Memerang
Memerang (Jawi: ممرڠ ), memberang (Jawi: ممبرڠ atau ممبيرڠ) atau berang-berang (Jawi: برڠ ٢) ialah haiwan separa akuatik karnivora terangkum dalam cabang Lutrinae keluarga Mustelidae. Spesies haiwan-haiwan ini sering didapati di kawasan sekitaran jasad air seperti tasik, sungai dan di laut setiap benua kecuali Australasia dan Antartika memburu ikan.
Memerang | |
---|---|
Memerang Kecil | |
Pengelasan saintifik | |
Alam: | |
Filum: | |
Kelas: | |
Order: | |
Keluarga: | |
Subkeluarga: | Lutrinae
|
Genus | |
Peristilahan
suntingNama memerang dan memberang adalah hasil penggandaan separa kata berang-berang[1] yang pernah dikhususkan untuk spesies memerang kumis (Lutra sumatrana) atau memerang Eropah (Lutra vulgaris).[2] Nama memerang cenderung digunakan di Kedah[3] dan terutamanya Singapura yang terkenal taburan haiwan ini di taman-taman sekeliling kawasan bandar; manakala memberang lebih digunakan di Indonesia.[4] Kata bemberang juga didapati dalam dialek Riau.[2]
Gambaran
suntingMemberang mempunyai badan lonjong dan kurus serta berkaki pendek dan berkulit cantum membolehkan berenang laju. Berang-berang juga mempunyai kebolehan menahan nafas dalam suatu tempoh lama semasa menyelam dalam air. Haiwan-haiwan ini mempunyai cakar tajam dan hampir semua spesies mempunyai ekor yang panjang dan kuat.
Taksonomi
suntingGenus | Spesies |
---|---|
Lutra Brisson, 1762 |
|
Hydrictis Pocock, 1921 |
|
Lutrogale (Gray, 1865) |
|
Lontra Gray, 1843 |
|
Pteronura Gray, 1837 |
|
Aonyx Lesson, 1827 |
|
Enhydra Fleming, 1828 |
|
Rujukan
sunting- ^ "berang-berang". Kamus Besar Bahasa Indonesia (ed. ke-3). Badan Pengembangan Bahasa dan Perbukuan Indonesia. 2016. "berang". Kamus Dewan (ed. ke-4). Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. 2017.
- ^ a b "berang" di Wilkinson (1901), m/s. 96.
- ^ "memerang" di Wilkinson (1901), m/s. 654.
- ^ Lihat:
- "memberang". Kamus Besar Bahasa Indonesia (ed. ke-3). Badan Pengembangan Bahasa dan Perbukuan Indonesia. 2016.
- "memberang". Kamus Dewan (ed. ke-4). Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. 2017.
- Wilkinson, Richard James (1901). A Malay-English dictionary. Hong Kong: Kelly & Walsh, limited. Rencana ini mengandungi teks dari sumber yang berada dalam domain awam.