Pertempuran Guadalete
Pertempuran Guadalete berlangsung pada tahun 711 atau 712 di tempat yang belum dapat dipastikan. Tentera Kristian Visigoth dari Hispania di bawah Raja Roderic, bertempur dengan sepasukan penyerang Arab dan Berber Islam yang dipimpin oleh Tariq ibn Ziyad. Pertempuran ini penting sebagai kemuncak siri serangan Arab-Berber dan sebagai titik permulaan penalukan Hispania oleh Islam. Besar kemungkingan Roderic dan pembesar-pembesar Visigoth yang lain maut di dalam pertempuran ini, sekaligus membuka jalan kepada penaklukan ibu negeri Visigoth, Toledo.
Pertempuran Guadalete | |||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|
Sebahagian daripada Penaklukan Islam | |||||||
Pengunduran Goth di hadapan pasukan berkuda Berber, gambaran Salvador Martínez Cubells (1845–1914) | |||||||
| |||||||
Pihak yang terlibat | |||||||
Kristian Kerajaan Visigoth |
Islam Kekhalifahan Umayyah (Arab and Berber, kemungkinan bersama Yahudi Iberia) | ||||||
Komandan dan pemimpin | |||||||
Roderic † | Tariq ibn Ziyad | ||||||
Kekuatan | |||||||
~2,500 (Collins) 100,000 (Sumber Islam) |
~1,900 (Collins) 187,000 (Sumber Kristian) | ||||||
Kerugian dan korban | |||||||
Tidak diketahui, termasuk ramai pembesar dan raja | Tidak diketahui |
Pertempuran Guadalete juga dikenali sebagai Pertempuran La Janda, Pertempuran Rio Barbate, atau Pertempuran Tanjung tinggi "Transductine" (Transductine Promontories).
Sumber
suntingSumber primer berkenaan pertempuran ialah Babad Mozarabic, yang ditulis sejurus selepas tahun 754, berkemungkinan besar di kawasan sekitar Toledo.[1] Babad dalam bahasa Latin ditulis seorang Kristian Mozarab. Hanya terdapat satu lagi sumber bahasa Latin yang ditulis dalam jangkamasa seabad peristiwa tersebut, yakni Historia Langobardorum karya Paul the Deacon.[2] Paul bukan orang Visigoth mahupun Hispanic [Sepanyol], tetapi berkemungkinan besar menulis di Montecassino, dalam waktu di antara tahun 787 and 796, di mana ramai rahib Visigoth berlindung. Beberapa sumber Kristian Latin terkemudian mengandungi kisah-kisah perihalan pertempuran yang kadang-kalanya diguna para ahli sejarah. Kisah-kisah Zaman Pertengahan tinggi, seperti yang dikarya Lucas de Tuy, mengandungi banyak legenda dan rekaan, dan secara amnya dianggap sebagai tidak boleh dipercayai.
Selain sumber-sumber Kristian Latin terdapat juga beberapa kisah dalam bahasa Arab yang diguna oleh para ahli sejarah. Tiada daripada kisah-kisah tersebut yang ditulis awal dari abad ke-9, dan yang terawal, Futuh Miṣr karya Ibn Abd Al-Ḥakim (c. 803–71), dihasilkan di Mesir.[3] Kisah ini, yang lebih terperinci daripada Babad Mozarabic, bercanggah bukan sahaja dengan penulisan sejarah terkemudian Latin, malah juga bercanggah dengan penulisan terkemudian Arab: penyusunan tanpa nama Akhbar Majmu'ah, karya akhir abad ke-10 oleh Ibn Al-Qutiyya ("keturunan Goth"), penulisan ahli sejarah abad ke-11, Ibn Hayyan, karya Ibnu Al-Athir yang dihasilkan dalam abad ke-13 Sejarah Lengkap, karya sejarah abad ke-14 Ibn Khaldun, atau karya moden awal Al-Maqqari.[4] Akhbar Majmu'ah khususnya dikira oleh Claudio Sánchez-Albornoz sebagai sebuah karya abad ke-8 yang kekal hanya di dalam salinan abad-abad terkemudian, namun pendirian ini kini dipertikai.[5] Ahli Orientalis Perancis Evariste Levi-Provencal pula berpendirian bahawa Ibnu Hayyan ialah ahli sejarah (dan pertempuran itu) yang teragung dalam zaman itu. Di kalangan ahli sejarah Anglo-Amerika, Roger Collins, R. A. Fletcher, E. A. Thompson, dan Kenneth Baxter Wolf berasa sangsi terhadap sumber-sumber Arab dan lebih bersandar di atas Babad Mozarabic. Ahli sejarah lain seperti Thomas F. Glick dan Bernard S. Bachrach kurang sangsi. Bolehlah disimpulkan bahawa para ahli sjarah masih memperdebatkan kesahihan dan kebolehgunaan sumber-sumber sejarah daripada pihak Kristian dan Islam.[6]
