Mimi Lana
Mimi Rozaiana Zainal Abidin (lahir 21 November 1995) atau lebih dikenali sebagai Mimi Lana (Jawi: ميمي لان) merupakan seorang pelakon dan model wanita Malaysia.[1] Kerjayanya bermula selepas menjadi salah seorang peserta Dewi Remaja 2014/2015.[2] Sejak itu, beliau telah membintangi beberapa drama televisyen termasuk Ku Tinggalkan Cinta Di Okinawa (2015), Sein dan Luna (2016), dan Halalkan Hati Yang Ku Curi (2018).[3][4][5]
Mimi Lana | |
---|---|
ميمي لان | |
Kelahiran | Mimi Rozaiana binti Zainal Abidin 21 November 1995 |
Pendidikan | Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) |
Pekerjaan | Pelakon, model |
Tahun aktif | 2013–kini |
Ketinggian | 178 cm (5 ka 10 in) |
Kerjaya
suntingMewarisi bidang lakonan dari neneknya yang merupakan pelakon pentas semasa era kegemilangan Seniman Agung, P. Ramlee,[6] Mimi Lana memulakan kerjaya pemodelan sebagai salah seorang peserta Dewi Remaja 2014/2015 bersama-sama Raysha Rizrose, Mawar Rashid, Syamim Farid, Natrah Khalid, Fify Azmi dan Puteri Aishah dan kemudiannya melibatkan diri dalam bidang lakonan.[7] Beliau mula dikenali selepas berlakon dalam drama Sein Dan Luna[8] sebagai watak utama bersama Syazuwan Hassan.[9]
Mimi membuat penampilan sulungnya di layar lebar menerusi filem Pusaka (2019).[10][11] Pada tahun 2020, Mimi membintangi dua drama, iaitu Chandelier sebagai Keisha Edlina dan Hati Yang Tersakiti sebagai Farah Azira.
Beliau berlakon bersama Farid Kamil dalam drama Masih Ada Rindu (2021) yang disiarkan di slot Akasia TV3 dengan melakonkan watak sebagai Syafika.[12]
Pada tahun 2022, beliau berlakon dalam drama Villa Kristal untuk siaran di WeTV bermula 4 Mac. Ia turut dibintangi oleh Jasmine Suraya Chin, Tiz Zaqyah dan Mawar Rashid.[13][14]
Kehidupan peribadi
suntingMimi bersama pelakon Natasha Elyzza dan Fivi Mae ditahan selepas kediaman mereka di Subang Jaya, Selangor, diserbu oleh pihak polis pada 18 September 2015. Dalam serbuan itu, polis menemui satu beg mengandungi tiga paket plastik lutsinar yang mengandungi ganja seberat 15.74 gram dan bilah pisau atas almari baju dalam bilik kedua kediaman mereka. Beliau dipenjarakan selama 11 hari. Mimi dibebaskan pada 29 September selepas siasatan mendapati dadah itu bukan milik beliau.[15][16]
Beliau berkongsi mengenai ketinggiannya dalam temuramah bersama Star2: "Semua orang dalam keluarga saya tinggi. Bapa saya dan adik saya lebih tinggi daripada 6 kaki (1.8m). Adik saya, juga tinggi seperti saya." Menurut laporan Star2, Mimi kelihatan lebih tinggi dari kebanyakan wanita Malaysia.[6]
Pada Jun 2020, Mimi mendedahkan bahawa hubungan cintanya dengan pelakon Syafiq Kyle telah berakhir selepas lima tahun menjalin hubungan.[17] Namun, hubungan mereka kembali terjalin selepas berkongsi gambar masing-masing di media sosial.[18]
Mimi dan Syafiq mengikat tali pertunangan pada Januari 2023,[19][20] dan dijadualkan bakal bernikah pada 18 Ogos 2023,[21] namun mereka membatalkan pernikahan mereka pada saat akhir.[22][23][24]
Filemografi
suntingFilem
suntingTahun | Tajuk | Watak | Catatan |
---|---|---|---|
2017 | Balun | Gadis | Filem pertama, pelakon tambahan |
2019 | Pusaka | Nur | |
2020 | Saka Nan Sepi | Rozi | |
2022 | Zaara | Habibah | |
2023 | Seindah Kasih The Movie | Alia | |
2024 | The Experts Selamatkan Raya | Emma | Filem pendek |
