[go: up one dir, main page]

Mustapha Maarof

Pelakon veteran lelaki Malaysia-Singapura

Dato' Mustapha Azahari bin Maarof[2] (1 Januari 1935 – 15 Disember 2014)[3] merupakan seorang pelakon lelaki Malaysia. Beliau pernah mendapat Anugerah Veteran dalam Festival Filem Malaysia ke-10.


Mustapha Maarof

Kelahiran
Mustapha Azahari bin Maarof

(1935-01-01)1 Januari 1935
Meninggal dunia15 Disember 2014(2014-12-15) (umur 79)
Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan, Kuala Lumpur, Malaysia
Sebab kematianKanser paru-paru
DikebumikanTanah Perkuburan Islam Jalan Ampang, Kuala Lumpur
PekerjaanPelakon, penolong pengarah
Tahun aktif1951–2014
Terkenal kerana'Tun Zainal' (Hang Tuah)
'Tengku Bagos' (Raden Mas)
'Deli' (Sri Mersing)
'Tun Aman' (Sultan Mahmud Mangkat Dijulang)
PasanganSuraya Harun (k. 1962; c. 1965)
Datin Roseyatimah (k. 1967; m. 1987)
[1]
Anak-anak4
IbuKamsiah Mohd Ali
BapaMaarof Zakaria

Kehidupan peribadi

sunting

Mustapha Maarof pernah memperisterikan pelakon jelita, Suraya Harun dan mereka dikurniakan seorang cahaya mata bernama Suzlynna. Namun perkahwinan itu hanya mampu bertahan selama tiga tahun sahaja apabila mereka berpisah pada tahun 1965. Selepas itu beliau mendirikan rumah tangga bersama pelakon Roseyatimah pada tahun 1967 dan mendapat 4 orang anak iaitu Suzlyna, Azlynna, Khairudden dan Mohd. Rezainudden. Namun, Khairudden ditakdirkan menghadap Ilahi terlebih dahulu sewaktu berusia tiga tahun akibat demam denggi.[4]

Anugerah dan pencalonan

sunting

Pada 18 Jun 2010, Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Dato' Joseph Salang Gandum mengumumkan Datuk Mustapha Maarof sebagai Anugerah Tokoh Perfileman Finas 2010. Beliau menerima cek bernilai RM30,000, selempang, pingat dan sijil Tokoh Perfileman Finas [5]

Filemografi

sunting
Tahun Tajuk Watak Catatan
1951 Bunga Percintaan Filem pertama
1953 Untuk Sesuap Nasi
1954 Pertarohan
1955 Duka Nestapa
1956 Hang Tuah Tun Zainal
Mega Mendung
Dondang Sayang
1957 Pontianak Samad
Salah Sangka
Dendam Pontianak Samad
1958 Satay Juga sebagai penolong pengarah
Sumpah Pontianak Samad
1959 Raden Mas Tengku Bagos
Bawang Putih Bawang Merah Putera
1961 Sri Mersing Deli
Sultan Mahmud Mangkat Dijulang Tun Aman
Yatim Mustapha Tengku Persada
Tun Tijah
Keris Sempena Riau Engku Muda
1962 Selendang Merah Manja
Siti Payong
1963 Ibu Ayam Rashid
Tangkap Basah Desa
Fajar Menyinsing Roslan
Anak Manja Aziz
1965 Mata Dan Hati
Kaseh Ibu Jaafar
1966 Naga Tasik Chini Sultan Cahaya Putra Syah
Udang Di Sebalik Batu Badai
1967 Play Boy Mustafa
1968 Si Murai Murai
1972 Semangat Ular
1975 Paper Tiger Marco Filem Hollywood bersama David Niven
1980 Detik 12 Malam Doktor Mustaffa
1984 Jasmin
Matinya Seorang Patriot Haji Shahban
1989 Tuah Datuk Shaari
1990 Fenomena Doktor Penampilan khas
1992 Abang 92 Pak Long
1996 Sutera Putih Datuk Rahim
1998 Iman Alone Haji Shahidan
2001 Putih Raja Aristun Shah (suara)
2002 Muhammad: Utusan Terakhir Alih suara BM
2007 Chermin Pak Din
1957: Hati Malaya Sultan Selangor
2009 Lembing Awang Pulau Ke Dayang Pak Ngah Filem terakhir
Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2009 Dua Marhalah Mansoor Astro Oasis Filem pertama, sebagai penampilan khas
2011 Pak Kaduk Pak Kaduk TV2 Drama terakhir

