[go: up one dir, main page]

Pesut

spesies mamalia

Pesut, empesut dan lumba-lumba empesut (nama saintifik: Orcaella brevirostris)[4]:34[5] ialah sejenis lumba-lumba yang hidup di perairan laut tropika dan subtropika, dan air tawar berdekatan pesisir laut, muara dan sungai Teluk Benggala dan Asia Tenggara.[6]:3

Pesut
Empesut di Kemboja
Perbandingan ukuran dengan manusia biasa
CITES Appendix I (CITES)[2]
Pengelasan saintifik e
Domain: Eukaryota
Alam: Animalia
Filum: Chordata
Kelas: Mammalia
Infraorder: Cetacea
Keluarga: Delphinidae
Genus: Orcaella
Spesies:
O. brevirostris
Nama binomial
Orcaella brevirostris
(Owen dlm Gray, 1866)[3]
  Taburan empesut pada 2017
Sinonim[3]
Senarai
  • Orca (Orcaella) brevirostris Owen dlm Gray, 1866 (basionym)
  • Orcaella brevirostris brevirostris Ellerman & Morrison-Scott, 1951
  • Orcaella brevirostris fluminalis Ellerman & Morrison-Scott, 1951
  • Orcaella fluminalis Gray, 1871
  • Orcella brevirostris Anderson, 1871
  • Orcella fluminalis Anderson, 1871
  • Phocaena (Orca) brevirostris Owen, 1866

Empesut merupakan haiwan yang dilindungi di bawah Ordinan Perlindungan Hidupan Liar 1998 undang-undang negeri Sarawak,[7] pemburuan haram pesut juga boleh dijatuhkan hukuman denda RM100,000 ataupun tujuh tahun penjara bawah Akta Perdagangan Antarabangsa Mengenai Spesies Terancam 2008 undang-undang persekutuan Malaysia.[8]:15, 91 Ia juga merupakan spesies "satwa yang dilindungi" di bawah undang-undang Indonesia.[9]

Penamaan

sunting

Nama pesut (Jawi: ڤسوت) dipakai di Sabah, Sarawak dan Kalimantan Timur;[4]:34[10][5]:1[11] ia datang daripada mendengarkan bunyi lumba-lumba ini menghembuskan udara daripada lubang hembusnya.[11]:1[12]:11

Ciri-ciri

sunting

Beratnya sekitar 90 hingga 200 kilogram dengan panjang dewasa purata berukuran 2.3 meter.[13][14] Ikan paling panjang ditemukan ialah seekor jantan berukuran 2.75 m (9.0 ka) yang ditangkap di Thailand.[6]:2 Badan lumba-lumba yang jantan lebih besar daripada lumba-lumba yang betina.[11]

Sirip-siripnya besar dan panjang dengan tepi yang melengkung.[15][6]:2

Kepalanya ada benjolan dahi yang besar dan tumpul. Benjolan ini memancarkan frekuensi bunyi yang tinggi sekitar 120 kHz untuk mencari arah dan objek sekelilingnya, memburu mangsa dan berkomunikasi dengan lumba-lumba lain.[11]:1 Sirip belakangnya pendek, tumpul dan berbentuk tiga segi yang terletak dekat punggungnya.[14] Lubang hembusnya senget sedikit ke sebelah kiri kepalanya.[6]:2

Jantung empesut terdiri daripada 4 ruang seperti manusia. Ruang atas dikenali sebagai atrium, sementara ruang bawah dikenali sebagai ventrikel.

Seekor empesut berenang dari hulu ke hilir sungai dan berpusing balik ke hulu sungai sebanyak beberapa kali dalam sehari.[11]:2

Tabiat

sunting

Pemakanan

sunting

Empesut mencari makan di muara dan anak sungai yang ada banyak ikan dapat ditangkap.[11]:2 Terdapat beberapa kawanan empesut jinak yang berkeliaran dekat muara-muara sungai Temburong dan Aloh Besar di Teluk Brunei untuk menantikan bot-bot nelayan yang menangkap ikan pada bulan Disember hingga Februari.[12]:6

Pembiakan

sunting

Sebagai mamalia, empesut berdarah panas, melahirkan anak, menjaga anak, dan mempunyai bulu di badan. Empesut akan menjaga anaknya sehingga mampu berdikari.

Hubungan dengan manusia

sunting

Kebanyakan masyarakat tidak memakan empesut kecuali sebahagian masyarakat pinggir sungai di Sarawak dan Kemboja.

