[go: up one dir, main page]

Puntland (bahasa Somali: Puntlaand; Arab: أرض البنط) ialah suatu kawasan di bahagian timur laut Somalia yang ditetapkan sebagai wilayah autonomi oleh pemerintah setempat pada tahun 1998. Usaha ini diyakini sebagai suatu langkah untuk mengubah bentuk pemerintahan Somalia menjadi republik persekutuan. Nama "Puntland" diambil dari Tanah Punt, kini mencakupi wilayah Somalia, yang berasal dari narasumber pada zaman Mesir Purba.

أرض البنط
Bendera Abdirabi Ali hosh
Jata Abdirabi Ali hosh
Bendera Jata
Ibu negaramogadishu
Bandar terbesarBosaso (ibu negeri komersil)
Bahasa rasmiSomali dan Arab
Pemerintahan
• Presiden
abdirabi Mohamud Farole
• Naib Presiden
Abdisamad Ali Shire
Autonomi 
Dalam Somalia
• Diisytiharkan
1998
• Kedaulatan
Tidak diakui
Keluasan
• Jumlah
212,510 km2 (82,050 bt2)
Populasi
• Perkiraan 2009
3,900,000[1]
18/km2 (46.6/sq mi)
Mata wangShilling Somali
(SOS)
Zon waktuUTC+3 (EAT)
Kod panggilan252 (Somalia)
DPT internet.so

Sejarah

sunting

Penguasa Puntland menganggap wilayahnya sebagai daerah autonomi di bawah naungan Somalia. Pada 1969 tatkala pemerintah Somalia digulingkan melalui sebuah rampasan kuasa, peperangan dan kerusuhan muncul. Setelah kaum komunis mengambil alih kekuasaan di Ethiopia, Uni Soviet mengubah dukungannya dari Somalia ke Ethiopia. Tanpa dukungan Soviet, Somalia berpaling kepada Amerika Serikat yang memperbolehkan Siad Barre yang menyatakan dirinya (self-proclaimed) sebagai presiden untuk tetap berkuasa hingga berakhirnya Perang Dingin pada 1991. Semenjak runtuhnya Uni Soviet, AS tidak lagi mendukung pemerintah Somalia, dan Barre akhirnya lengser.

Somalia kemudian tidak memiliki pemerintahan yang kuat, ditambah lagi dengan perang berkepanjangan yang memorak-porandakan bagian selatan Somalia. Rangkaian peristiwa tersebut memicu terbentuknya Somaliland pada 1991; republik sempalan Somalia itu pernah merdeka hanya beberapa hari pada 1960. Anarki yang terus-menerus melanda Somalia mendorong Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu mengirim pasukan perdamaiannya ke sana. Pada Maret 1995, AS menarik prajurit-prajuritnya setelah beberapa prajurit AS ditembak dan dibantai.

Somalia yang masih bergejolak (bertelagah) kembali akibat kehilangan kekuasaan terhadap wilayah kedaulatannya pada tahun 1998 ketika waktu Puntland dinyatakan sebagai salah satu daerah autonomi oleh Abdullahi Yusuf (timbalan presiden Front Demokratik Keselamatan Somali). Misi utama Puntland ialah menjadi negara berbentuk konfederasi klan. Sejak 1998, daerah Sool dan Sanaag dipersengketakan oleh Puntland dan Somaliland.

Lain halnya dengan Somaliland, Puntland tidak menginginkan pengiktirafan antarabangsa sebagai negara berdaulat, melainkan ingin menjadi suatu divisi persekutuan di bawah naungan Somalia bersatu yang berbentuk republik persekutuan.

Gejolak politik mulai muncul di Puntland pada 2001 ketika Presiden Ahmed ingin memanjangkan tempoh jawatannya. Ahmed dan Jama Ali Jama saling merebut kawalan kekuasaan negara, di mana Ahmed memenanginya pada tahun 2002. Ahmed menjawat jawatannya sebagai presiden hingga Oktober 2004 ketika dia kalah pada pemilihan presiden di tingkat parlimen, yang memilih Jeneral Mohamud Muse Hersi "Adde". Pada Disember 2004, wilayah Puntland rosak teruk akibat gempa bumi 26 Disember 2004. Komuniti antarabangsa dituduh mengabaikan Puntland dan wilayah Afrika yang lain dalam hal pemberian bantuan. Pada April 2024. Puntland mengumumkan bahawa ia akan beroperasi sebagai sebuah negara bebas dari segi fungsi di tengah-tengah pertikaian mengenai perubahan perlembagaan Somalia.

Geografi

sunting

Berikut adalah daerah di Somalia yang dikuasai oleh Puntland:

Rujukan

sunting

Pautan luar

sunting

Templat:Somalia