[go: up one dir, main page]

Pembunuhan, seperti yang ditakrif dalam undang-undang common law, ialah membunuh manusia lain dengan niat, dan pada amnya kewarasan fikiran membezakan antara pembunuhan daripada bentuk homisid yang lain yang salah di sisi undang-undang. Dalam setiap jurisdiksi, sama ada lama atau moden, pembunuhan dianggap sebagai jenayah serius yang akan dikenakan hukuman yang berat. Selain itu, pembunuhan juga boleh ditakrifkan sebagai suatu tindakan untuk menghilangkan nyawa seseorang dengan cara yang menyalahi undang-undang mahupun tidak.

Gambaran Daniel Sickles, seorang jeneral tentera, menembak bunuh Philip Barton Key II, seorang peguam di Washington D.C menurut laporan majalah Harper's Weekly pada 12 Mac 1859.
Undang-undang jenayah
Sebahagian daripada siri common law
Unsur-unsur jenayah
Actus reus  · Penyebaban  · Persetujuan
Mens rea  · Niat (jenayah)
Niat dlm undang² Inggeris  · Kesemberonoan
Kebutaan sengaja  · Kecuaian jenayah
Ignorantia juris non excusat
Liabiliti vikarius  · Liabiliti korporat
Liabiliti ketat
Kelas jenayah
Feloni/Kesalahan boleh dakwa  · Hibrid
Misdemeanur/Kesalahan perbicaraan terus
Pelanggaran
Kesalahan terangkum yang lebih ringan
Jenayah terhadap orang
Serangan  · Serangan sentuh  · Rompakan
Penculikan  · Rogol
Kacau-bilau  · Pematian orang  · Pembunuhan
Jenayah terhadap harta
Kecurian  · Larseni  · Jenayah kebakaran
Penggelapan  · Dakwaan palsu
Pemerasan  · Pemalsuan  · Jenayah komputer
Jenayah terhadap keadilan
Halangan terhadap keadilan  · Sogokan
Sumpah bohong  · Kegagalan pelaporan feloni
Jenayah inkoat
Pendorongan  · Cubaan
Konspirasi  · Peserta
Subset
Prosedur jenayah
Kategori:Pembelaan jenayah
Bidang common law yang lain
Undang-undang: Kontrak · Tort  · Harta
Wasiat dan amanah  · Bukti

Pembunuhan biasanya berpunca daripada bermacam-macam motif, misalnya politik, cemburu, dendam, dengki membela diri, dan sebagainya.

Pembunuhan dapat dilakukan dengan pelbagai jenis cara. Yang paling umum adalah dengan menggunakan senjata api ataupun senjata yang tajam. Pembunuhan dapat juga dapat dilakukan dengan menggunakan bahan letupan, seperti bom.

Kata dasar bunuh بونوه‎ turunan kata akar Proto-Austronesia *buNuq₂ yang bererti "melemparkan...mengenakan" dengan alat seperti lembing.[1]

Jenis-jenis pembunuhan

sunting

Pembunuhan dibahagikan kepada 3 jenis pembunuhan, iaitu :

  • Membunuh dengan sengaja
  • Membunuh dengan separuh sengaja
  • Membunuh dengan tidak sengaja

Membunuh dengan sengaja

sunting
Membunuh dengan sengaja merupakan suatu pembunuhan yang telah dirancang dengan menggunakan peralatan yang biasanya mematikan. Dikatakan seseorang membunuh dengan sengaja apabila pembunuh tersebut :
  • Baligh (Dewasa).
  • Mempunyai niat/rancangan untuk membunuh.
  • menggunakan peralatan yang mematikan.

Pembunuhan dengan sengaja antara lain adalah dengan menikam mangsa, menembak dengan senjata api, memukul dengan objek keras, menggilis dengan kenderaan, mengalirkan arus elektrik ke anggota tubuh mangsa dan sebagainya.

Membunuh dengan tidak sengaja

sunting
Membunuh dengan tidak sengaja ialah pembunuhan disebabkan kesalahan atau keliru semata-mata, tanpa dirancang dan tanpa maksud sama sekali. Tamsilnya, seseorang melempar batu atau menembak burung, akan tetapi terkena seseorang dan kemudiannya seseorang itu meninggal dunia.

Dasar hukum larangan membunuh

sunting
Membunuh merupakan suatu perbuatan yang dilarang dalam agama Islam kerana Islam menghormati dan melindungi hak hidup setiap manusia. Allah berfirman dalam Surah Al-Israa’ :33 yang bermaksud
"Dan janganlah kamu membunuh nyawa yang diharamkan Allah (membunuhnya) melainkan dengan suatu alasan yang benar"
Dalam ajaran agama Katolik, larangan untuk membunuh ditemui dalam Sepuluh Rukun kelima, "Jangan Membunuh". Dalam Gereja Katolik, implikasi pembunuhan luas, termasuk juga larangan untuk membunuh kandungan (pengguguran), eutanasia, dan bunuh diri, kecuali pembunuhan disebabkan membela diri terhadap serangan orang lain. Dalam konteks yang lebih luas, perintah "jangan membunuh" ini diserukan untuk menghindari perang selama dimungkinkan untuk mencegah pertumpahan darah yang besar.[2]

Rujukan

sunting
  1. ^ Blust, Robert; Trussel, Stephen (2010). "*buNuq₂: throw at, hit with a projectile". Austronesian Comparative Dictionary. Max Planck Institute for Evolutionary Anthropology. Dicapai pada 25 November 2022.
  2. ^ Katekismus Gereja Katolik 2258-2230