[go: up one dir, main page]

Matsui Jurina adalah seorang penyanyi idola Jepun. Beliau merupakan anggota Team S SKE48 dan Team K AKB48. Beliau juga merupakan penyanyi tengah (Center) utama dalam kumpulan SKE48.

Matsui Jurina
Latar belakang
Nama lahirMatsui Jurina
Juga dikenali sebagai
Jurina
Berasal dariJepun Aichi, Jepun
GenreJ-pop
PekerjaanPenyanyi
Syarikat rakaman
Avex Trax (SKE48)
You, Be Cool! / KING RECORDS (AKB48)
Pengkarya berkait
SKE48 (2008-kini)
AKB48 (2012-kini)

Profil

sunting
  • Nama: Matsui Jurina (Kanji: 松井珠理奈, Kana: まつい じゅりな)
  • Nama Panggilan: Jurina (じゅりな)
  • Tarikh Lahir: (1997-03-08) 8 Mac 1997 (umur 27)
  • Tempat Lahir: Aichi, Jepun
  • Jenis Darah: B
  • Tinggi: 163 cm
  • Dada: 78 cm
  • Pinggang: 60 cm
  • Pinggul: 86 cm
  • Agensi: Pythagoras
  • Hobi: Menari, membuat kuih-muih, bersukan
  • Makanan kegemaran: Sos daging spageti masakan ibunya

Kerjaya

sunting
2008
  • 31 Julai - Beliau dan 2669 peserta menyertai ujibakat pertama SKE48 dan akhirnya beliau dan 21 peserta lain berjaya dalam ujibakat tersebut. Ketika itu beliau berusia 11 tahun juga anggota paling muda dalam kumpulan itu ketika itu.
  • 8 Oktober - Beliau dijemput buat pertama kali untuk menampilkan diri dalam rancangan realiti TV AKB48, AKBINGO!. Mengumumkan bahawa beliau akan menyertai dalam single Oogoe Diamond. Beliau telah mengalahkan Oku Manami (Bekas anggota AKB48) sebagai anggota termuda dilantik sebagai senbatsu. Beliau merupakan anggota SKE48 yang pertama telah menyertai single AKB48. Peranan utama promosi video "Oogoe Diamond" juga telah diamanahkan kepadanya. Bukan itu saja, wajahnya dipakai menghiasi sampul single. Beliau merupakan penyanyi tengah dalam single tersebut bersama Maeda Atsuko.
2009
  • Bulan Mac - Beliau dan 15 anggota lain terpilih menaikan pangkat ke Team S.
  • 1 April - Ketika dibentuk unit bermusim AKB Idoling!!!, beliau menyertai single perdana "Chuushiyou ze!".
  • 6 April - CBC menubuhkan rancangan radio untuk SKE48 iaitu "SKE48 Kanransha he Youkoso". Rancangan baru tersebut menampilkan beliau sebagai bintang utama hingga 29 Jun 2009.
  • 24 Jun - Beliau menyertai single AKB48 yang ke-12 iaitu "Namida Surprise!". Kedudukan beliau dalam single ini bersebelahan Maeda Atsuko.
  • Bulan Jun dan Julai - Pilihan Raya Senbatsu 1 telah berlangsung. Beliau mendapat kedudukan ke-19.
  • 5 Ogos - Single pertama SKE48 iaitu "Tsuyokimono yo" telah dikeluarkan. Anggota Team S terlibat dalam single tersebut.
  • Beliau telah terlibat dalam single AKB48 pada tahun tersebut iaitu 10nen Zakura, Namida Surprise!, Iiwake Maybe dan RIVER.
2010
  • 24 Mac - Beliau menyertai single SKE48 yang ke-2 iaitu "Aozora Kataomoi".
  • Beliau telah terlibat dalam single AKB48 pada tahun tersebut iaitu Sakura no Shiori, Ponytail to Shushu, Heavy Rotation dan Beginner.
  • Bulan Mei dan Jun - Pilihan Raya Senbatsu 2 telah berlangsung. Beliau mendapat kekudukan ke-10.
  • 7 Julai - Beliau menyertai single SKE48 yang ke-3 iaitu "Gomen ne, SUMMER".
  • 17 November - Beliau menyertai single SKE48 yang ke-4 iaitu "Banzai Venus". Beliau juga terlibat dalam lagu Bahagian-B iaitu "TWO ROSE".
2011
  • 12 Januari - Beliau telah dibintangi dalam filem "Mousou Keiji!".
  • 16 Februari - Beliau terlibat dalam single AKB48 ke-20 iaitu "Sakura no Ki ni Narou". Dalam video muzik lagu tersebut, beliau peranan menjadi pelajar yang telah meninggal duni menjadi roh.
  • 5 Mac - Video temu ramah dalam rancangan "Sutaa Hime Sagashi Tarou" mengenai "Jurina Tairiku".
  • 9 Mac - Beliau menyertai single SKE48 yang ke-5 iaitu "Pareo wa Emerald". Single ini merupakan single pertama mendapat kedudUkan pertama dalam Carta Mingguan Oricon.
  • Bulan April sehingga Julai - Beliau dibintangi dalam drama Majisuka Gakuen 2.
  • Bulan Mei - Beliau telah promosikan sebagai model dalam majalah "Rabuberii" untuk bulan Jun.
  • 25 Mei - Beliau terlibat dalam single AKB48 yang ke-21 iaitu "Everyday, Kachuusha".
  • Bulan Mei dan Jun - Pilihan Raya Senbatsu 3 telah berlangsung. Beliau mendapat kedudukan ke-10 dan menjadi anggota Senbatsu dalam single ke-22 AKB48, "Flying Get".
2012
  • 4 Februari - Beliau telah mengumukan bahawa beliau telah lulus ujian di sekolah menengah dan taman pengajian di sekolah menengah.
  • 24 Mac - AKB48 dan kumpulan berkembarnya mengadakan konsert Gyoumu Renraku Tanomu zo, Katayama Buchou! di Saitama Super Arena. Beliau telah dilantik sebagai anggota AKB48 Team K dan juga Watanabe Miyuki dari NMB48 menjadi anggota AKB48 Team B buat sementara waktu untuk menggantikan Yonezawa Rumi dan Hirajima Natsumi yang telah dipecat pada bulan Februari lalu.
  • 1 April - Beliau tidak hadir pada acara bersalaman SKE48 di Osaka. Pada 4 April, telah mengumumkan bahawa beliau telah jatuh sakit dan menerima rawatan di hospital kerana terlalu pening disebebkan penyakit Anemia dan juga lelah. Pengurus Akimoto Yasushi telah mengumumkan di Google+ pada 6 April bahawa beliau perlukan banyak berehat. Setelah berehat selama 14 hari, beliau muncul dalam konsert SKE48 Harucon 2012 "SKE Senyou Gekijou wa Aki made ​​ni Dekiru no ka?" di Nippongaishi Sports Plaza pada 14 April 2012. Namun beliau hanya menyanyikan sebuah lagu, "Kareha no Station" yang biasa dinyanyikan oleh Matsui Rena.
  • 1 Jun - penampilan pertama beliau bersama Team K di Teater AKB48 (AKB48 STAGE) membuat pertujukan pertama dalam Team K 6th Stage "RESET".
  • Bulan Mei dan Jun - Pilihan Raya Senbatsu 4 telah berlangsung. Beliau mendapat kedudukan ke-9 dan menjadi anggota Senbatsu dalam single ke-27 AKB48, "Gingham Check".
  • 31 Oktober - Beliau bersama Oshima Yuko menjadi penyanyi tengah dalam single AKB48 yang ke-28 iaitu "UZA".
2013
  • 15 Februari - Beliau mengambil bahagian dalam team K dalam Waiting Stage Unit. Beliau dan Oshima bersungguh-sungguh membuat persembahan dalam satu pasukan.
  • Bulan Mei dan Jun - Pilihan Raya Senbatsu 5 telah berlangsung. Beliau mendapat kedudukan ke-6 dan menjadi anggota Senbatsu dalam single ke-32 AKB48, "Koi Suru Fortune Cookie".
  • 18 September - Beliau telah menjadi juara dalam Pertandingan Batu-Gunting-Kertas dalam menjadi anggota senbatsu dan penyanyi tengah dalam single AKB48 yang ke-34.

