Pembunuhan Zong
Lebih 130 orang hamba abdi Afrika dibunuh anak-anak kapal hamba Zong semasa pelayaran kapal ini pada 29 November 1781 dan hari-hari berikutnya.[a] Kapal ini dimiliki suatu sindiket dagang hamba Gregson yang berpusat di Liverpool, England.
Para pemilik kapal ini dibicarakan di mana ia mendapat perhatian aktivis dan bekas hamba Olaudah Equiano di mana beliau turut memberitahu rakan seperjuangannya Granville Sharp. Sharp berusaha mendakwa anak-anak kapal itu atas tuduhan membunuh sehinggakan ada pertikaian undang-undang; pertikaian ini dilaporkan luas tersebar luas kepada orang ramai mendorong abolisionisme di United Kingdom pada akhir abad ke-18 dan awal abad ke-19; peristiwa pembunuhan ini turut dijadikan tumpuan sebagai simbol kekejaman perdagangan hamba abdi yang dibawa merentasi lautan Atlantik ke Dunia Baru.[2]
Latar belakang
suntingKapal
suntingZong pada asalnya diberi nama Zorg ("Kasih" dalam bahasa Belanda) dan dikendalikan syarikat Middelburgsche Commercie Compagnie di Middelburg, Belanda. Ia membuat suatu pelayaran menghantarkan hamba abdi ke jajahan Surinam Belanda di utara benua Amerika Selatan pada tahun 1777.[3]
Kapal ini dibeli pemilik William pada awal Mac 1781 bagi pihak suatu sindiket saudagar yang bertapak di Liverpool[4] terdiri daripada Edward Wilson, George Case, James Aspinall serta adik-beradik William, James dan John Gregson;[5] William Gregson bertanggungjawab terhadap 50 perdagangan hamba antara 1747 dan 1780, William juga merupakan datuk bandar Liverpool pada tahun 1762.[6]
Susur kejadian
suntingPelabuhan
suntingZong Malah, kapal ini hanya mempunyai 17 orang anak kapal - kesemuanya dikumpulkan dari kapal-kapal sebelumnya serta kelasi upahan dari petempatan sepanjang pesisiran benua[7] - yang dikira terlalu kurang untuk menampung keadaan yang serba lengkap dalam kapal;[8]
Kapal Zong berlepas dari Accra pada 18 Ogos 1781 menampung sebanyak 442 orang hamba abdi, dua kali tampungan yang mampu dibawa dengan selamat mengikut peraturan pelayaran.[7] Ia singgah seketika di pulau São Tomé untuk mendapatkan bekalan air segar sebelum meneruskan pelayaran langsung ke Jamaica on 6 September. Kapal ini dilaporkan menghampiri Tobago pada 18 atau 19 November namun tidak berhenti mendapatkan bekalan air di sana.[9]
Pelayaran: pembunuhan
suntingPada 27 or 28 November, pulau Jamaica dilihat anak kapal dari sejauh 27 batu nautika (50 km; 31 bt) namun silap dikenalpasti sebagai jajahan Saint-Domingue milik Perancis di Hispaniola.[10][11] Kesilapan ini hanya dapat disedari apabila kapal tersebut sudah berlayar sejauh 300 batu (480 km) lindung angin pulau Jamaica,[10] sebanyak kira-kira 62 orang hamba serta beberapa kelasi telah dicatat terkorban akibat kesesakan, kekurangan gizi, kemalangan dan penyakit.[12]
Pendaratan
suntingKapal ini tiba di Black River, Jamaica pada 22 Disember 1781 dengan seramai 208 orang hamba abdi yang tinggal atau kurang setengah tampungan yang kekal di kapal.[13] Hamba-hamba ini dijual pada Januari 1782[14] dengan harga purata sebanyak £36 seorang.[15]
Pembicaraan
suntingNota
suntingRujukan
sunting- ^ Lewis 2007; p. 364.
- ^ "The Zong case study", Understanding Slavery Initiative website, 2011.
- ^ Webster 2007, p. 288.
- ^ Lewis 2007, p. 360.
- ^ Walvin 2011, p. 217.
- ^ Lewis 2007, p. 358.
- ^ a b Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernamaLewis361
- ^ Krikler 2012, p. 411.
- ^ Lewis 2007, pp. 362–363.
- ^ a b Lewis 2007, p. 363.
- ^ Walvin 2011, p. 92.
- ^ Walvin 2011, pp. 89, 97.
- ^ Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernamaLewis364
- ^ Burnard 2019, p. 3
- ^ Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernamaLewis365
- Sumber utama
- Burnard, Trevor (2019). "A New Look at the Zong Case of 1783". XVII-XVIII. 76 (1).
- Krikler, Jeremy (2012). "A Chain of Murder in the Slave Trade: A Wider Context of the Zong Massacre". International Review of Social History. 57 (3): 393–415. doi:10.1017/S0020859012000491.
- Lewis, Andrew (2007). "Martin Dockray and the Zong: A Tribute in the Form of a Chronology". Journal of Legal History. 28 (3): 357–370. doi:10.1080/01440360701698551. S2CID 144811837.
- Walvin, James (2011). The Zong: A Massacre, the Law and the End of Slavery. New Haven & London: Yale University Press. ISBN 978-0-300-12555-9.
- Webster, Jane (2007). "The Zong in the Context of the Eighteenth-Century Slave Trade". Journal of Legal History. 28 (3): 285–298. doi:10.1080/01440360701698403. S2CID 144216755.