Latar belakang
suntingPertempuran Guadalete bukan serangan terpencil Arab tetapi susulan beberapa siri serangan yang melintangi selat dari Afrika yang menyebabkan penjarahan beberapa bandar di selatan Iberia. Berkemungkinan angkatan Arab dan Berber cuba menguasai semenanjung itu melalui jalan laut semenjak penaklukan Tangiers dalam tahun 705–6. Sumber-sumber Arab dan Kristian menyatakan bahawa terdapat serangan yang lebih awal yang dilakukan Tarif dalam tahun 710. Satu sumber yang merupakan resensi Babab merujuk kepada serangan Arab dalam zaman pemerintahan seorang raja bergelar Wamba (672–80). Berkemungkinan juga terdapatnya dua bala tentera yang agak besar di selatan semenanjung sebelum terjadinya pertempuran muktamad ini.[7] Ketumbukan-ketumbukan ini diketuai Tariq ibn Ziyad dan panglima lain, di bawah pemerintahan Musa ibn Nusayr.[8] Kebanyakan kisah-kisah Arab sependapat bahawa Tariq seorang Berber yang juga seorang maula (abdi yang dibebaskan) Musa, walaupun terdapat sumber-sumber bukan Arab yang menyatakan Tariq mungkin seorang daripada bangsa lain, yakni Goth,[9], Yahudi [10] atau Parsi.[11]
Mengikut kesemua sumber, Tariq bertolak dari Ceuta (Septem) dan mendarat di Batu Calpe, kini Gibraltar — nama terbitan daripada panggilan Arab yang menggelar tempat itu sebagai Jebel Tariq atau "Batu Tariq".[12] Satu legenda yang dicatat Al-Idrisi menyatakan Tariq telah membakar kesemua kapalnya selepas mendarat. Dari Gibraltar beliau bergerak untuk menakluk wilayah Algeciras dan kemudiannya mengikut jalan Rom menuju ke Seville.[13] Mengikut Ibnu Abd Al-Ḥakim yang menulis dalam sekitar tahun 860, Tariq, panglima garison Arab-Berber di Tangiers, menyeberangi Selat Gibraltar dengan kapal-kapal yang disediakan seorang bernama Count Julian dari Cueta (bahasa Arab, Ilyan), pembesar Cueta dan Algeciras, dan mendarat berdekatan Cartagena, yang ditakluknya dan dijadikan markas.[14]
Mengikut Babad Mozarabic, Musa menyeberangi Gaditanum fretum (selat Cádiz) dengan sepasukan besar dalam tahun 711[15] dan berada di Hispania selama lima belas bulan tetapi sumber-sumber tidak menjelaskan sama ada beliau tiba sebelum atau selepas pertempuran Guadalete, yang dijuangkan oleh angkatan tentera di bawah pemerintahan pegawai-pegawai bawahannya. Semenanjung Iberia sedang dilanda peperangan saudara semasa kehadiran Musa di semenajung itu.[16]
Al-Maqqari pula mengisahkan bahawa Roderic sedang berperang dengan orang Basque apabila dia dipanggil pulang ke selatan untuk menangani serangan.[17] Terdapat juga sebuah rekod tentang serangan Byzantine ke atas selatan Iberia yang telah dipatahkan Theudimer beberapa tahun sebelum kejatuhan kerajaan Visigoth. Ini membawa kepada teori bahawa serangan Arab-Berber mungkin berkaitan dengan serangan Byzantine dan berkemungkinan pada asalnya orang Arab merupakan sekutu Byzantine yang sedang berusaha menakluk kembali wilayah yang telah jatuh, yakni wilayah Spania.[18]
Penulis karya Asturia terkemudian, Chronica Prophetica (883) memberi tarikh serangan pertama ke atas Sepanyol sebagai "Idse November dalam tahun 752 era Sepanyol", yakni, pada 11 November 714.[19] Dia juga mengenal pasti dua serangan, yang pertama oleh seorang bernama Abu Zubra dan yang kedua, satu tahun kemudian, oleh Tariq; berkemungkinan besar dia membahagikan watak sejarah seperti Tariq ibn Zaid kepada dua orang.
