Perancis Vichy
Perancis Vichy ([vi.syi] (nama rasminya dalam Perancis: l'État français [lé.ta fran.séz], "Negara Perancis") ialah badan negara Perancis semasa pemerintahan Marsyal Philippe Pétain, sewaktu Perang Dunia Kedua, dari kemenangan Jerman dalam Pertempuran Perancis (Julai 1940) sehingga pembebasan oleh pihak Berikat pada Ogos 1944. Pentadbiran negara ini dipindahkan dari Paris ke Vichy semasa tempoh pemerintahan ini. Selepas kekalahan pada Jun 1940, Presiden Albert Lebrun melantik Marsyal Pétain sebagai Perdana Menteri Perancis. Selepas berdamai dengan Jerman, Pétain dan kerajaannya mengundi bagi menyusun semula Republik Ketiga yang dianggap "tercemar" menjadi sebuah rejim yang berkencenderungan autoritarian.
Negara Perancis Rejim Vichy l'État français | |||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
1940–1944 | |||||||||
| |||||||||
Cogan kata: "Travail, Famille, Patrie" "Kerja, Keluarga, Tanahair" | |||||||||
Lagu kebangsaan: La Marseillaise Lagu Marseille (rasmi) Maréchal, nous voilà! Marsyal, kami disini! (tidak rasmi) | |||||||||
Status | Negara naungan Jerman Nazi (1940–42) Negara boneka Jerman Nazi (1942–44) | ||||||||
Ibu negara | Vichy (de facto) Parisa (de jure) | ||||||||
Bahasa yang umum digunakan | Bahasa Perancis | ||||||||
Agama | Gereja Katolik Rom | ||||||||
Kerajaan | Negara autoritarianb | ||||||||
Ketua Negara | |||||||||
• 1940–1944 | Philippe Pétain | ||||||||
Pengerusi Jemaah Menteri | |||||||||
• 1940–1942 | Philippe Pétain | ||||||||
• 1942–1944 | Pierre Laval | ||||||||
Badan perundangan | Perhimpunan Kebangsaan | ||||||||
Era Sejarah | Perang Dunia Kedua | ||||||||
22 Jun 1940 | |||||||||
• Pétain diberi kuasa penuh | 10 Julai 1940 | ||||||||
• Perancis Selatan dijajah | 11 November 1942 | ||||||||
25 Ogos 1944 | |||||||||
Jun – November 1944 | |||||||||
• Penaklukan Sigmaringen | 22 April 1945 | ||||||||
Mata wang | Franc Perancis | ||||||||
Kod ISO 3166 | FR | ||||||||
| |||||||||
|
Negera Perancis yang baru ditubuhkan mengekalkan kedaulatan nominal ke atas seluruh wilayah Perancis seperti yang ditakrifkan oleh Peletakan Senjata Kedua di Compiègne. Bagaimanapun, Vichy mengekalkan kedaulatan penuh hanya di selatan Zon libre ("zon bebas") yang tidak dijajah, sementara mengekalkan kuasa yang terhad di zon utara yang diduduki kuasa Wehrmacht, iaitu Zon occupée ("zon diduduki"). Penjajahan adalah keadaan sementara ketika menanti tamatnya perang di barat, yang mana akan muncul kelak. Pada bulan November 1942, bagaimanapun, Zon libre juga diduduki, dengan pihak Jerman menyelia rapat semua pegawai Perancis.
Marsyal Pétain bekerjasama dengan tentera pendudukan Jerman sebagai pertukaran untuk perjanjian tidak membahagikan Perancis antara kuasa-kuasa Paksi. Jerman menyimpan dua juta anggota tentera Perancis di Jerman sebagai buruh paksa bagi menguatkuasakan perjanjiannya. Pihak berkuasa Vichy membantu dalam menghimpunkan orang-orang Yahudi dan orang lain yang "tidak diingini". Pada masa jajahan Vichy angkatan tentera Perancis aktif menentang pihak Bersekutu. Kebanyakan orang awam Perancis pada awalnya menyokong kerajaan baru walaupun dasar-dasar pro-Nazi, sering melihatnya sebagai perlu untuk mengekalkan tahap autonomi Perancis dan keutuhan wilayah.
Kesahihan Vichy Perancis dan kepimpinan Pétain sentiasa dicabar oleh Jeneral buangan Charles de Gaulle, yang berpangkalan di London, yang mendakwa mewakili kesahihan dan kesinambungan negara Perancis. Negara-negara jajahan Perancis di luar negara pada asalnya di bawah kawalan Vichy, tetapi ia kehilangan satu demi satu kepada pergerakan Perancis Bebas pimpinan de Gaulle. Pendapat awam berpaling menentang rejim Vichy dan tentera pendudukan Jerman terpaksa bekerja lebih masa dan tentangan untuk mereka meningkat. Selepas serangan Bersekutu keatas Perancis pada Jun 1944, de Gaulle mengisytiharkan Kerajaan Sementara Republik Perancis (GPRF).
Selepas pembebasan Perancis pada musim panas 1944, kebanyakan pemimpin rejim Vichy melarikan diri atau telah dibicarakan oleh GPRF dan sebilangan telah dibunuh kerana pengkhianatan. Beribu-ribu tali barut telah dibunuh tanpa perbicaraan oleh pasukan pemberontak tempatan. Pétain dijatuhi hukuman mati kerana mengkhianat, tetapi hukumannya diringankan kepada penjara seumur hidup. Hanya empat orang pegawai kanan Vichy telah dibicarakan kerana jenayah terhadap kemanusiaan, walaupun ramai lagi telah mengambil bahagian dalam pengusiran orang-orang Yahudi untuk dihapuskan di kem-kem tahanan, penderaan tahanan dan bertindak keras terhadap anggota Pemberontak. Ia adalah satu-satunya kerajaan Perancis yang berperang hingga kemampuan terakhirnya sebelum menyerahkalah seperti semua Republik yang lain dan membuktikan penyerahan diri semua rakyat Perancis kerana ada yang memilih untuk melawan dan menyerah selepas berjuang.
Lihat juga
suntingPautan luar
suntingWikimedia Commons mempunyai media berkaitan Perancis Vichy |
- Simon Kitson's Vichy web-page
- Original "Establishment of the Vichy government" constitutional act
- Map of the "free" and "occupied" French zones Diarkibkan 2005-04-13 di Wayback Machine
- National Geographic coverage of the armistice Diarkibkan 2007-09-27 di Wayback Machine (Perancis)
- Obituary of a Republic Diarkibkan 2013-07-21 di Wayback Machine Time Magazine, 22 July 1940
- Vica Nazi Propaganda Comics – Duke University Libraries Digital Collections—Pro-Nazi comics produced in Vichy France
- NAZI diplomacy: Vichy, 1940
- The Holocaust in France, at Yad Vashem website
- Liberty, Equality, Fraternity, But Not for All: France and the "Alien" Jews, 1933–1942