Paleoarkean
Paleoarkean (dahulunya dikenali sebagai Arkean awal) ialah nama yang khusus untuk satu era geologi dalam eon Arkean. Nama itu berasal dari bahasa Yunani "palaios" yang bermaksud "kuno". Ia merangkumi tempoh masa 3,600 hingga 3,200 juta tahun dahulu. Era ini ditakrifkan secara kronometrik dan tidak dirujuk kepada mana-mana keratan batuan di Bumi ini. Bukti awal kehidupan yang disahkan datang dari era ini, dan Vaalbara, salah satu benua terawal di Bumi, mungkin telah terbentuk semasa era ini.[2][3]
Paleoarkean | |
---|---|
Kronologi | |
Pentakrifan semula yang dicadangkan | 4031–3490 Ma Gradstein et al., 2012 |
Subbahagian yang dicadangkan | Tempoh Akastan, 4031–3810 Ma Gradstein et al., 2012 |
Etimologi | |
Keformalan nama | Formal |
Sinonim | Arkean Awal |
Maklumat kegunaan | |
Jasad cakerawala | Bumi |
Kegunaan tempatan | Global (ICS) |
Skala masa yang digunakan | Skala Masa ICS |
Takrifan | |
Unit kronologi | Era |
Unit stratigrafi | Eratem |
Keformalan jangka masa | Formal |
Takrif sempadan bawah | Ditakrif secara kronometri |
Tarikh ratifikasi sempadan bawah GSSA | 1991[perlu rujukan] |
Takrif sempadan atas | Ditakrif secara kronometri |
Tarikh ratifikasi sempadan atas GSSA | 1991[perlu rujukan] |
Kehidupan awal
suntingRekod geologi dari era Paleoarkean sangat terhad. Disebabkan oleh perubahan bentuk dan metamorfisme, kebanyakan batuan dari era Paleoarkean tidak dapat memberikan sebarang maklumat yang berguna. Terdapat hanya dua lokasi di dunia yang mengandungi bentukan batuan yang cukup utuh untuk mengekalkan bukti kehidupan awal: Kraton Kaapvaal di Afrika Selatan dan Kraton Pilbara di Australia Barat.[4]
Bentukan Dresser terletak di Kraton Pilbara dan mengandungi batuan enapan dari Era Paleoarkean, dianggarkan sekitar 3.48 bilion tahun.[4] Bentukan Dresser merangkumi pelbagai jenis struktur yang berpunca dari kehidupan purba termasuk stromatolit dan MISS yang pernah dibentuk oleh tikar mikrob. Tikar mikrob tersebut tergolong dalam bentuk hidupan tertua yang boleh dipastikan dan mungkin mengandungi bakteria terfosil.[2] Rijang Kolam Strelley juga terletak di Kraton Pilbara, mengandungi stromatolit yang mungkin terbentuk oleh bakteria kira-kira 3.4 bilion tahun dahulu. Walau bagaimanapun, ada kemungkinan bahawa stromatolit ini bersifat abiogenik dan sebenarnya terbentuk melalui kerpasan sejatan yang kemudian dimendapkan ke dasar lautan.[5]
Jaluran Batu Hijau Barberton yang terletak di Kraton Kaapvaal juga mengandungi bukti kehidupan. Ia terbentuk sekitar 3.26 Ga apabila asteroid besar, kira-kira 37 hingga 58 kilometer (23–36 bt) lebar, berlanggar dengan Bumi.[6] Rijang Terumbu Reef dan rijang Josefsdal yang merupakan dua bentukan batuan di Jaluran Batu Hijau Barberton mengandungi tikar mikrob dengan bakteria fosil dari era Paleoarkean.[4] Bentukan Kromberg yang berhampiran dengan bahagian atas Kumpulan Onverwacht yang merupakan sebahagian daripada Jalur Batu Hijau Barberton bertarikh sejak kira-kira 3.416–3.334 Ga dan mengandungi bukti kehidupan mikrob yang membiak melalui belahan berbilang dan belahan binari.[7]
Pembentukan benua
suntingPersamaan antara Jaluran Batu Hijau Barberton di Kraton Kaapvaal dan bahagian timur Kraton Pilbara menunjukkan bahawa kedua-dua bentukan itu pernah bergabung sebagai sebahagian daripada superbenua Vaalbara, yakni salah satu superbenua terawal di Bumi.[3] Kedua-dua kraton terbentuk pada permulaan era Paleoarkean.[8] Walaupun beberapa data paleomagnet menunjukkan bahawa dua kraton ini bercantum semasa era Paleoarkean, ada kemungkinan benua Vaalbara tidak terbentuk sehingga era Mesoarkean atau Neoarkean.[3]