Notes
sunting- ^ Roger Collins (1989), The Arab Conquest of Spain, 710–97 (London: Blackwell Publishing), 26–27, argues for its Toledan provenance, but others have suggested Córdoba or even Syria. A full study of the Mozarabic Chronicle is given in Carmen Cardelle de Hartmann (1999), "The Textual Transmission of the Mozarabic Chronicle of 754", Early Medieval Europe, 8 (1), 13–29.
- ^ Paul, VI.xlvi Diarkibkan 2008-05-17 di Wayback Machine, only adds the fact that the "Saracens" came to Hispania from Ceuta.
- ^ Charles Cutler Torrey, trans. (1922), The History of the Conquest of Egypt, North Africa and Spain: Known as the Futūh Miṣr of Ibn ʻAbd al-Ḥakam (Yale University Press); also John Harris Jones, trans. (1858), History of the Conquest of Spain (Göttingen: W. Fr. Kaestner), pp. 18-22 excerpted at Ibn Abd-el-Hakem: The Islamic Conquest of Spain from Medieval Sourcebook.
- ^ For an assessment of the value of these sources for the period of the conquest of Gothic Hispania, see Collins (1989), 1–5.
- ^ Collins (1989), 3.
- ^ Collins (1989), 2 note 3 and 3 note 5 summarises some debate concerning the Arab sources.
- ^ Collins (2004), 139.
- ^ "Taric Abuzara" and "others" come from the Chronicle of 754, see Collins (1989), 30. Ṭāriq, which means "chief", is considered an etymological invention by Joaquín Vallvé (1989), "Nuevas ideas sobre la conquista árabe de España: Toponimia y onomástica", Al-Qantara, 10:1, 51–150. For the others that accompanied Ṭāriq—Abdelmelic, Alcama, and Mugheith— see Dykes Shaw (1906), "The Fall of the Visigothic Power in Spain", The English Historical Review, 21:82 (April), 222.
- ^ Ignacio Olagüe (2004 [1974]), La Revolución islámica en occidente (Editorial Plurabelle), 274–75. On this view, Ṭāriq was a Christian (initially). A response to Olagüe can be found in Dolores Bramon (2001), "Dispatares sobre el Islam en España", WebIslam, Opinión, No. 117.
- ^ Norman Roth (1976), "The Jews and the Muslim Conquest of Spain," Jewish Social Studies, 38 (2), 146–148.
- ^ Georges Bohas, "Tariq ibn Ziyad," Encyclopædia Universalis, accessed 18 October 2009.
- ^ E. A. Thompson (1969), The Goths in Spain (Oxford: Clarendon Press), 250–51.
- ^ Thomas F. Glick (1979), Islamic and Christian Spain in the Early Middle Ages: Comparative Perspectives on Social and Cultural Formation (Princeton: Princeton University Press), 32. Ṭāriq landed on 28 April 711.
- ^ Collins (2004), 134.
- ^ In The Buildings of Justinian of Procopius the term Gaditanum fretum is synonymous with Straits of Gibraltar and need not imply that Mūsā landed at Cádiz (ancient Gades) itself.
- ^ Later Arabic sources state that Mūsā only went to Hispania after news of Ṭāriq's success reached him. He flogged his subordinate in front of his soldiers and then the two together completed the conquest of the peninsula before Mūsā was recalled by the Caliph to Damascus, a fact confirmed by the Mozarabic Chronicle. Mūsā took with him Ṭāriq and many Visigothic prisoners from the taking of Toledo (Collins [1989], 29–31).
- ^ Roger Collins (1986), The Basques (Londong: Blackwell Publishing), 97. The most specific accounts place Roderic in the vicinity of Pamplona (Shaw, 223).
- ^ Bernard S. Bachrach (1973), "A Reassessment of Visigothic Jewish Policy, 589–711", The American Historical Review, 78:1 (February), 32. This theory is predicated on a certain understanding of the identity of the mysterious Count Julian (see "Legend" below). Thompson, 250, is explicit that nothing is known of the context of these Byzantine raids.
- ^ Kenneth Baxter Wolf, ed. (2008). Chronica Prophetica. Medieval Texts in Translation.