[go: up one dir, main page]

Order

pangkat taksonomi
Pengelasan biologi
Domain
Alam
Filum (haiwan)
Divisi (tumbuhan)
Subfilum (haiwan)
Subdivisi (tumbuhan)
Superkelas
Kelas
Subkelas
Order
Suborder
Superkeluarga
Keluarga
Subkeluarga
Genus
Subgenus
Spesies
Subspesies

Dalam pengelasan saintifik yang digunakan dalam bidang biologi untuk merujuk kepada kategori susunan (biologi), order (bahasa Latin: ordo "deret, sap, baris"[1]) merupakan satu aras dalam pengelasan taksonomi organisma antara kelas yang kurang khusus dan famili yang lebih khusus, atau takson pada aras itu; sebagai penerangan, satu kelas mengandungi lebih daripada satu atau lebih aturan, dan satu aturan mempunyai satu atau lebih famili.

Perincian yang tepat untuk tatanama formal bergantung kepada kod tatanama yang digunakan. Sila lihat pengelasan saintifik dan:

Hierarki pangkat

sunting

Bagi sesetengah klad, pengelasan tambahan digunakan.

Nama Makna awalan Contoh
Magnorder magnus: besar, penting Epitheria
Superorder super: atas Euarchontoglires
Grandorder grand: Euarchonta
Mirorder mirus: Primatomorpha
Order Primat
Suborder sub: bawah Haplorhini
Infraorder infra: bawah Simiiformes
Parvorder parvus: kecil, tak penting Catarrhini

Sejarah konsep

sunting
 
Carolus Linnaeus

Order sebagai satu aras tersendiri dalam pengelasan biologi dengan nama sendiri (dan bukan hanya digelarkan genus lebih tinggi (genus summum)) diperkenalkan buat pertama kali oleh ahli botani Jerman, Augustus Quirinus Rivinus, dalam pengelasan tumbuhannya yang termuncul dalam sebuah siri karya pada dekad 1690-an. Carolus Linnaeus merupakan pelopor yang menggunakannya secara tekal untuk ketiga-tiga alam semula jadi, iaitu mineral, tumbuhan dan haiwan dalam karyanya, Systema Naturae (1735, edisi pertama).

Botani

sunting

Harus diperhatikan bahawa untuk tumbuhan, order-order Linnaeus dalam Systema Naturae dan Species Plantarum sebenarnya merupakan order bikinan yang diperkenalkan untuk membahagikan kelas-kelas bikinan menjadi kumpulan-kumpulan yang lebih kecil dan lebih mudah difahami. Ketika perkataan ordo digunakan secara tekal buat pertama kali untuk unit semula jadi tumbuhan dalam karya-karya abad ke-19 seperti Prodromus oleh Alphonse de Candolle dan Genera Plantarum oleh Bentham & Hooker, ordo merujuk kepada taksonomi yang kini diberikan aras "famili" (sila lihat ordo naturalis).

Dalam terbitan-terbitan botani Perancis dari Familles naturelles des plantes oleh Michel Adanson (1763) sehingga akhir abad ke-19, perkataan famille (kata jamak: familles) telah digunakan sebagai padanan Perancis untuk perkataan bahasa Latin, ordo. Kesamaan ini dinyatakan dengan eksplisit dalam karya De Candolle, Lois de la nomenclature botanique (1868) yang merupakan pelopor untuk Tatanama Botani Kod Antarabangsa yang digunakan sekarang.

 
Systema Naturae

Dalam Aturan tatanama botani antarabangsa yang pertama pada tahun 1906, perkataan "famili" digunakan untuk aras "famille" Perancis, sedangkan order (ordo) dikhaskan untuk aras yang lebih tinggi, iaitu untuk apa yang digelarkan sebagai cohors (kata jamak: cohortes) dalam abad ke-19.

Sebilangan daripada famili tumbuhan masih mengekalkan nama "order semula jadi" Linnaeus dan juga nama kumpulan-kumpulan semula jadi pra-Linnaeus yang diakui oleh Linnaeus sebagai order dalam pengelasan semula jadinya, umpamanya Palmae atau Labiatae. Nama-nama sebegini dikenali sebagai nama famili deskriptif.

Zoologi

sunting

Dalam zoologi, order-order Linnaeus telah dipergunakan dengan lebih tekal, iaitu order-order untuk bahagian zoologi dalam Systema Naturae merujuk kepada kumpulan-kumpulan semula jadi. Sebilangan daripada nama ordinalnya masih digunakan pada hari ini, umpamanya Lepidoptera untuk order rama-rama dan kupu-kupu, atau Diptera untuk order lalat, nyamuk, sera, dan agas).

Rujukan

sunting
  1. ^ "ordo". K. Prent, J. Adisubrata, W. J. S. Poerwadarminta (1969). Kamus Latin-Indonesia. Jogjakarta: Penerbitan Jajasan Kanisius. m/s. 598.