Kematian

sunting

Datuk Mustapha Maarof meninggal dunia di wad Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan, Wangsa Maju, pada 15 Disember 2014 jam 8.38 pagi. Sebelum itu allahyarham dimasukkan ke Pusat Perubatan Respiratori, Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada 25 November 2014 kerana mengalami kesukaran bernafas sebelum dipindahkan menjalani rawatan di Wangsa Maju pada 2 Disember 2014.

Jenazah beliau disolatkan di Masjid Amru Ibnu Al-Asr, Bandar Baru Sentul dan kemudian dikebumikan disebelah pusara isterinya (Roseyatimah) di Tanah Perkuburan Islam Jalan Ampang.[6][7]

Kisah kehidupan dan Anugerah

sunting
  • Beliau pernah mendapat pendidikan di Maktab Melayu Kuala Kangsar.
  • Memulakan kerjaya seninya sejak 1951
  • Sebelum menikahi Roseyatimah, Mustapha pernah memperisterikan pelakon jelita, Suraya Harun dan mereka dikurniakan seorang cahaya mata bernama Suzlynna. Namun perkahwinan itu hanya mampu bertahan selama tiga tahun sahaja apabila mereka berpisah pada tahun 1965. Suzlynna kemudiannya berkahwin dengan penyanyi utama kumpulan Flybaits iaitu Alfredo Valentina, rakyat Singapura berketurunan Filipina yang juga anak saudara kepada maestro muzik jaz Malaysia, Alfonso Soliano.
  • Mustapha dan Roseyatimah mendirikan rumah tangga pada 1967, dikurniakan tiga anak iaitu Azlynna, Mohamad Rezainuddin dan Mohammed Khairuddin, namun Mohammed Khairuddin meninggal dunia akibat denggi ketika berusia tiga tahun.
  • Allahyarham adalah anak kepada peguam Melayu, Maarof Zakaria yang mengasaskan Bank Kebangsaan Melayu pada tahun 1947 dan nama Jalan Maarof di Bangsar dinamakan sempena bapa Allahyarham.
  • Sudah berlakon lebih 50 filem dan beratus-ratus drama televisyen, sama ada di Malaysia mahupun Singapura, dan lebih aktif bekerja di sebalik tabir sebagai produser drama dan iklan komersial serta video korporat menerusi Warna Motion Pictures.
  • Pemenang Festival Filem Malaysia 1965 kategori " Aktor Terbaik " dalam Filem Kasih Ibu.
  • Pemenang Anugerah Seni di Festival Filem Malaysia ke - 10 tahun 1992.
  • Selain itu, beliau juga pernah menerajui Persatuan Seniman dan menjadi Ahli Lembaga Pengarah FINAS.

Rujukan

sunting
  1. ^ Mustapha Maarof setia hingga akhir hayat
  2. ^ PERGIMU TAKKAN KEMBALI LAGI
  3. ^ "Roseyatimah cinta sejati Mustapha". Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-06-25. Dicapai pada 2017-06-16.
  4. ^ Mustapha Maarof setia hingga akhir hayat
  5. ^ Mustapha Maarof Terima Anugerah Tokoh Perfileman mstar
  6. ^ Datuk Mustapha Maarof 1935 - 2014
  7. ^ "Datuk Mustapha Maarof meninggal dunia". Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-06-25. Dicapai pada 2016-01-20.

Pautan luar

sunting