Rujukan

sunting
  1. ^ Minton, G.; Smith, B.D.; Braulik, G.T.; Kreb, D.; Sutaria, D.; Reeves, R. (2017). "Orcaella brevirostris". Senarai Merah Spesies Terancam IUCN. 2017: e.T15419A123790805. doi:10.2305/IUCN.UK.2017-3.RLTS.T15419A50367860.en. Check |doi= value (bantuan). Dicapai pada 30 November 2022. Unknown parameter |errata= ignored (bantuan){{cite iucn}}: error: malformed |doi= identifier (help)
  2. ^ "Appendices". CITES. Dicapai pada 30 November 2022.
  3. ^ a b Perrin, W. (2010). "Orcaella brevirostris (Owen in Gray, 1866)". Pangkalan data dunia Cetacea. World Register of Marine Species. Dicapai pada 30 November 2022. Unknown parameter |editors= ignored (bantuan)
  4. ^ a b Ekosistem-Ekosistem Di Sabah (PDF). Jabatan Hidupan Liar Sabah. 2003. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 11 November 2011. Dicapai pada 10 Januari 2013.
  5. ^ a b Bali, J.; Jaaman, S.A.; Saleh, E.; Keripin Munsang, T.; Tisen, O.B.; Ganyai, T. (Jun 2017). "Distribution, abundance and density of Irrawaddy dolphin (Orcaella brevirostris) in Rajang River Of Sarawak, East Malaysia". Malaysian Applied Biology. 46 (2): 105-114. ISSN 0126-8643.
  6. ^ a b c d Stacey, P. J.; Arnold, P. W. (1999). "Orcaella brevirostris". Mammalian Species (616): 1–8. doi:10.2307/3504387. JSTOR 3504387.
  7. ^ Wild Life Protection Ordinance 1998 (PDF). 26. Kuching, Sarawak, Malaysia: Perbadanan Perhutanan Sarawak. 1998. m/s. 26.
  8. ^ Akta Perdagangan Antarabangsa Mengenai Spesies Terancam 2008 (PDF). Kuala Lumpur, Malaysia: Kerajaan Persekutuan Malaysia. 2008.
  9. ^ Peraturan Menteri Lingkungan Hidup dan Kehutanan Nomor P.106/Menlhk/Setjen/Kum.1/12/2018 tentang Perubahan Kedua Atas Peraturan Menteri Lingkungan Hidup dan Kehutanan Nomor P.20/Menlhk/Setjen/Kum.1/6/2018 tentang Jenis Tumbuhan dan Satwa Yang Dilindungi (PDF). Kementerian Lingkungan Hidup dan Kehutanan Republik Indonesia. 28 Disember 2018. m/s. 6.
  10. ^ "Orcaella brevirostris". Sistem Maklumat Biokepelbagaian Malaysia. Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Malaysia. Dicapai pada 1 Disember 2022.
  11. ^ a b c d e f Pengenalan Satwa Langka (PDF). Samarinda, Kalimantan Timur, Indonesia: Yayasan Konservasi RASI. 2020.
  12. ^ a b Nurlisa Azizul; Saifullah Arifin Jaaman; Farah Dayana Haji Ismail; Azmi Marzuki Muda; Xuelei Zhang; Hairul Masrini Muhamad; Mohammad Vol Momin; Bohari Abdullah (2022). "Water Surface Behaviour of Irrawaddy Dolphin Orcaella brevirostris (Owen in Gray, 1866) and Influencing Factors in the Bay of Brunei, Brunei Darussalam". Journal of Marine Science and Engineering. 10 (11): 1711. doi:10.3390/jmse10111711.
  13. ^ Long, B. "Irrawaddy Dolphin". Tabung Alam Sedunia. Dicapai pada 11 Mac 2023.
  14. ^ a b Lovgren, Stefan (5 April 2019). "Cambodia's endangered river dolphins at highest population in 20 years". National Geographic. Dicapai pada 11 Mac 2023.
  15. ^ "Irrawaddy dolphin - Orcaella brevirostris". Spatial Ecological Analysis of Megavertebrate Populations. Sistem Maklumat Biokepelbagaian Lautan, Makmal Ekologi Ruang Bumi Lautan Geospatial Universiti Duke. 2023. Dicapai pada 11 Mac 2023.

Pautan luar

sunting