Pusat kesihatan komuniti
Pusat kesihatan komuniti atau secara ringkasnya pusat kesihatan merupakan satu daripada rangkaian klinik yang dikendalikan oleh pengamal perubatan umum dan jururawat yang menyediakan perkhidmatan penjagaan kesihatan kepada penduduk dalam kawasan tertentu. Perkhidmatan yang selalunya diberikan merangkumi perubatan keluarga dan pergigian, tetapi sesetengah pusat kesihatan telah dikembangkan fungsinya dan boleh termasuk perubatan dalaman, pediatrik, penjagaan wanita, perancangan keluarga, farmasi, optometri, ujian makmal, dan banyak lagi. Dalam negara-negara yang mempunyai penjagaan kesihatan sejagat, kebanyakan penduduk menggunakan pusat-pusat kesihatan, manakala dalam negara tanpa yang sedemikian, pelanggan-pelanggan termasuk yang tidak mempunyai atau kekurangan perlindungan insurans, berpendapatan rendah atau yang tinggal di kawasan di mana akses kepada penjagaan kesihatan utama adalah terhad.[perlu rujukan]