Michel Foucault
Paul-Michel Foucault[5] (15 Oktober 1926 – 25 Jun 1984) atau lebih umumnya dikenali sebagai Michel Foucault (disebut [mi.syél fu.ko]) ialah seorang filsuf, ahli sejarah idea, ahli teori sosial dan pengkritik sastera dari Perancis.
Michel Foucault | |
---|---|
Lahir | 15 Oktober 1926 Poitiers, Perancis |
Meninggal dunia | 25 Jun 1984 Paris, Perancis | (umur 57)
Zaman | 20th-century philosophy |
Aliran | Continental philosophy Pascastrukturalisme |
Minat utama | Sejarah idea, epistemologi, epistemologi sejarah, etika, falsafah politik, falsafah sejarah, falsafah teknologi |
Idea penting | Biokuasa (biopolitik), institusi displin, Analisis perbincangan, pembentukan diskursif, dispositif, épistème, "genealogy", daya perintah, heterotopia, limit-experience, pengetahuan kuasa, panoptisisme, assujettissement, parrhesia, visibilités |
Alma mater | École Normale Supérieure Universiti Paris |
Institusi | École Normale Supérieure (1951–55)[1] Université de Lille (1953–54) Universiti Uppsala Universiti Warsaw Institut français Hamburg Universiti Clermont-Ferrand Universiti Tunis Universiti Paris VIII Collège de France Universiti Buffalo University of California, Berkeley Universiti New York |
Mempengaruhi |
Teori-teori beliau menyatakan secara utamanya hubungan antara kekuasaan dan pengetahuan serta bagaimana hubungan tersebut digunakan sebagai bentuk kawalan sosial melalui institusi dalam masyarakat. Walaupun Foucault sering disebut sebagai seorang yang berfahaman pascastrukturalisme dan pascamoden, beliau menolak tanggapan ini dan lebih suka mengusulkan buah fikirannya sebagai suatu sejarah moden yang kritis. Pemikiran beliau telah mempengaruhi akademik, terutamanya mereka yang bekerja dalam bidang kajian komunikasi, sosiologi, kajian budaya, teori sastera, feminisme, dan teori kritikal. Kelompok aktivis turut menemukan teori yang menarik daripada beliau.
Biografi
suntingAwal hidup dan pengajian
suntingPau-Michel[6] lahir pada 15 Oktober 1926 di Poitiers, Perancis, beliau anak kedua daripada tiga adik beradik[7] dalam kalangan keluarga kelas menengah atas.[8] Ayahnya Paul Foucault seorang pakar bedah dan profesor anatomi berasal dari Fontainebleau manakala ibunya seorang tuan tanah di Vendeuvre-du-Poitou yang juga anak seorang doktor kelahiran Poitiers.
Foucault menempuh pendidikan di Lycée Henri-IV[6] di mana beliau mengembangkan minat dalam falsafah dan sejarah selama setahun di bawah pengaruh tutornya Jean Hyppolite, seorang pengikut pemikiran Georg Wilhelm Hegel, dan Louis Althusser. Beliau melanjutkan pendidikannya di École Normale Supérieure di mana beliau menjadi berperwatakan pendiam dan kuat membaca, namun beliau mula menampakkan kecenderungan terhadap benda yang ganas - beliau pernah cuba mengejar seorang rakan sekelas dengan senjata tajam[9] malah pernah cuba membunuh diri sehingga terpaksa dimasukkan ke dalam hospital sakit jiwa Sainte-Anne.[10]
Setelah beberapa tahun bekerja sebagai diplomat budaya di luar negeri, beliau kembali ke Perancis dan menerbitkan buku pertamanya yang terkenal, Madness and Civilization: A History of Insanity in the Age of Reason (Kegilaan dan Ketidakbernalaran: Sejarah pada Masa Klasik).
Setelah mendapatkan pekerjaan antara tahun 1960 dan 1966 di Universiti Clermont-Ferrand, beliau menghasilkan dua buah penulisan yang signifikan, Naissance de la clinique ("Kelahiran Klinik") dan The Order of Things (Perkataan dan Perbendaan), yang menampilkan peningkatan keterlibatannya dengan strukturalisme, gerakan teoretis dalam antropologi sosial yang mana beliau kemudian menjauhkan diri. Tiga sejarah ini adalah contoh teknik historiografi Foucault yang berkembang yang beliau sebut "arkeologi".
Pada usia 25 tahun, Foucault menerima Agregasi dan pada tahun 1952 memperoleh Diploma dalam psikologi.[11] Pada tahun 1950 dia bekerja di rumah Sakit Jiwa dan pada tahun 1955 mengajar di Universiti Uppsala, Sweden.
