Poppy Mercury
Allahyarhamah Poppy Yusfidawaty (lahir di Bandung, 15 November 1972 – meninggal di Bandung, 28 Ogos 1995 pada umur 22 tahun), ialah seorang penyanyi rock wanita Indonesia yang berketurunan Sunda, Jawa, Belanda, Sweden dan juga berasal dari Bandung. Ia adalah anak ke-5 dari 7 adik beradik. Ia popular pada era 90an dengan lagu "Surat Undangan" dan "Antara Jakarta Dan Penang". Nama "Mercury" sendiri terinspirasi dari seorang penyanyi yang merupakan vokalis kumpulan muzik Queen, Freddie Mercury yang juga idolanya.
Poppy Mercury | |
---|---|
Nama lahir | Poppy Yusfidawaty |
Kelahiran | Bandung, Jawa Barat, Indonesia | 15 November 1972
Kediaman | Jawa Barat |
Meninggal dunia | 28 Ogos 1995 Bandung, Jawa Barat, Indonesia | (umur 22)
Pekerjaan | Penyanyi, Pelakon |
Tahun aktif | 1990-1995 |
Kerjaya muzik | |
Genre | |
Instrumen | Vokal |
Syarikat rakaman |
|
Ibu bapa | H. Kemal Johan Hj. Titi Supiyati |
Meninggal dunia
suntingPoppy meninggal dunia pada tarikh 28 Ogos 1995 di Rumah Sakit Hasan Sadikin Bandung akibat komplikasi Maag, bronchitis/radang tekak atau yang lebih dikenal dengan difteria serta Rematik yang dideritanya. Poppy show terakhir kalinya di acara Pekan Raya Padang, tepatnya tarikh 2 Ogos 1995. Sebenarnya keadaan kesihatan Poppy sebelum berangkat sudah menurun dan ia pun merancangkan membatalkan shownya, tetapi panitia meningkatkan akan banyak penonton yang kecewa jika Poppy tidak hadir. Akhirnya Poppy pun mengabulkan permintaan panitia demi profesional kerja dan rasa cintanya yang begitu besar kepada para penggemar.
Sebalik dari shownya, Poppy pun sempat membahagikan oleh-oleh yang dibelinya di Padang kepada keluarganya, tapi keesokan harinya keadaan kesihatan Poppy langsung menurun. Poppy tidak pernah mahu dibawa ke rumah sakit kerana dia lebih senang dirawat Doktor di rumah. Pada tarikh 25 Ogos 1995, kerana keadaannya makin memburuk, Poppy pun dilarikan ke Rumah Sakit Hasan Sadikin Bandung, dan pada hari Isnin 28 Ogos 1995 pukul 06.30 WIB Poppy pun menghembuskan nafasnya yang terakhir selepas sebelumnya sempat tak sedarkan diri. Allahyarhamah Poppy Mercury dikebumikan di TPU Sirna Raga Bandung.[1] Ia meninggal tak lama selepas kematian Nike Ardilla pada bulan Mac. Selepas Nike Ardilla meninggal, Deddy Dores ingin menjadikan Poppy sebagai penggantinya, sebagai penerus yang membawakan lagu-lagunya, tetapi baru satu lagu yang dinyanyikan keadaan Poppy sudah sangat parah walaupun doktornya menyarankan untuk berhenti sementara dari menyanyi. Pasca kematiannya, Poppy masih produktif mengeluarkan album dan single, meskipun lagunya masih lama, hanya berganti sampul saja.
Diskografi
sunting- Antara Jakarta Dan Penang (1991)
- Surat Undangan (1992)
- Terlambat Sudah (1993)
- Antara Kau Dia Dan Aku (1993)
- Biarkan Ku Pergi (1994)
- Hati Siapa Tak Luka (1995)
- Tak Mungkin Dipisahkan (1995)
- Bukan Aku Yang Kau Cinta (1995)
Single
sunting- Terlalu Pagi (1990)
- Fantasia Bulan Madu (ft. Saleem) (1991)
- Suci Dalam Debu (ft. Saleem) (1991)
- Ku Genggam Dunia (ft. Abiem Ngesti) (1992)
- Badai Asmara (1993)
- Tragedi Antara Kuala Lumpur Dan Penang (1994)
- Betapa Sayang Aku Padamu (1994)
- Mama Aku Ingin Pulang (1994)
- Satukanlah Hati Kami (1995)
- Air Mata Jadi Saksi (1995)
Anugerah dan Pencalonan
sunting- Pencalonan BASF Awards 1991- Album Antara Jakarta dan Penang
- HDX Awards 1992 - Album Surat Undangan (Sendiri Lagi) Kategori Album Terlaris
- HDX Awards 1992 - Album Surat Undangan, Kategori Album Terbaik
- BASF Awards 1993 - Single Badai Asmara, Kategori Penjualan Kaset Terlaris
- Lagu Favorit Video Musik Indonesia 1994 - Album Biarkan Ku Pergi
- HDX Awards 1994 - Album Biarkan Ku Pergi
- HDX Awards 1995 - Album Hati Siapa Tak Luka