi milik mereka sebab para dewa sudah mendapatkan harta terlalu banyak. Kerana masing-masing pihak tidak mahu mengalah pendirian, maka terjadilah pertempuran antara para dewa melawan para asura. Setelah Dewa Wisnu turun tangan, peperangan berakhir dengan kemenangan berada di pihak para dewa yang kembali ke surgaloka untuk membahagi-bahagikan tirta amerta yang didapatkan.

Salah satu asura ini iaitu Rahu menyamar menjadi seorang dewa agar senang lolos mendapatkan amerta untuk kaumnya. Namun, helah Rahu diketahui Surya dan Cendera yang segera memberitahu Wisnu. Wisnu segera bertindak melontarkan cakeramnya memenggal kepala Rahu yang hanya sempat meneguk tirta amerta turun tekaknya.[2]

Rahu masih tidak hilang nyawanya, namun kepalanya terpisah dari badannya dan dilambung ke angkasa, badan yang tertinggal ini pula menjadi Ketu. Rahu bersumpah membalas dendam terhadap Surya dan Cendera, dan dengan inilah dia sering menelan dua-duanya sebaik bertemu.[2]

Kepercayaan

sunting

Masyarakat Melayu dahulu percaya menanggap matahari dan bulan yang mengalami gerhana "dimakan rahu" yang mana rahu yang disebutkan ini berupa seekor ular naga;[4][5][6]:11-12 mereka akan membunyikan alat muzik membuat hingar-bingar yang dipercayai memaksa sang rahu ini memuntahkan jasad ditelannya.[6]:11-12

Orang Sakai turut mempunyai kepercayaan lebih kurang sama di mana suatu jampi akan diserukan setiap kali munculnya gerhana berbunyi:[7]

Oh Rahu, perjuk gechek jik!
Jik mong kulit dunia!

("Wahai Rahu, pulangkan bulan aku, aku masih di kulit [kerak] dunia!")

Rujukan

sunting
  1. ^ a b c d Roshen Dalal (2010). Hinduism: An Alphabetical Guide. Penguin Books. m/s. 324. ISBN 978-0-14-341421-6.
  2. ^ a b c Gopal, Madan (1990). K.S. Gautam (penyunting). India through the ages. Publication Division, Ministry of Information and Broadcasting, Government of India. m/s. 106, 125.
  3. ^ Heinrich Zimmer, Myth and Symbols in Indian Art and Civilisation. New York: Harper Torchbooks, 1946, p. 176
  4. ^ Wilkinson, Richard James (1901). "rahu". A Malay-English dictionary. Hong Kong: Kelly & Walsh, limited. m/s. 320.   Rencana ini mengandungi teks dari sumber yang berada dalam domain awam.
  5. ^ "Rahu". Kamus Dewan (ed. ke-4). Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. 2017.
  6. ^ a b Skeat, Walter William (1900). "Chapter 1: Nature". Malay Magic. London: Macmillan and Co., Limited. m/s. 1–15 – melalui Internet Archive.
  7. ^ Evans, Ivor Hugh Norman (1923). Studies in Religion, Folk-lore, & Custom in British North Borneo and the Malay Peninsula. The University Press. m/s. 208.