Poliol
Poliol ialah sebatian kimia yang memiliki berbilang kumpulan berfungsi hidroksil. Sebatian yang memiliki dua kumpulan hidroksil dipanggil sebagai diol, triol bagi sebatian dengan tiga kumpulan hidroksil dan seterusnya.
Biasanya, istilah "poliol" tidak merujuk kepada sebatian-sebatian yang memiliki kumpulan berfungsi lain. Polimer selulosa sebagai contoh tidak kerap dikatakan sebagai sebuah poliol meskipun memiliki banyak kumpulan hidroksil.
Alkohol gula
suntingAlkohol gula, sejenis poliol biasanya dihasilkan melalui penghidrogenan molekul gula dan memiliki formula (CHOH)nH2, di mana n ialah 4 hingga 6.[1] Contoh-contoh alkohol gula ialah maltitol, sorbitol dan isomalt.
Kegunaan
suntingKimia polimer
suntingPolivinil alkohol memiliki formula kimia (CH2CHOH)nH2, di mana n boleh mencecah sehingga beberapa ribu.
Poliol bertindak balas dengan isosianat untuk menghasilkan poliuretana yang digunakan untuk menghasilkan tilam, gentian dan penebat haba.
Rujukan
sunting- ^ Hubert Schiweck, Albert Bär, Roland Vogel, Eugen Schwarz, Markwart Kunz, Cécile Dusautois, Alexandre Clement, Caterine Lefranc, Bernd Lüssem, Matthias Moser, Siegfried Peters (2012). "Sugar Alcohols". Weinheim: Wiley-VCH. doi:10.1002/14356007.a25_413.pub3. Cite journal requires
|journal=
(bantuan); Unknown parameter|encyclopedia=
ignored (bantuan)CS1 maint: uses authors parameter (link)
Pautan luar
sunting- Kategori berkenaan Poliol di Wikimedia Commons