Negeri-negeri Melayu Bersekutu
Negeri-negeri Melayu Bersekutu ialah sistem persekutuan untuk empat negeri naungan di Semenanjung Tanah Melayu iaitu Pahang, Perak, Selangor, dan Negeri Sembilan. Sistem ini dilaksanakan oleh pihak British pada tahun 1895 dan bertahan sehingga tahun 1946, apabila persekutuan ini bersama-sama dengan Negeri-negeri Selat dan Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu digabungkan bagi membentuk Malayan Union. Dua tahun kemudian, Malayan Union dibatalkan dan Persekutuan Tanah Melayu ditubuhkan. Akhirnya pada tahun 1963, Malaysia diasaskan dengan penggabungan bersama Sabah (Borneo Utara), Sarawak dan Singapura.
Negeri-negeri Melayu Bersekutu نݢري٢ ملايو برسکوتو | |||||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
1895–1946 | |||||||||||||||
| |||||||||||||||
Cogan kata: (Melayu: Dipelihara Allah | |||||||||||||||
Status | Terdahulu dinaungi oleh United Kingdom | ||||||||||||||
Ibu negara | Kuala Lumpur1 | ||||||||||||||
Bahasa yang umum digunakan | Bahasa Melayu² Bahasa Inggeris | ||||||||||||||
Agama | Islam | ||||||||||||||
Monarki British | |||||||||||||||
• 1837-1901 | Victoria | ||||||||||||||
• 1936-1952 | George VI | ||||||||||||||
Residen Persekutuan³ | |||||||||||||||
• 1896-1901 | Frank Swettenham | ||||||||||||||
Badan perundangan | Lembaga Perundangan Persekutuan | ||||||||||||||
• Aras Negeri | Lembaga Negeri | ||||||||||||||
Era Sejarah | Empayar British | ||||||||||||||
• Persekutuan | 1895 | ||||||||||||||
• Perjanjian Persekutuan | 1 Julai 1896 | ||||||||||||||
1942 | |||||||||||||||
• Pengunduran Jepun | 14 Ogos 1945 | ||||||||||||||
• Malayan Union | 31 Mac 1946 | ||||||||||||||
Keluasan | |||||||||||||||
1921 | 71,571 km2 (27,634 bt2) | ||||||||||||||
Populasi | |||||||||||||||
• 1921 | 1324890 | ||||||||||||||
Mata wang | Straits dollar sehingga tahun 1939 Malayan dollar sehingga tahun 1953 | ||||||||||||||
| |||||||||||||||
Sekarang sebahagian dari | Malaysia | ||||||||||||||
1 Juga merupakan ibu negeri Selangor ² Bahasa Melayu menggunakan skrip Tulisan Jawi ³ Kemudian Ketua Setiausaha kepada Setiausaha Kerajaan dan Persekutuan |
Kuasa penuh persekutuan ini terletak di bawah empat Residen British tempatan dan Residen Jeneral. Kuasa budi bicara sultan dikurangkan kepada perkara yang hanya melibatkan hal ehwal agama Islam dan adat Melayu.[1]
Ibu kota persekutuan ialah Kuala Lumpur yang ketika itu merupakan sebahagian daripada Selangor. Residen Jeneral pertamanya ialah Frank Swettenham.[2]
Pembentukan
suntingPada 20 Januari 1874, Sir Andrew Clarke, gabenor Negeri-Negeri Selat dan Sultan Perak telah memeterai perjanjian Pangkor di mana Sultan bersetuju untuk "menerima dan menyediakan kediaman yang sesuai untuk seorang pegawai British yang dipanggil Residen, yang akan ditauliahkan kepada mahkamahnya, dan nasihatnya yang mesti diambil tindakan atas semua persoalan selain yang menyentuh agama dan adat resam Melayu”. Sistem residensi dilanjutkan pada tahun yang sama ke negeri Selangor dan Negeri Sembilan, dan pada tahun 1888 ke Pahang.
Untuk meningkatkan kecekapan pentadbiran, negeri-negeri ini digabungkan di bawah satu persekutuan pada tahun 1895. Pemerintahannya lebih berpusat kerana kuasa yang lebih tertumpu di bawah pegawai British, yang pada mulanya dipanggil Residen Jeneral, dan kemudiannya sebagai Ketua Setiausaha.
British kemudiannya menubuhkan Majlis Persekutuan pada tahun 1898 bagi mentadbir persekutuan ini. Majlis ini diketuai oleh Pesuruhjaya Tinggi (Gabenor Negeri Selat), dan disertai Residen Jeneral, para Sultan, empat Residen negeri dan empat ahli tidak rasmi. Struktur majlis ini kekal hingga kedatangan Jepun pada tahun 1941.
Durbar
suntingBiarpun Residen Jeneral merupakan pemerintah utama persekutuan, setiap negeri masih mengekalkan kedudukan sultan masing-masing. Pada tahun 1897, persidangan Durbar pertama telah diadakan di Kuala Kangsar, Perak sebagai satu platform perbincangan bagi empat sultan dalam persekutuan.
Bendera dan jata
suntingNegeri-negeri Melayu Bersekutu mempunyai benderanya yang tersendiri sehinggalah tahun 1946. Bendera persekutuan ini mempunyai empat jalur yang terdiri daripada empat warna berbeza; mengikut turutan daripada atas ke bawah iaitu putih, merah, kuning, dan hitam. Gabungan warna tersebut melambangkan negeri-negeri persekutuan; merah, hitam dan kuning untuk Negeri Sembilan; putih dan hitam untuk Pahang; hitam, putih dan kuning untuk Perak; dan merah dan kuning untuk Selangor.
Jata persekutuan pula menampilkan perisai yang dikawal oleh dua ekor harimau. Di atas perisai itu terletaknya mahkota melambangkan persekutuan monarki dinaungi British. Satu sepanduk dengan frasa "Dipelihara Allah" yang ditulis dalam tulisan Jawi terletak di bawah perisai. Gabungan empat warna pada perisai melambangkan negeri-negeri dalam persekutuan.
Panji tentera laut
suntingPersekutuan ini juga mempunyai panji tentera laut bagi kegunaan kapal kerajaan. Panji yang mempunyai gabungan empat warna negeri persekutuan ini dikibarkan di atas kapal HMS Malaya ketika Pertempuran Jutland di Laut Utara.