[go: up one dir, main page]

Pakma tikus

genus tumbuhan

Pakma tikus[3] ialah tumbuhan berbunga parasit genus Rhizanthes dalam keluarga Rafflesiaceae yang ada empat spesies. Ia tidak mempunyai daun, batang, akar mahupun tisu fotosintesis, dan tumbuh pada akar beberapa spesies pepanjat Tetrastigma. Spesiesnya terbatas di hutan tropika Asia Tenggara. Bunga Rhizanthes sangat besar, berubah-ubah daripada 14 ke 43 cm garis pusat. Paling tidak, satu spesies Rhizanthes iaitu Rh. lowii endotermik.

Pakma tikus
Gambaran Rhizanthes (ketika itu disebut Brugmansia, nama yang kini merujuk genus tumbuhan Brugmansia yang tak berkait), dari Der Bau und die Eigenschaften der Pflanzen (1913).
Pengelasan saintifik s
Domain: Eukaryota
Alam: Plantae
Klad: Trakeofit
Klad: Eudikot
Klad: Rosid
Order: Malpighiales
Keluarga: Rafflesiaceae
Genus: Rhizanthes
Dumort.[1]
Spesies jenis
Rhizanthes zippelii
Sinonim[2]
  • Brugmansia Blume non Pers.
  • Brugmansia Rchb.
  • Zippelia Rchb.

Penamaan

sunting

Nama Latinnya terbit daripada gabungan perkataan Yunani Kuno ῥίζα (dibaca rhíza), bermaksud 'akar', dengan perkataan ἄνθος (anthos) yang bermaksud 'bunga'.

Nama Melayu tempatan yang dipakai untuk Rhizanthes zippelii menurut Betty Molesworth Allen pada 1967 ialah 'bunga pakma' dan 'bunga padma',[4] mungkin jika diubah taksonominya, nama tersebut sebenarnya boleh merujuk mana-mana spesies selain Rh. zippelii. Genus ini turut disebut 'pakma tikus' lantaran bentuk kelopaknya yang lebih tirus menyamai muncung tikus dan ukurannya lebih kecil berbanding pakma biasa.[3]

Penerangan

sunting

Bunga Rhizanthes sangat besar, berubah-ubah daripada 14 ke 43 cm garis pusat.[5] Bunganya tak berbau ketika sulung kali kembang, namun baunya nanti semakin kohong dan hamis menyamai bau bangkai reput.[6]

Paling tidak satu spesies Rhizanthes iaitu R. lowii endotermik. Ia bukan hanya mampu mengeluarkan haba sendiri, namun berkebolehan aneh melaraskan suhunya.[7]

Genus bersama

sunting

Satu-satunya tumbuhan yang sedikit menyamai Rhizanthes adalah dalam genus Rafflesia, namun bunga raflesia yang sama gergasi dan berbau busuk itu ada lima cuping sari salut (kelopaknya). Rhizanthes sebaliknya ada lebih – selalunya 14 ke 18 cuping, dengan bilangan yang berubah-ubah.[6] Cuping ini lagi pula berlainan dengan berhujungkan jalur panjang yang terjuntai.[4] Dengan tekstur dan warna bak kulit, bunga ini terlihat menyamai seekor kurita bulat besar yang mati terkapar.

Taksonomi

sunting

Dalam semakan terbaru genus ini, Hans Bänziger dan Bertel Hansen mengakui spesies berikut pada 2000:[5]

Taburan

sunting

Menurut penerapan lilit baru Bänziger dan Hansen, spesimen yang dikumpul di Jawa adalah Rh. Zippelii, sedangkan spesimen yang dikumpul di Borneo adalah Rh. lowii. Yang dikumpul di Sumatera pula sama ada Rh. deceptor atau Rh. infanticida, dan yang dikumpul di selatan Thailand atau barat Malaysia adalah Rh. infanticida.[5]

Rujukan

sunting
  1. ^ "Rhizanthes". International Plant Names Index. The Royal Botanic Gardens, Kew, Harvard University Herbaria & Libraries and Australian National Botanic Gardens. Dicapai pada 30 Oktober 2020.
  2. ^ "Rhizanthes Dumort". Plants of the World Online. Royal Botanic Gardens, Kew. 2017. Dicapai pada 31 Oktober 2020.
  3. ^ a b Siti Munirah Mat Yunoh (2019). "Pakma Tikus Sepupu Gergasi Raflesia". Dewan Kosmik. No. 5. Dewan Bahasa dan Pustaka. m/s. 38-40. Dicapai pada 2022-06-05.
  4. ^ a b Meijer, W.; Veldkamp, J. F. (1988). "A revision of Rhizanthes (Rafflesiaceae)" (PDF). Blumea. 33 (2): 329–342. ISSN 2212-1676. Dicapai pada 28 Oktober 2020.
  5. ^ a b c Bänziger, Hans; Bertel Hansen (2000). "A new taxonomic revision of a deceptive flower, Rhizanthes Dumortier (Rafflesiaceae)" (PDF). The Natural History Bulletin of the Siam Society: 117–143. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-05-12.
  6. ^ a b Backer, C. A.; Bakhuizen van den Brink, R. C. (1963). Flora of Java. I. Groningen: N.V. P. Noordhoff under auspices of Rijksherbarium, Leyden. m/s. 166.
  7. ^ Patiño, S.; J. Grace; H. Bänziger (2000). "Endothermy by flowers of Rhizanthes lowii (Rafflesiaceae)". Oecologia. 124 (2): 149–155. Bibcode:2000Oecol.124..149P. doi:10.1007/s004420050001. PMID 28308173. S2CID 22301706.