The Experts | Emma | ||
2025 | Mencari Ramlee | ||
Munajat Kekasih | Qistina Dezek | Pos-produksi |
Drama
suntingTahun | Tajuk | Watak | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2013 | Kisah Cinta | Kawan Huzir | TV3 | Drama pertama |
Cinta Jannah | Wanda | |||
AKU | Yana | |||
2015 | Papa Chef | Ainda | TV1 | |
Eksperimen Cinta | Melisa | TV3 | ||
Mencari Mubarak | Wan Zaidi | TV1 | ||
Ku Tinggalkan Cinta Di Okinawa | Riana | Astro Mustika HD | ||
2016 | Sekali Aku Jatuh Cinta | Izzati | TV3 | |
Sein Dan Luna | Luna | |||
2017 | Cinta Samar | Sofea | TV1 | |
2018 | Suamiku Mat Piun | Atiqah | TV3 | |
Halalkan Hati Yang Ku Curi | Salima | |||
Cinta Koko Coklat | Darwina | ntv7 | ||
Mawar Murni | Mawar | TV3 | ||
Dian | Syafiqa | NTV7 | ||
2019 | Cari Aku Di Syurga | Mira | TV3 | |
Bukan Cinta Aku | Qisha | |||
2020 | Chandelier | Keisha Edlina | Astro Ria | |
Hati Yang Tersakiti | Farah Azira | TV3 | ||
2021 | Ramadan Pertama Edi | Nad | Astro Ria | |
Masih Ada Rindu | Syafika | TV3 | ||
Lockdown | Milia | Astro Ria | ||
2022 | Akim & Mira - Kisah Cinta 1999 | Mira | Astro Ria | |
2023 | Persepsi | Dayah | Astro Ria | |
2024 | Framed | Lia | Astro Premier | |
Andai Tiada Dia | Intan | Astro Ria | ||
TBA | First Wives | Diyana | Astro Citra |
Telefilem
suntingTahun | Tajuk | Watak | Saluran TV |
---|---|---|---|
2014 | Aidil Click | Adik Rizal | TVi |
2015 | Kek Batik Cheese Leleh | Atira | TV9 |
2016 | Air Mata Xinjiang | TV2 | |
Cinta Viral | Mell | TV1 | |
2017 | Hanya NamaMu | Ayu | TV3 |
Fatihah Untuk Mama | Fatihah | ||
Dodol Untuk Menantu | Noni | TV9 | |
Menantu Second Class | Fatin | ||
Opah Dot Com | Lydia | ||
Gadis Kosmos | Lily | Astro Citra | |
2018 | The Hantus | Cinta | Astro First Eksklusif |
Maya Mila | Maya/Mila | ntv7 | |
Wish List Raya | Alia | TV9 | |
Selirat | Huda | TV3 | |
Terlakur Cinta Suci | Aleyna | ||
Neraka Kasih Maisarah | Maisarah | ||
Kau, Aku, Hantu Raya | Fifie | TV2 | |
2019 | Viral Alam Maya | Intan | TV3 |
Dulang Boy | Rosyatimah | ||
Sahur Terakhir | Adik Zamani | TV Okey | |
7 Netizen | Nadia | Astro Citra | |
2020 | Ara | Ara | TV3 |
Racun Suami Jahanam | Suraya | Astro Citra | |
2021 | Bukan Cerita Cinta Cliche | Emmel | |
Mufariq | TV1 |
Web drama
suntingTahun | Tajuk | Watak | Rangkaian |
---|---|---|---|
2015 | Dan Calonnya Adalah (Musim 2) | Yasmin | tonton |
2016 | Cinta Tangkap Muat | Emilia | Unifi TV |
2017 | Ana Kleopatrena | Ana | |
2021 | Realiti Cinta | Andrea | WeTV |
2022 | Villa Kristal | Hani | |
2023 | Perempuan Itu | Khalish | tonton |
2024 | Perempuan Paling Merana | Saleha |
Televisyen
suntingTahun | Tajuk | Peranan | Saluran TV |
---|---|---|---|
2014–2015 | Dewi Remaja | Peserta | Astro Ria |
2017 | Ketuk-Ketuk Ramadan | Artis jemputan | TV1 |
2020 | MeleTOP | Pengacara jemputan | Astro Ria |
Anugerah dan pencalonan
suntingTahun | Anugerah | Kategori | Pencalonan | Keputusan |
---|---|---|---|---|
2019 | Pelakon Wanita Terbaik Drama | Neraka Kasih Maisarah | Tercalon | |
2020 | Gandingan Serasi Filem Popular (bersama Syafiq Kyle)[25] | Pusaka | Menang | |
2021 | Pelakon Harapan Wanita | Tercalon |
Rujukan
sunting- ^ Biodata Mimi Lana, Peserta Dewi Remaja Kini Bergelar Pelakon encikshino.com
- ^ "'Rezeki masing-masing'". Harian Metro. 15 Mei 2017. Dicapai pada 27 September 2019.