Kerjaya lanjutan - keterlibatan dalam politik
suntingDari tahun 1966 hingga 1968, Foucault melanjutkan pengajiannya sebagai seorang profesor di Universiti Tunis, Tunisia sebelum kembali ke Perancis.[6] Karya pertamanya berjudul Folie et déraison. Histoire de la folie à l'âge Classique ("Kegilaan dan Ketidakbernalaran: Sejarah pada Masa Klasik") dihasilkan sebagai pemerolehan ijazah kedoktorannya pada tahun 1959 di bawah bimbingan Georges Canguilhem;[11] karya tersebut kemudian diterbitkan pada tahun 1961.[11] Pada tahun 1970, beliau diangkat sebagai dosen Sejarah Sistem Pemikiran di Collège de France, Perancis.[11] Beliau kemudian menjadi ketua jabatan falsafah Université Paris VIII yang baru sahaja didirikan.
Dia juga menjadi aktif dalam sejumlah kelompok sayap kiri yang terlibat dalam kempenanti-rasis, gerakan membantah pelanggaran hak asasi manusia serta perjuangan untuk reformasi pemasyarakatan. Dia melanjutkan untuk mempublikasikan The Archeology of Knowledge (Arkeologi Pengetahuan), Discipline and Punish (Disiplin dan Hukuman), dan Histoire de la sexualité (Sejarah Keseksualan). Dalam buku-buku ini, beliau mengembangkan metode arkeologi dan genealogi guna mengungkapkan keberadaan dan relasi antara pengetahuan dan kekuasaan dalam masyarakat.
Senja hidup
suntingFoucault meninggal di Paris akibat kompilasi penyakit saraf dibawa oleh HIV/AIDS; beliau merupakan tokoh awam pertama di Perancis yang meninggal akibat penyakit ini. Pasangannya, Daniel Defert, mendirikan sebuah yayasan amal memperingati kekasihnya AIDES ("Bantuan") di mana yayasan ini membantu membebankan penderitaan dialami penghidap penyakit ini melalui pelbagai inisiatif.
Senarai karya utama
sunting- Maladie mentale et personnalité (1954)
- Maladie mentale et psychologie (1962)
- Folie et déraison. Histoire de la folie à l'âge Classique (1961)
- Histoire de la folie à l'âge classique (versi ringkas, 1964)
- Histoire de la folie à l'âge classique. Folie et déraison (edisi ke-12 dengan pramuka baru, 1972)
- Naissance de la clinique. Une archéologie du regard médical (1963)
- Les Mots et les choses. Une archéologie des sciences humaines (1966)
- L'Archéologie du savoir (1969)
- L'Ordre du discours (1971)
- Surveiller et punir. Naissance de la prison (1975)
- Histoire de la sexualité - 4 jilid:
- La volonté de savoi (1976)
- L'usage des plaisirs (1984)
- Le souci de soi (1984)
- Les aveux de la chair (2018, anumerta)
Rujukan
sunting- ^ Alan D. Schrift (2006), Twentieth-Century French Philosophy: Key Themes And Thinkers, Blackwell Publishing, p. 126.
- ^ Jacques Derrida points out Foucault's debt to Artaud in his essay "La parole soufflée," in Derrida, Writing and Difference, trans. Alan Bass (Chicago, 1978), m/s. 326 n. 26.
- ^ Michel Foucault (1963). "Préface à la transgression," Critique: "Hommage a Georges Bataille", nos 195–6.
- ^ Crossley, N. "The Politics of the Gaze: Between Foucault and Merleau-Ponty". Human Studies. 16(4):399–419, 1993.
- ^ Eribon, Didier (1989). Michel Foucault. Paris: Flammarion. m/s. 16.
- ^ a b c (Inggeris) The Cambridge Companion to Foucault, New York: Cambridge University Press, 2005
- ^ Daniel Defert, « Chronologie », in Dits et écrits, I, Templat:P. : « naissance à Poitiers, au 10 de la rue de la Visitation, plus tard rue Arthur-Ranc ».
- ^ Eribon, Didier (1989). Champs biographie: Michel Foucault (dalam bahasa Perancis). Paris: Flammarion. m/s. 16.
- ^ Eribon 1991, m/s. 26; Miller 1993, m/s. 45.
- ^ Eribon 1991, m/s. 26; Macey 1993, m/s. 27–28; Miller 1993, m/s. 54–55.
- ^ a b c d John Lechte, diterjemahkan oleh A Gunawan Admiranto., 50 Filsuf Kontemporer, Yogyakarta: Kanisius, 2001
Pautan luar
sunting- Foucault.info – Repositori teks dan berita
- Laman web dan bibliografi Michel Foucault tulisan
- Michel Foucault Archive oleh IMEC
- La Bibliothèque Foucaldienne – Arkib digital nota-nota beliau untuk Motes et les choses, dengan sebuah keterangan terperinci
- Karya oleh atau tentang Michel Foucault di Internet Archive
- Michel Foucault and Noam Chomsky di YouTube
YouTube