Diskografi

sunting

Single

sunting
SKE48
AKB48
SKE48
  • Kono Hi no Chime wo Wasurenai
    • Hula Hoop de GO! GO! GO!
    • Beginner (SKE48 ver.)
AKB48
  • Koko ni Ita Koto
    • Wagamama Collection
  • Koko ni Ita Koto
  • 1830m
    • Itsuka Mita Umi no Soko
    • Iede no Yoru
    • Aozora yo Sabishikunai ka?
  • Tsugi no Ashiato
    • After Rain
    • Watashi Leaf
    • Ponkotsu Blues
    • Kyouhansha

Stage Units

sunting
  • Team S 1st Stage - PARTY ga Hajimaru yo
    • Skirt, Hirari
    • Classmate
    • Hoshi no Ondo
  • Team S 2nd Stage - Te wo Tsunaginara
    • Glory Days
    • Wimbledon e Tsuretette
  • Team S 3rd Stage - Seifuku no Me
    • Omoide Ijou
    • Ookami to Pride
  • Team K 6th Stage - RESET
  • Team K Waiting Stage
    • Himawari (Unit asal)
    • Candy (Unit baru)
  • Team S 4th Stage - RESET
    • Kiseki wa ma ni Awanai

Penampilan

sunting
Drama Televisyen
Program Televisyen
  • AKBINGO! (2008 - kini) bersiaran di Nippon TV
  • SKE48 Gakuen (2009 - kini)
  • Shitte Kaiketsu! SKE tto Netto (2010 - kini) bersiaran di NHK
  • SKE48 Musume ni Ikaga!? (2012 - kini)

Pautan luar

sunting