- ^ Nur Asyikin Mayudin (12 Februari 2017). "Mimi Lana bangkit mendepani hari". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 29 Mei 2019. Dicapai pada 4 Ogos 2018.
- ^ Ahmad Isyafiq Md Desa (19 April 2019). "Falsafah seni Mimi Lana". Kosmo!. Diarkibkan daripada yang asal pada 18 Julai 2019. Dicapai pada 29 Mei 2019.
- ^ No shortcut to success, says Mimi Lana The Star Online (2 Oktober 2019). Dicapai pada 2 Oktober 2019.
- ^ a b Mumtaj Begum (8 Mei 2019). Mimi Lana wants to be challenged and won’t settle for anything less Diarkibkan 2019-05-29 di Wayback Machine Star2. Dicapai pada 29 Mei 2019.
- ^ 20 Finalis Pencarian Dewi Remaja Selongkar10 (20 Disember 2014). Dicapai pada 20 Februari 2017.
- ^ Bibi Nurshuhada Ramli (4 Januari 2017). New acts on the block: Syazuwan Hassan and Mimi Lana, join a growing number of Malaysian talents New Straits Times. Dicapai pada 13 Mac 2017.
- ^ Nur Asikin Hassan (19 Mei 2017). "Lambat pun tak apa - Mimi Lana". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 20 September 2018. Dicapai pada 4 Ogos 2018.
- ^ Farhana Ab Rahman (7 Oktober 2019). Saya memang macam ini: Mimi Lana Berita Harian. Dicapai pada 2 November 2019.
- ^ Syanty Octavia Amry (1 Oktober 2019). "Pengalaman kekasih jadi rujukan". Harian Metro. Dicapai pada 27 September 2020.
- ^ Ridzuan Abdul Rahman (4 Jun 2021). "Bertuah ganding hero pujaan". Harian Metro. Dicapai pada 27 September 2021.
- ^ Sairul Zamri Misrani (29 Januari 2022). "'Memilih bukan bermaksud cerewet'". Kosmo!. Dicapai pada 27 September 2022.
- ^ Syafil Syazwan Jefri (14 Januari 2022). "Mimi Lana takkan sorok calon suami". Harian Metro. Dicapai pada 27 September 2022.
- ^ Raja Nurfatimah Mawar Mohamed (11 Oktober 2015). Saya bukan penagih dadah - Mimi Lana Berita Harian. Dicapai pada 11 Oktober 2015.
- ^ Pelakon Mimi Lana Ditahan Polis Kerana Miliki Ganja? My News Hub (19 September 2015). Dicapai pada 1 Oktober 2015.
- ^ Farihad Shalla Mahmud (3 Jun 2020). Mimi Lana, Syafiq Kyle putus cinta Berita Harian. Dicapai pada 19 Jun 2020.
- ^ "Cinta Mimi, Syafiq bertaut kembali?". Kosmo!. 29 November 2020. Dicapai pada 13 September 2021.
- ^ Farihad Shalla Mahmud (21 Januari 2023). "Syafiq, Mimi sudah bertunang?". Berita Harian. Dicapai pada 13 September 2023.
- ^ "Syafiq Kyle, Mimi Lana selamat bertunang". Berita Mediacorp. 21 Januari 2023. Dicapai pada 13 September 2023.
- ^ Hasif Idris (14 Februari 2023). "Syafiq Kyle, Mimi Lana nikah lepas Aidilfitri". Utusan Malaysia. Dicapai pada 13 September 2023.
- ^ "Syafiq Kyle, Mimi Lana batal nikah". Malaysia Gazette. 11 Ogos 2023. Dicapai pada 10 September 2023.
- ^ Zaara Talita (11 Ogos 2023). "Syafiq Kyle, Mimi Lana batal nikah". Harian Metro. Dicapai pada 13 September 2023.
- ^ Hanisah Selamat (11 Ogos 2023). "Syafiq Kyle, Mimi Lana batalkan pernikahan". Kosmo!. Dicapai pada 13 September 2023.
- ^ Farihad Shalla Mahmud (14 November 2020). "Syafiq Kyle, Mimi Lana menang Gandingan Serasi Filem Popular". Berita Harian. Dicapai pada 13 September 2021.