Sama ada terdapat tanah terdedah atau tidak semasa era Paleoarkean tidaklah begitu jelas. Walaupun beberapa bentukan Paleoarkean seperti Bentukan Dresser, Rijang Josefsdal, dan Bentukan Mendon menunjukkan beberapa bukti berada keberadaan di atas permukaan, lebih 90 peratus kerak benua Archean telah musnah, menjadikan kewujudan tanah terdedah hampir mustahil untuk disahkan atau dinafikan. Berkemungkinan semasa era Paleoarkean, terdapat berbilang kerak benua, tetapi ia masih di bawah air dan tidak akan muncul sehingga kemudian dalam era Arkean. Pulau titik panas mungkin merupakan satu-satunya tanah yang terdedah pada masa itu.[9]
Disebabkan mantel yang lebih panas dan kecerunan geoterma lautan yang tinggi berbanding dengan hari ini, plat tektonik dalam bentuk modennya tidak wujud semasa era Paleoarkean. Sebaliknya, model "tektonik serpihan" telah dicadangkan untuk era masa geologi ini. Menurut model ini, selain daripada subduksi biasa plat lautan, kerak lautan atas tersilikasi secara meluas dipisahkan daripada kerak lautan yang lebih rendah, dan ia dimendapkan dengan cara yang serupa seperti ofiolit daripada eon Proterozoik dan Fanerozoik yang kemudian.[10]
Rujukan
sunting- ^ Caredona, Tanai (6 March 2018). "Early Archean origin of heterodimeric Photosystem I". Heliyon. 4 (3): e00548. doi:10.1016/j.heliyon.2018.e00548. PMC 5857716. PMID 29560463. Dicapai pada 25 February 2021.
- ^ a b Lepot, Kevin (2020). "Signatures of early microbial life from the Archean (4 to 2.5 Ga) eon". Earth-Science Reviews. 209: 103296. Bibcode:2020ESRv..20903296L. doi:10.1016/j.earscirev.2020.103296. ISSN 0012-8252.
|hdl-access=
requires|hdl=
(bantuan) - ^ a b c Bradley, Kyle; Weiss, Benjamin P.; Buick, Roger (2015). "Records of geomagnetism, climate, and tectonics across a Paleoarchean erosion surface". Earth and Planetary Science Letters. 419: 1–13. Bibcode:2015E&PSL.419....1B. doi:10.1016/j.epsl.2015.03.008. ISSN 0012-821X.
- ^ a b c Homann, Martin (2019). "Earliest life on Earth: Evidence from the Barberton Greenstone Belt, South Africa" (PDF). Earth-Science Reviews. 196: 102888. Bibcode:2019ESRv..19602888H. doi:10.1016/j.earscirev.2019.102888. ISSN 0012-8252.
- ^ van Kranendonk, Martin J. (2007). "Chapter 7.2 A review of the evidence for putative Paleoarchean life in the Pilbara craton, Western Australia". Dalam van Kranendonk, Martin J.; Smithies, R. Hugh; Bennett, Vickie C. (penyunting). Developments in Precambrian Geology. Earth's Oldest Rocks. 15. Elsevier. m/s. 855–877. doi:10.1016/s0166-2635(07)15072-6. ISBN 9780444528100. Dicapai pada 2021-11-26.
- ^ "Scientists reconstruct ancient impact that dwarfs dinosaur-extinction blast" (Siaran akhbar). American Geophysical Union. 9 April 2014.
- ^ Kaźmierczak, Józef; Kremer, Barbara (1 September 2019). "Pattern of cell division in ~3.4 Ga-old microbes from South Africa". Precambrian Research. 331: 1–9. doi:10.1016/j.precamres.2019.105357. Dicapai pada 17 December 2022.
- ^ van Kranendonk, Martin J.; Smithies, R. Hugh; Griffin, William L.; Huston, David L.; Hickman, Arthur H.; Champion, David C.; Anhaeusser, Carl R.; Pirajno, Franco (2015). "Making it thick: a volcanic plateau origin of Palaeoarchean continental lithosphere of the Pilbara and Kaapvaal cratons". Geological Society, London, Special Publications. 389 (1): 83–111. Bibcode:2015GSLSP.389...83V. doi:10.1144/SP389.12. ISSN 0305-8719.
- ^ Korenaga, Jun (2021). "Was there land on the early Earth?". Life. 11 (11): 1142. Bibcode:2021Life...11.1142K. doi:10.3390/life11111142. PMC 8623345 Check
|pmc=
value (bantuan). PMID 34833018 Check|pmid=
value (bantuan). - ^ Grosch, Eugene G.; Viola, Giulio; Ndlela, Sibusisiwe (15 August 2020). "Geological record of Paleoarchean oceanic flake tectonics preserved in the c. 3.3 Ga Kromberg volcanic type-section, Barberton greenstone belt, South Africa". Precambrian Research. 346: 105815. doi:10.1016/j.precamres.2020.105815. Dicapai pada 17 December 2022.